Khaty, Ramli 'bersatu' kembali

 

Nampaknya tiada pasangan yang lebih cocok untuk Khatijah Ibrahim (gambar kanan) selain daripada Papa Rock, Ramli Sarip.

Setelah lama berpisah, mereka kini bersama kembali. Eh, eh, jangan pulak menyimpang fikiran anda. Mereka bersama, bukan untuk membina sebarang mahligai baru, tetapi album baru yang menyatukan mereka semula sebagal pasangan duet yang ideal.

Sekitar tahun 80-an lalu, Khatijah yang lebih dikenali dengan panggilan Khaty berduet dengan Ramli antaranya menerusi Lagu Zaman, Doa Buat Kekasih, Kumiliki Bayanganmu dan beberapa buah lagu lagi.

Ia sekali gus menaikkan populariti mereka sebagai pasangan duet.

Kini, Khaty dan Ramli sibuk mengadakan perbincangan dengan dua syarikat rakaman yang berminat untuk menghasilkan album itu, termasuk syarikat lama mereka, Warner Music.

Khaty dalam laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengakui, beliau amat serasi dengan Ramli kerana sudah saling memahami penghayatan masing-masing. Khaty dan Ramli merancang merakamkan semula beberapa lagu lama yang tidak dapat disiarkan pada akhir tahun 80-an kerana masalah teknikal.

"Lagu Zaman misalnya sangat indah, namun stesen radio tidak dapat menyiarkannya kerana digam ekoran larangan ke atas artis lelaki berambut panjang," kata Khaty.

 

 Article from Berita Minggu , 4  March 2001.
... go back ...

Hosted by www.Geocities.ws

1