|
"Apa yang saya lakukan adalah di atas gerakNya". Ranili Sarip yang kita kenal sebagai Papa Rock dalam usianya mencecah 52 tahun amat spiritual. Anugerah Pencapaian dalam Anugerah Planet Muzik 2005 membuat ramai yang ingin tahu keistimewaan penyanyi vang bersuara serak-serak basah ini. Kata beliau: "Armgerah APM baru-baru ini adalah pengiktirafan untuk mereka vang telah menilai kcrja-kerja saya.Mungkin ada satu pihak yang menganggapnya penting. Bagi sava ia sesuatu vang memeriahkan suasana dan saya berterimakasih. la saya anggap sebagai detik permulaan pada banyak pcrkara yang saya ingin lakukan." Insan yang banyak berfalsafah sepanjang perbualan kami memberikan takrifan yang tersendiri tentang seni. Kata beliau "Seni sering saya gabongkan dengan kehidupan saya. Bermakna saya berpegang teguh pada budaya dan agama saya. Saya yakin dan bersemangat dengan ketentuan Tuhan dalam berseni." Pegangan inilah yang dijadikan pedoman sejak dulu lagi ketika bersarna kumpulan lagenda Sweet Charity. Sebab itulah katanya lagu-lagu dari 26 tahun yang silam, ketika bersama kumpulan Sweet Charity, masih diminati sampai sekarang. Kegiatan seninya kata beliau ada tujuan dan arahnya. Dalam kamus seninya ada istilah tanggungjawab dan peranan yang harus dilaksanakan sebaik mungkin. la bukan sesuatu yang dibuat suka- suka dan sambil lewa. "Lagu-lagu yang saya sampaikan ada sentuhan peribadi atau kerohanian. la harus dikongsi sama dengan orang lain. Berseni bagi saya adalah seperti menanam benih. Misalnva sesuatu lagu tidak hanya popular sahaja tetapi harus ada satu rasa yang, menimbulkan perasaan yang dalam bagi insan menghayatinva. Seni juga umpama pokok yang ditanam, dibaja, disiram, berputik dan berbunga. la adalah satu hasil yang memberi manfaat kepada masyarakat." kata Ramli dengan renungannya yang tajam. Tentang persembahan di atas pentas, menurut ayah seorang anak bernsia 23 tahun ini, ia tidak harus dilihat pada kecil atau gahnya sesebuah pertunjukkan. Ia harus punya pengertian yang dalam. Jelasnya: "Kadangkala show yang ditonton 10,000 penonton tidak ada pengertian sama sekali kerana penonton lupa sejurus habis persembahan. la ibarat mencurah air ke daun keladi. Sebaliknya persembahan yang ditonton hanya 1,000 orang, dengan tema yang baik dan mempunyai mesej serta unsur hiburan yang membina, akan menghasilkan benih yang baik kepada pcnonton. la hidup dan tumbuh di fikiran penonton." Bersemangat Ramli Sarip melontarkan pandangan. Semangat ini sama sewaktu saya pertama kali menemubualnya untuk majalah ini. Dia tidak hiraukan orang yang keluar masuk di kafe itu. Rasanya kesibukan di jalan raya pada petang itu kekentalan semangat perjuangan seni Ramli Sarip. "Semua orang boleh menyanyi dan merakam album. Lagu-lagu mereka diputar berkali-kali. Tapi apakah ada yang terpanggil untuk membeli? Di sinilah letaknya kuasa peminat. Saya rasa hari ini dunia hiburan dikuasai oleh people's power. Sebab itulah saya rasa penghijrahan itu perlu. Malah ia bagi saya adalah satu kewajipan. Maka ramai yang perasan genre muzik saya yang berubah. Islam juga menggalakkan penghijrahan yang positif." Menurut beliau lagi, seseorang artis yang baik memiliki kuasa `menambat' penonton. Tidak kiralah samada persembahan itu merupakan wadah untuk para penonton berhibur, mendengar atau menjadikan