Mengapa 'Sweet Charity' dihargai ?

 

Jika di negara barat, nama seperti Beatles, Rolling Stones, Led Zeppelin dan lain-lain dikenang sebagai legenda, di negara kita apa kurangnya Sweet Charity walaupun sebuah band yang menampilkan anggota dari negara Singapura tetapi kerakyatan mereka dilupakan.

Bagi peminat muzik rock tiada bezanya Singapura dan Malaysia kerana ia hanya dipisahkan oleh kerana faktor politik. Sebab itulah Sweet Charity dilihat bukanlah sebuah band asing sepertimana penerimaan mereka terhadap band dari negara lain. Atas dasar itu bukanlah suatu yang mengejutkan apabila ramai pemuja band ini di negara kita.

Malah suatu penghargaan yang dianggap terhebat pernah diterima oleh kumpulan ini ialah album 'Tribute to Sweet Charity' yang dilahirkan oleh band 'underground' di negara ini. Jika berdasarkan kepada sempadan antara band 'mainstream' dan 'underground', kedua kelompok ini mempunyai pendapat yang berbeza. Malah kedua kelompok ini suatu ketika perlihatkan seolah-olah antara mereka ada sempadan diantara mereka.

Namun sebagai menghormati kepada perjuangan Sweet Charity yang juga bolehlah dianggap band 'underground' di zaman kemunculan awal mereka kerana konsep yang dibawa oleh band ini merupakan satu kejutan budaya di rantau ini, band 'underground' popular di negara ini seperti Koffin Kanser, Blind Tribe, Another Side, Sil Khannaz, Republic Of Brieckfiled dan beberapa nama lagi telah bersatu hati untuk melahirkan sebuah album 'tribute'.

Maka lahirlah sebuah album berjudul 'Tribute To Sweet Charity' yang dilahirkan yang memuatkan 12 buah lagu hits Sweet Charity. Antara lagu yang disampaikan ialah 'Jangan Tunggu Lama- Lama (Gerhana Cinta), Perjalanan (Koffin Kanser), Berita Gempar (Blind Tribe), Datang Dan Pergi (Cashmere), Penunggu (Necrotic Chaos), Musibah (A.C.A.B), Tahun 2001 (Butterfinger), Lahirmu Bukan Untuk Dunia (Another Side), Teratai (Flop Poppy), Raja Kumbang (Sil Khannaz), Dunia Perlumbaan (Republic Of Brieckfileds & Ramli Sarip) dan Hanya Rock n' Roll (Ramli Sarip & The Charity Workers).

Namun seperti yang saya katakan, ada antara band 'underground' yang menyampaikan muzik yang dibawa oleh Sweet Charity beium wujud sebelum kehadiran kumpulan ini. Malah pastinya perninat muzik 'underground' yang juga hanya mengenali nama kumpulan ini, kurang pasti sejarah kemunculan Sweet Charity di rantau ini. Mengapa mereka begitu dikagumi sehingga sekarang?

Minggu ini saya akan membawa sedikit sejarah Sweet Charity yang kini telah pun berusia hampir 30 tahun sebagai satu bahan sejarah yang wajar dikenang. Nama Sweet Charity lahir di Singnpura pada sekitar tahun 1969. Anggota Sweet Charity ketika itu sernuanya berusia belasan tahun iaitu sekitar 15 hingga 17 tahun. Mereka bermula bermain di khemah orang kahwin, majlis hari jadi, temasya tepi pantai, fun fair dan pelbagai majlis lagi. Mereka dilihat agak terasing kerana imej dan konsep muzik mereka yang agak bising daripada muzik band yang sedia ada. Dengan imej berambut panjang, berseluar ketat dan memainkan muzik yang keras rnembuatikumpulan ini begitu sukar untuk melahirkan album sulung mereka.

Hampir 10 tahun menunggu barulah diberi peluang untuk merakamkan album iaitu pada tahun 1979 oleh syarikat rakaman Warner Bros. Tiada royalti yang hebat dan wang ringgit dijanjikan tetapi itulah hakikat perjuangan anak seni yang tulen. Kemunculan mereka menerima pandangan yang berbeza oleh dua jenerasi melayu. Golongan yang agak berumur yang sebelum ini dibuai dengan muzik dondang sayang dan pop 60 an, memberi pandangan yang cukup negatif tetapi jenerasi muda menjadi Sweet Charity sebagai idola dan ikutan dari pelbagai aspek.

Sweet Charity membawa konsep 'rock n' roll' yang dianggap ganas ketika itu. Ketika itu kumpulan ini dianggotai oleh Ramli Sarip (vokalis), Rosli Mohalim (gitar), S. Hasan Abdullah (bass), A.Rahman Sarbani (dram), Masrom/Ahmad Jaafar (keybord).

