Persembahan 'live' Ramli Sarip 'Perfect'

Seperti yang dijanjikan, pada malam harinya, Tribes Music Restaurant & Pub, Holiday Inn Kuching, Sarawak menjadi saksi persembahan mantap 'Papa Rock' Ramli Sarip bersama band iringannya yang terdiri daripada Man Kidal, Tom, Hamid (Black Dog Bone), Mohadan Ramli. Hampir 2 jam, pengunjung dihiburkan dengan persembahan 'live' Ramli Sarip. Lagu. Rindu Damai Dunia menjadi pembuka. 'show'Ramli Sarip malam itu. Penonton nyata terhibur dengan gaya persembahannya. 'Plucking' gitarnya masih lagi berbisa, apatah lagi suaranya, memang 'kelas'. Persembahan yang diselang seli kan dengan 'joke' membuatkan 'show' malam itu. terus hangat. Penonton terjeritjerit meminta Ramli Sarip menyampaikan lagu'Camelia'. Ternyata lagu ini memang 'berhantu'. Walaupun lagu ini lahir semasa Ramli Sarip bersama Sweet Charity di tahun 70an dahulu, tetapi lagu ini tetap menjadi 'hit' hingga kini. Sorakan dan tepukan gemuruh menunjukkan peminat Ramli Sarip di Sarawak memang dahagakan persembahan 'live' terhebat darinya. 13 buah lagu popularnya menjadi santapan penonton malam itu. Antaranya, Teratai, lagu hit single album terbaru, Nyanyian Serambi, Syair Laila Majnun, Panah Beracun dan Camelia. Lagu Camelia menjadi penutup persembahan Ramli Sarip malam itu. Ternyata 'show' malam itu memang 'best' dan 'perfect'. Keesokan harinya, tiba pula masa sesi bertemu peminat di 'poolside' Holiday Inn. Peminat yang datang berpeluang bergambar bersama, berbual dan mendapatkan tandatangan rockers ini. Peminat juga dapat bersama menikmati 'Hi Tea' pada petang itu. Suasana petang itu begitu tenang dan mesra sekali. Ramli Sarip tidak henti-henti melayan peminatnya dengan layanan seperti seorang kawan. Peminat nyata amat menyenanginya. 'Tour' Ramli Sarip berakhir dengan kunjungannya ke UNIMAS bagi mengadakan persembahan ringkas di situ.

Article from Media Hiburan , 16 - 22 Nov 2002.
... go back ...

Hosted by www.Geocities.ws

1