ia satu sandaran peribadi yang bersifat kerohanian. Dalam perjalanan seninya kini, beliau rnengikut rasa yang digerakkan olehNya. Dia lebih suka kalau sifatnva tidak terlalu mengharap, meminta-rninta atau mengimpikan sesuatu. Tapi ini tidak bermakna beliau tidak memikirkan aktivti seninya yang mendarah daging dan menjadi mata pencarianya. Projek-projek beliau banyak bergerak di seberang. Album baru juga ada dalam pertimbangan. Sebagai orang seni yang halus jiwa dan sering meminta petunjukNya, beliau maklum dengan detik yang tepat sebelum melaksanakan satu-satu tugas.Sebagai insan seni yang menjadi penasihat pada kumpulan- kumpulan masakini, Ramli Sarip lebih suka melihat kerja-kerja seninya berlandaskan sesuatu yang lahir dari jiwa dan perasaan. Katanya: "Lagu-lagu yang ada sentuhan kerohanian, etnik dan budaya sering menjadi bahan sava. Tidak kiralah samaada ia lagu-lagu blues, funk atau pun rock&roll." lni tidak bermakna beliau tidak menghormati jenis-jenis muzik yang ada di pasaran sekarang. Sambungnya lagi, "Mungkin it's not my type of music." Muzik pada pandangan beliau adalah sesuatu yang bersifat sejagat. la tidak ada batasan kaum atau agama. Muzik adalah satu anugerah Tuhan untuk umat manusia. Keindahan muzik terletak pada budaya bangsa yang berbeza. Muzik menurut beliau bisa menyentuh hati insan yang benar-benar menghayatinya. Kita adakalanya terkesima dengan nyanyian sang artis atau sesebuah kumpulan yang beraksi di pentas. Di mana letaknya kekuatan artis atau kumpulan sebegini ? Menurut beliau: "Sweet Charity kalau didengar albumnya biasa. Tapi kalau di pentas mereka mempunvai kekuatan luarbiasa. Persembahan mereka hidup kerana satu kekuatan yang ada pada mereka iaitu karakter. Begitu juga Beatles dan Rolling stone. Persembahan-persembahan yang disifatkan ada roh inilah yang menyebabkan mereka dapat bertahan dan terus digilai para peminat. "Kita tidak boleh berbohong dengan para penonton. Ke mana saya pergi, samaada ke Malaysia atau Indonesia, saya tahu penonton dapat rasakan apa yang saya persembahkan. Saya hanya berkongsi apa yang Tuhan berikan pada saya dengan mereka. Mereka menonton, mendengar dan merasa." Mengimbas kembali tahun 1978, beliau dan Sweet Charitv tidak pernah lekang dek pujian. Hari ini beliau tidak taksub dengan pujian. Kata beliau penuh ghairah: "Sava masih ingat pujian yang diberikan oleh Kopratasa dan A. Samad Said. Mereka ini telah lama bergelumang dengan benda-benda macam ini. Saya menerima pujian mereka dengan rasa gentbira. Bukan bangga. Saya amat bersyukur dengan kurnianNya. Inilah yang membuat saya bersemangat untuk berfikir dan menyumbang yang terbaik untuk industri kita." Bila
ditanya tentang sumbangannya dalam bidang seni, beliau fikir beliau telah
banyak menebarnva. Namun ada perkara yang beliau kesalkan. "Saya
tidak mengawal hak artistik saya. Saya tidak melaksanakan tugas urrtuk
