RAMLI SARIP
RAI 'PERJALANAN HIDUP' SELAMA 35 TAHUN DALAM DUNIA MUZIK

Oleh Hanim Mohd Salleh

Bukan mudah untuk bertahan dalam bidang seni selama 35 tahun tanpa menghadapi banyak cabaran dan, kadangkala, keraguan di kalangan para peminatnya sendiri. Dalam aspek emosi, penulis sendiri tidak tahun dimana wajar meletakkan seniman legenda, Ramli Sarip - sebagai seorang yang terlalu tegar yang sanggup sering berjauhan dengan keluarga dalam tempoh agak lama demi perjuangan dalam muziknya? Atau sekadar kedegilannya mempertahankan prinsip seninya.

Orang yang rapat dengan Ramli tentu tahu bagaimana beliau, dalam melalui penghijrahan dari penyanyi berkumpulan Sweet Charity ke solo hinggalah dari rock ke lagu-lagu bercorak kerohanian etnik, lebih sering menghabiskan masa di Malaysia, berjauhan dengan isteri dan anak tunggalnya. Terlalu sering sehingga ramai orang menyangka beliau sudah menjadi duda.

"Bagi saya ia bukan masalah. Yang buat masalah itu orang lain. Saya senyum saja. Yang penting, di atas pentas, kita jalankan kewajipan kita. Anak isteri saya juga semakin memahami dan mereka sekarang tersenyum melihat saya di pentas," kata Ramli yang kelihatan begitu tenang dan semakin lembut bicaranya pada usia 52 tahun. Biarpun uban semakin lebat menutupi rambutnya, imej mat rocknya belum tercabar.

"Saya memang degil, tetapi bukan degil buta. Bagi saya, apa yang penting ialah kita harus mampu mengotakan apa yang kita perjuangkan. Dan apa yang kita buat, ada makna.

"Tak perlulah puji atau nantikan sebarang anugerah untuk sedar apa yang kita buat itu betul dan dihargai. Semasa Konsert Kasih di Bukit Jalil baru-bari ini, Pak Lah (Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tunggu sehingga penghujung konsert untuk menantikan kemunculan saya. Saya juga menghadap Sultan di belakang pentas. Paling best, ialah apabila lagu saya juga dinyanyikan seorang ustaz yang
mengkaji falsafah lagu saya sebagai bahan dakwahnya.

Kesemua ini cukup memberi isyarat bahama saya berada di landasan yang betul dan karya saya ada pendekatan berkesan." ujar penyanyi yang terlibat dalam lebih 30 album dan 10 album solo ini.

Tentang ustaz yang disebut Ramli itu, beliau merujuk kepada adegan lucu di Perhimpunan Agung Umno tahun lalu apabila perwakilan Selangor, Ustaz Datuk Zainal Abidin Sakom. menyanyi lagu Nyanyian Serambi dari album Kalam Kasturi secara 'live' sebagai permulaan bahas ucapan dasar presiden parti. Ustaz tersebut mengakui beliau menjiwai lagu itu "lebih hebat daripada penyanyinya sendiri."

Bukan setakat pengorbanan keluarga, 'Papa Rock' itu juga terlalu kebal menghadapi cemuhan sesetengah peminat rock yang menganggapnya mengkhianati muzik rock yang diperjuangankan semasa bersama Sweet Charity, apabila beliau beralih kepada muzik etnik berjiwa keroharuan seperti yang terpapar dalam album solonya, Bukan Kerana Nama (1986 ), Perjalanan Hidup ( 1987 ), Istilah (1988 ) dan Kalam Kasturi (2002).

Namun Ramli tidak: nampak sebarang pengkhianatan telah berlaku. "Benda tu tak ada dalam kamus undang-undang mu:zik. Sava melakukan penghijrahan yang wajib, penting dan perlu. Hasilnya lebih hebat, berkesan dan kreatif. Dengan penghijrahan itu, saya berjaya menembusi masyarakat daripada orang-orang Felda hinggalah ke golongan Tan Sri dan raja-raja. Dengan sendirinya, ia menjelaskan rock bukan begitu saja. Ia boleh berkembang menjadi klasik dan etnik. Kalau kita tak buka diri dan minda dan berani keluar, kita tak menjadi. Mungkin yang cakap saya pengkhianat tak terlibat diri secara mutlak dalam muzik. Mereka lebih selesa dalam daerah yang dianggap selamat tetapi tak jelas. Ke mana mereka sekarang?" ujarnya.

