| Muzik tetap tak diabaikan Berniaga , berniaga juga. Tetapi seni muzik tetap menjadi keutamaannya. Biar betapa sibuk pun Ramli dengan perniagaannya, beliau tidak akan meninggalkan bidang yang telah menjadi darah dagingnya sejak bujang dulu. Kata Ramli beliau akan terus berkarya dan menerima undangan, baik di sini mahupun di festival-festival antarabangsa. Bahkan, beliau telah menerima undangan mengadakan konsert solo anjuran sebuah stesen televisyen Malaysia Oktober ini. Konsert itu akan diadakan di sebuah stadium atau auditorium yang boleh menarik kira-kira 3,000 dengan 4,000 penonton. Apakah stesen TV itu? Ramli belum bersedia mendedahkan. "Sebenarnya stesen itu telah mengeluarkan senarai artis-artis yang mereka fikirkan mampu menjayakan konsert pertama mereka. Nampaknya, mereka memilih saya. Ini adalah satu penghormatan besar untuk saya. Kami telah berbincang dan hasil konsert itu nanti, pihak stesen akan mengeluarkan cakera padat video konsert live ltu," kata Ramli. Selain konsert, beliau juga sedang menyiapkan biografinya. Biografi itu mungkin dilancarkan sempena ulang tahunnya yang ke-50 tahun depan. "Saya ada juga rancangan menghasilkan album baru dan ada syarikat rakaman antarahangsa mahu menawarkan kontrak untuk saya. Saya rasa, saya tak mahu terburu-buru. Biarlah semua urusan rakaman dibuat dengan penuh berhati-hati. "Saya dah lama dalam bidang ini dan saya tak perlu nak kejarkan apa-apa lagi," ujarnya.
|
Article from Berita Minggu , 15 July
2001.
... go back ...