membangunkan seni di sini seluas-luasnya. Saya tidak terfikir bahawa dalam Hari ini beliau tidak mahu berkompromi bila bercakap soal mutu. Menurutnya dalam keadaan Singapura yang canggih, muzik kita harus maju seiringan dengan kemajuan yang dicapai negara ini. Jelas beliau: "Kalau kemajuan seni di sini tidak seirnbang dengan arus perkembangan negara kita yang pesat, ia amat merugikan. Bila keadaannya jadi keras dan orang sudah tidak senang lagi dengan seni dan budaya, jiwa dan hati kita tidak secara langsung akan menjadi keras. Pengertian dan penghayatan terhadap seni akan menjadi kaku." Jadi bagaimana kita dapat menjana satu keadaan yang dapat menyuburkan seni di sini? "Harus ada sinergi dari semua media. Baik radio, tv, akhbar dan majalah. Para peminat pula bukan hanya menyokong tetapi harus menjadi dewasa dalam berfikir. Bukan ikut-ikutan. Sebaliknya jadilah pengikut yang baik. "Memertabatkan seni itu harus rnenjadi tanggungjawab semua. la harus datang dari hati. Ini sama seperti bermain alat rnuzik yang tidak disertakan dengan feel lantaran kedengaran tidak bernyawa. "Sayang sekali karyawan muzik di sini masih di taraf menyedihkan. Kesian. Pertama pasaran kita kecil. Tempat- tempat untuk rnenarnpilkan bakat terhad. Bayaran yang diterima adakalanya tidak setimpal. Ada sesetengah pertunjukkan yang membunuh para artis - sound system dan lighting yang kurang baik. Ini sava anggap membunuh seni secara senyap. Ini yang membuat para peminat tidak tertarik untuk menonton konsert. Oraug dah tak nak tengok show di balai rakyat lagi! Peminat sekarang suka tenrpat-tempat gah seperti di hotel-hotel, Suntec dan Esplanade. Mereka tahu menilai sesebuah show. "Sebenarnya kita boleh mencapai sesuatu yang membanggakan dalam dunia seni ini. Yang paling penting kita tidak boleh berkeluh kesah. "Kecewa, rnenyesal dan berperasangka tidak harus wujud dalam dunia seni. Kita harus cermin diri barulah kita boleh maju. Kita harus ada semangat pejuang" Tentang bakat-bakat baru yang ada. Reaksi beliau "Misalnya di APM. Tutup mata kita dengar rarnai penyanyi Singapura yang stailnya sama bila menyanyi. Cuma nama mereka sahaja berbeza. Berapa lama mereka dapat bertahan? Apatah lagi dengan pasaran kita yang kecil. Ke mana mereka nak pergi? Lain lah di Indonesia dengan pasaran yang besar, artis-artis yang benar-benar make it, selepas dua tahun mereka boleh hidup mewah." Nasihat beliau pada artis artis muda: "Jangan terlalu bergantung pada orang lain termasuk pengurus anda. Kerana pada akhirnya seorang artis itu harus melakukan sendiri aspek-aspek yang boleh membangkitkan kerjaya mereka. Jadilah diri sendiri. Jangan jadi orang lain. Cipta sesuatu yang menjadi ciri khas. Artis baru hanya boleh bertahan selama lima tahun. Selepas itu dia harus mereka-semula diri mereka dari berbagai aspek. Kalau seseorang artis itu boleh bertahan selama lima tahun dia boleh survive." Bagi Ramli Sarip, seninya selain dari gerak dan petunjuk Tuhan, beliau menganggap persembahannya adalah langsung "berbicara dengan Tuhan." Tidak hairanlah katanya ada yang menangis kctika beliau menyanyi lagu-lagu yang ada unsur kerohanian. Sehinggakan ada seorang kiyai dari Indonesia yang mengatakan, "anda boleh bikin orang tersentuh dengan getaran yang ada pada suara anda." Hakikat Timur tidak boleh diBaratkan diakui oleh Ramli Sarip. Berbekalkan jatidiri yang kental adalah rahsia ketahanannya selama 35 tahun. Katanya mengakhiri perbualan: "Kita orang Melayu dibekalkan dengan bacaan qasidah clan beberapa aspek kesenian Islam. Sebenarnya inilah kekuatan kita. Seni kita lebih kaya dan kita juga boleh menyanyi lagu-lagu Barat tetapi orang Barat tidak boleh menyanyi lagu- lagu kita."
|
Article from Manja ,
April 2005.
... go back ...