Disanjung peminat di Malaysia dengan konsert silih berganti, dihargai pelbagai lapisan masyarakat - daripada mahasiswa yang memintanya memberi ceramah di universiti sehinggalah pihak istana yang memberinya penghormatan untuk menulis lagu untuk Sultan, Gurindam Baginda.

Namun di Singapura, ramai yang masih memandangnya dengan sebelah mata biarpun beliau akhirnya menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Planet Muzik 2005. Terlalu kurang undangan untuk beliau menyanyi di sini dan beliau akur. namanya belum tentu menjadi faktor tarikan pembeli untuk mana-mana konsert.

Apakah beliau terasa kurang dihormati di tanahair sendiri ?. Ramli menghela nafas panjang tetapi tersenyum kecil.

"Saya sebenarnya tak fikir sangat tentang itu. Kadangkala, benda macam ni tak penting. Soal rasa ialah terapi diri. Saya pernah bertanya kepada seorang aktivis di Dumai, Dr Yusma, kenapa beliau berulang kali menjemput saya menyanyi di sana. Jawapannya, beliau tidak menyangka kota kosmopolitan seperti Singapura ada penyanyi seperi saya. Dr Yusma kata beliau tersentuh. Tak ada apa yang perlu saya banggakan dengan pujian
itu, tetapi rasa bersyukur kerana saya menyedari, di sebalik apa saja yang berlaku, saya diberi kekuatan untuk sampai di sini," ujarnya.

Sempena meraikan penglibatannya dalam seni selama 35 tahun, kata Ramli, beliau akan menerbitkan album khas yang mengetengahkan lagu-lagu pilihan, dinyanyikan oleh teman-teman seperjuangan seperti M.Nasir dan ramai lagi, sama ada secara solo atau berkumpulan. Dijangka dilancarkan pada Jun ini. Ini akan di ikuti dengan konsert akoustiknya di Istana Budaya sekitar Julai.

Tetapi sebelum itu, beliau terlebih dulu akan mengetuai lebih 20 artis atau 40 orang pemuzik dalam konsert amal, Ribut Damai, yang bertujuan mengumpul dana Mercy Relief bagi pembinaan semula sebuah panti asuhan di Meulaboh, Aceh, yang musnah akibat bencana tsunami. Artis-artis seperti M. Nasir, Raihan, Ella, Dayang Nur Faizah, Farihin & Friends, Rosyam Nor, Kris Dayanti, Ebiet G. Ade, Sweet Charity dan Nuradee adalah antara yang akan menjayakan konsert itu.

Tiket berharga $38 dan $48 boleh didapatkan di semua cawangan TicketCharge (telefon 6296-2929) sementara tiket korporat $150 boleh dibeli di Rasa Cipta (telefon 6392-2747).


Gitar kesayangan dilelong

Oleh Zaharian Haji Osman

Untuk memulakan pengumpulan dana ke arah projek Mercy Relief di Aceh, penyanyi Ramli Sarip telah pun mengorak langkah.Gitar kesayangannya, jenis Grodin Multitiac Steel SG Natural ERG94VES 15, telah didermakan untuk dilelong dengan harga taruhan bermula dari $3,000.

Mereka yang berminat boleh membuat taruhan di talian hot line lelong 8109-0160 dengan disertakan nama, nombor kad pengenalan dan harga taruhan sebelum 3 April ini.

"Pengumpulan dana ini adalah untuk membina semula dua rumah anak-anak yatim di Meulaboh, Aceh, yang menempatkan kira-kira 60 hingga 100 kanak-kanak," ujar Halifi Hussin, ketua Program Bantuan Antarabangsa dari Mercy Relief Singapura. Dianggarkan lebih $500,000 diperlukan untuk projek pembinaan semula rumah anak-anak yatim dan sekolah untuk kanak-kanak itu.

Satu misi khas bersama Ramli Sarip ke Meulaboh akan diatur sekitar pertengahan bulan ini untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Ramli Sarip akan menjadi duta muhibah untuk mempererat silaturahim dan rakaman pandang dengar beliau akan dikongsi bersama ketika konsert ini kelak.

Untuk membuat taruhan gitar tersebut, sila hubungi hotline 8109-0160.

Konsert Ribut Damai akan berlangsung pada 10 April di Dewan 2 Singapore Expo.

 

Article from Berita Minggu, 13 March 2005.
... go back ...

Hosted by www.Geocities.ws

1