|
Oleh Hanim
Mohd Saleh
Mei
ini akan menjadi milik seniman Ramli Sarip.
Bulan itu, beliau tidak saja akan menyerahkan lagu ciptaannya khas
untuk dihadiahkan kepada Sultan Pahang, bahkan juga melihat sejauh
mana bakatnya sebagai seorang pelakon mampu berkembang.
Huh? Papa Rock Singapura berlakon?
Jangan
terkejut.
Bukan
satu, tetapi dua produksi sekali gus disertai Ramli - sebuah drama
khas sempena Maulid Nabi pada 2 Mei yang akan disiarkan di ntv7
pada 12.30 petang dan sebuah filem purba yang akan dimulakan penggambarannya
bulan depan.
Dalam
drama arahan Fauziah Ahmad Daud yang turut dijayakan oleh seniman
Mustapha Maarof itu, Ramli berlakon sebagai seorang seniman jalanan.
"Sebenarnya
sebelum ini dah banyak tawaran untuk berlakon tetapi saya tak berusaha
untuk merealisasikannya. Tetapi untuk drama itu, Ogy memang mahukan
saya. Bila baca skrip, saya lihat ceritanya seperti perjalanan hidup
saya. Jadi saya tak boleh tolak. Lagipun saya rasa selesa kerana
saya tak perlu berpura-pura," kata Ramli ketika ditemui Khamis
lalu, sehari sebelum terbang ke Pulau Pinang untuk memenuhi undangan
menyanyi.
Cerita
tersebut, katanya, merupakan sebuah muzikal yang berunsur kerohanian.
Ia mengisahkan perjalanan seorang seniman yang menemui mangsa akibat
tindakan sesat manusia, termasuk pengemis yang berasal daripada
latarbelakang mewah dan mereka yang memilih jalan singkat untuk
melepaskan diri daripada kesempitan hidup.
Ogy
beritahu saya, selepas drama ini, pasti lebih banyak tawaran berlakon
akan saya terima," ujarnya.
Ramalan Ogy benar belaka.
Belum
sempat drama itu di tayangkan, Ramli sudah pun menerima lamaran
untuk berlakon filem pula. Beliau diberi peranan sebagai raja Bugis
dalam filem purba berjudul Dayang.
Pelakon
Jins Shamsudin merupakan antara yang berlakon.
Namun
sebagai seorang seniman muzik, tiada apa yang lebih mengghairahkannya
apabila beliau diberi tugas melahirkan kreativitinya untuk dihadiahkankepada
seorang raja.
Ramli,
atas permintaan pihak muzium di Malaysia, telah menyiapkan lagu
berjudul Gurindam Baginda, yang akan diserahkan secara rasmi kepada
Sultan Pahang sempena pelancaran biografinya pada 3 Mei ini.
"Saya
memang dah biasa mendapat undangan istana, jadi sedikit sebanyak,
pengalaman saya berdepan dengan Sultan membantu dalam penghasilan
lagu itu," kata Ramli.
Lagu
berentak inang dan ada unsur keroncong itu dinyanyikan oleh Ramli
sendiri. Liriknya di hasilkan beliau dengan kerjasama penulis seni
kata lagu setempat, Hartinah Ahmad.
"Lagu
itu agak moden jiwanya dan sesuai dipersembahkan untuk mana-mana
majlis, tak semestinya hanya untuk majlis rasmi. Apabila saya menggubah
nya, saya memikirkan seorang Sultan yang sukakan seni dan berjiwa
rakyat," kata Ramli.
Kata
Ramli, beliau cukup terharu dan berbesar hati diberi kepercayaan
memikul tugas itu biarpun bukan warga Malaysia.
"Kita
kena jujur bila berkarya. Akhirnya bukan pasport atau kad pengenalan
kita yang orang persoalkan tetapi sejauh mana kesungguhan kita dihargai
orang ramai," kata Ramli. |
Gurindam
Baginda
Titah bermula
empunya kurnia
sari sejarah di Inderapura
bintara terperi
duli baginda
Darul makmur
menenun nama
sultan memegang adat yang mulia
bersendi hukum
turun-temurun
Adil pengasih
arif bersusun
bijak menilik zaman beralun
zaman beralun
Jika berjalan
menjadi payung
tinggi banir tempat berlindung
rimbun dahan
tempat bernaung
Raja dan rakyat
berpisah tiada
raja budiman rakyat setia
jauh segala silang sengketa
Hukum adil
ke atas jelata
tanda raja beroleh inayat
oh barakah
Di warkah cindai
tertinta kini
harum gaharu tingkah dan peri
bila mengenal tuhan yang bahari 2x
Sentosa bahagia seisi negeri
menjulang tinggi panji yang murni
sujud bersyukur pada IIahi 2x
Menjulang kasih belahan jiwa
hidup aman duli baginda
lagi mulia
Nama dan jasa
pasti semadi
lekat di hati kekal berseri di sanubari
|