|
Ramli Sarip ziarah Aceh Oleh Hanim Mohd Salleh Ramli Sarip, yang sedang giat membuat persiapan untuk konsert amal, Ribut Damai, pada 10 April ini, telah berangkat ke Meulabuh, Aceh, untuk meninjau sendiri keadaan selepas bencana tsunami. Beliau, bersama rombongan seramai lapan orang dari Singapura, termasuk wartawan dan kru televisyen serta beberapa kakitangan dari Istana Budaya Kuala Lumpur, semalam menziarahi khemah sementara yang melindungi anak-anak yatim selepas rumah tumpangan mereka musnah akibat bencana yang berlaku pada 26 Disember lalu. Lebih 40 anak yatim yang ditemui itu bukan saj a menerima habuan tajaan AirAsia, bahkan dihiburkan dengan nyanyian persembahan Papa Rock itu. Hari ini, Ramli dijadualkan menyertai pula operasi bantuan bersama sukarelawan Mercy Relief yang berada di sana sejak lebih dua bulan lalu. "Saya harap pengalaman peribadi hasil lawatan ini akan dapat membantu kami menghasilkan konsert yang lebih tepat menggambarkan ke adaan yang terjadi di Aceh," kata pengurus Ramli daripada syarikat Rasa Cipta, Juriah Banding. Konsert yang menggabungkan
nama-nama besar dalam industri nyanyian serantau seperti M. Nasir, Ebiet
G. Ade, Kris Dayanti, Nuradee, Hazrul Nizam, Iskandar Ismail, Mohd Khair
Mohd Yassin, Dayang Nur Faizah, Dewi Sandra, Rosyam Nor, Raihan, Fandi
Ahmad, Man Kidal, Sweet Charity, Ella, A. Romzi dan ramai lagi itu bertujuan
mengumpul dana untuk pembinaan semula panti asuhan anak-anak yatim di
Meulaboh. Sebanyak Sementara itu, menurut Juriah lagi, gitar kesayangan Ramli, jenis Grodin Multitiac Steel SG Natural ERG94VES15, yang didermakan untuk dilelong bagi menambah dana tersebut sejauh ini belum mendapat sambutan."Tak tahulah kenapa belum ada reaksi daripada penderma. Mungkin mereka menunggu hari-hari terakhir seperti biasa yang berlaku dalam konsert Melayu," kata Juriah. Gitar itu bukan saja ba kal ditandatangani Ramli, bahkan disertakan autograf M. Nasir dan Ebiet. Harga taruhan bermula dari $3,000. Anda yang berminat boleh hubungi hotline 8109-0160. Tiket berharga $38 dan $48 boleh didapati di Muzika Rekod dan Ticket Charge (tele fon 6296-2929) atau lungsuri www.ticketcharge.com.sg. Tiket korporat $150 berserta cenderahati dari Mercy Xchange, butik usaha Mercy Relief, boleh didapati daripada Rasa Cipta, syarikat penganjur acara di 6392-2747.
|
Article from Berita Harian,
23 March 2005.
... go back ...