Ella , Ramli Sarip duet dalam album baru.

Selepas sekian lama menyepi dari dunia rakaman, Ella kini kembali dengan album yang mengumpulkan ramai penggubah hebat termasuk Fauzi Marzuki dan Ajai.

Bukan itu saja, beliau juga berduet dengan Ramli Sarip dan menonjolkan kakaknya, Jojie, dalam satu lagu.

"Setakat ini, album baru saya sudah hampir 80 peratus siap. Saya merakam 18 lagu dan akan memilih 10 yang terbaik untuk album baru yang insy-Allah akan diedarkan penghujung October ini." kata Ella dalam majlis pelancaran album singlenya, Tanda Tanya, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ramli, salah seorang penerbit album Ella, bergandingan suara dengannya menerusi lagu Cendawan dan Serangga.

 

Article from Berita Minggu , 30 Sept 2001.
... go back ...

Hosted by www.Geocities.ws

1