Ramli Sarip pengetua Akademi Fantasia 4

Penyanyi rock terkenal, Ramli Sarip, malam kelmarin diumumkan secara rasmi sebagai Pengetua Akademi Fantasia 4 (AF4), siri realiti televisyen yang popular di Malaysia.

"Saya ada misi tersendiri untuk membentuk hala tuju program AF4 kali ini," kata Ramli Sarip dalam satu sidang akhbar di Hotel JW Marriot di Kuala Lumpur malam kelmarin.

"Cuma masanya terlalu awal untuk saya menjelaskannya kerana saya perlu berdamping dulu dengan barisan tenaga pengajar yang lain,"Saya juga perlu mengenali pelajar yang bakal mencertai akademi ini. Misi saya bukan sekadar mendidik pelajar semata-mata, tetapi juga penonton yang bakal menyaksikan program ini nanti," jelas Ramli.

Program realiti terbitan Astro Ria ini, yang diadaptasi dari siri popular Mexico, La Academia, pernah menobatkan Vincent Chong sebagai juara musim pertama diikuti Ahmad Zahid Baharuddin (musim kedua) dan Asmawi Ani (Mawi) untuk musim ketiga. - Harian Metro.

 

Article from Berita Minggu, 30 April 2006.
... go back ...

Hosted by www.Geocities.ws

1