Ketika itu muzik Sweet Charity banyak dipengaruhi oleh muzik dari beberapa band barat seperti Lep Zeppelin, Deep Purple, Black Sabbath dan Grand Funk Rairoad. Antara lagu yang menjadi perhatian peminat Sweet Charity ialah 'Jangan Lama-Lama, Manusia Dengan ABC, Musibah, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Penunggu, Berita Gempar, Kamelia dan Dunia Perlumbaan'. Ketika kumpulan ini mengadakan persembahan pelbagai aksi berlaku kerana keghairahan anak-anak muda ketika itu. Pintu pagar dirempuh, pentas runtuh dan sebagainya. Begitu 'mania' anak-anak muda ketika itu terhadap kumpulan Sweet Charity.

Namun pada tahun sekitar 1983/84, Sweet Charity menghadapi sedikit masalah dalaman di mana kebanyakan anggota tidak lagi boleh memberikan komitmen 100% kepada kumpulan ini. Usia dan tanggungjawab kepada keluarga adalah masalah pokok mengapa Sweet Charity bermasalah ketika itu. la bukan berlaku kepada band seperti Sweet Chanty tetapi kepada band-band yang lain juga. Maka Sweet Charity seolah-olah dibubarkan walaupun ada anggota yang masih mahu memperjuangkan kumpulan ini. Tetapi oleh kerana nakhoda meninggalkan kapal yang dianggap 'Titanic'. Sweet Charity layu ditenggelami zaman. Maka jadilah mereka sebagai legenda yang dikenang sepanjang masa.

Ramli Sarip yang membawa diri untuk berjuang sendirian tidak mempunyai masalah untuk teguh berdiri. 'Trademark' suara serak-serak basahnya menjadi ikutan. Ramli akhirnya muncul dengan beberapa album solo sehingga kini. Tempat Sweet Charity akhirnya, diambil alih oleh Search yang juga kini telah dibubar dan mereka juga akhirnya menjadi legenda. Sepertimana Sweet Charity kehilangan Ramli, Search juga kehilangan Amy yang membawa bibit pembubaran kumpulan masing-masing.

Namun kedua penyanyi ini iaitu Ramli Sarip dan Amy dilihat mampu untuk terus mencari sesuap nasi dengan hasil nyanyian rnereka. Begitulah antara sejarah band-band rock tempatan dan kehadiran album 'Tribute To Sweet Charity' memang sewajar dilakukan. 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' lirik lagu nyanyian legenda Allahyarham P. Ramlee menceritakan walaupun 'patah tumbuh hilang berganti' tetapi yang tumbuh itu tidak akan serupa.

Sweet Charity akan terus dikenang sepertimana kumpulan Beatles di barat Dan inilah dilakukan dan diluahkah oleh Aru Koffon Kanser dan Os dan sidang akhbar mereka bersama Ramli Sarip. Dalam sidang akhbar itu, ramai pencinta dan pemuzik 'underground' menghadirkan diri untuk memberi perhormatan kepada kumpulan Sweet Charity. Namun sayangnya hanya Ramli Sarip sahaja yang hadir dimajlis sidang akhbar tersebut di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Di manakah angota Sweet Charity yang lain ?

Kita dengar apa komen Ramli Sarip mengenai album ini. "Saya mengucapkan terimakasih kepada band-band 'underground' di negara ini atas kelahiran album 'Tribute To Sweet Charity'. Saya mewakili anggota Sweet Charity melahirkan rasa bangga atas penghargaan ini.

"Sejarah Sweet Charity penuh dengan liku-likunya. Kami sengsara tetapi kami anak muda yang kental. Masa itu kami tidak memandang wang ringgit asalkan kami mendapatkan kepuasan diri dan kekal dengan prinsip asal band ini. Tidak sangka sejarah yang penuh berliku itu akhirnya band kami dikenang oleh anakanak muda yang mungkin masih di dalam buaian lagi.

"Apapun saya harap walaupun band-band 'underground' ini dikenali dengan kejujuran mereka tetapi kejujuran itu jangan diambil kesempatan. Jika patut dibayar, kita mesti membayarnya. Kita perlu wang untuk melakukan sesuatu.

"Bercerita mengenai album ini, susunan muzik rnereka begitu baik. la menampakkan kelainan dari yang asal. Jika mereka memainkan sepertimana muzik yang asal pastinya tidak ada kelainan yang ada pada album ini. Lebih baik beli album Sweet Charity yang asal. Muzik ini sesuai dengan jiwa anak rnuda masakini," jelas Ramli.

Kepada mereka yang ingin album ini dapatkan segera di kedai-kedai kaset. Pastikan anda mendengar dengan satu muzik yang baru dari sebuah band lagenda.

 

Article from Media Hiburan , 31- 6 April 2001.
... go back ...

Hosted by www.Geocities.ws

1