Papa rock dah jadi tauke restoran
'Brader Corner'

Apabila papa rock membuka gerai menjual burger setiap kali musim Ramadan tiba, pelbagai reaksi diterimanya daripada orang ramai. Ada yang 'hairan' kerana beranggapan seorang lagenda rock seharusnya memilih bidang perniagaan lebih setaraf dengan popularitinya. Tetapi, ramai juga yang memberi sokongan sehingga menjadi pelanggan setia. Namun, tidak ramai menyedari di sebalik keringat dan kepulan asap menjual burger, Ramli Sarip menyimpan rancangan lebih besar. Rancangan itu bukan setakat angan-angan kosong, tetapi sudah menjadi realiti apabila kini tersergarn restoran yang baru dibukanya di Blok 374, Bukit Batok West (berhadapan stesen MRT Bukit Gombak) kira-kira sebulan setengah lalu. Beliau berkongsi ruang dengan restoran Bambu Kuning yang beroperasi sebelah pagi. Nama restorannya? Apa lagi kalau bukan 'Brader Corner', sempena panggilan mesra rakan-rakan muzik yang dekat dengannya.
Dengan perbelanjaan sebanyak $45,000 yang dikongsi bersama seorang rakan, Brader Ramli memilih konsep kafe yang menjual hidangan ala barat dan tempatan.
Bayangkan hidangan hip masa kini seperti latte dengan kuih tradisional seperti kuih bakar dan kaswi. Atau anda lebih setia dengan teh tarik, tetapi mengidamkan steak lada hitarn dan fish and chip yang ranggup.
Restoran itu juga dihiasi dengan replika peralatan muzik seperti gitar dalarn bingkai. Ketika. ditemui, Ramli berkata beliau menyimpan cita-cita membuka restoran itu sejak 10 tahun lalu.
"Idea nak buka. restoran ini dah lama bermain dalarn fikiran saya sebab setiap kali selepas buat show, mesti rasa lapar dasn terkial-kial cari tempat makan.
"Saya selalu kagum dengan bisnes makan ini, tetapi saya tak boleh terjun dalam bidang ini tanpa tahu selok beloknya.
"Macam nak jadi penyanyi. Dulu saya cari pengalaman menyanyi di khemah-khemah orang kahwin sebelum Sweet Charity buat album. Tetapi angan-angan dulu, kalau nak buka restoran saya nak adakan tempat untuk orang bermain muzik juga.
"Sekarang memang ada rancangan nak panggil penyanyi buat persembahan tetapi, saya nak tengok kelancaran perniagaan ini dulu," cerita penyanyi yang sudah berusia 49 tahun itu.
Kata Ramli, biarpun berniaga burger di gerai kelihatan remeh, ia sebenarnya memberi beliau pengalaman yang cukup berharga.
"Saya lihat banyak persamaan bidang ini dengan muzik. Kalau anda menghasilkan muzik yang baik, orang pasti akan beli dan akan beli lagi. Begitu juga dengan makanan. Kita harus memberikan yang terbaik dan memberi keselesaan kepada pelanggan. Kita kena hidangkan makanan itu seolah-olah itulah masakan yang paling istiinewa untuk mereka," kata Ramli.
Apa yang menarik perhatian, Ramli tidak keseorangan dalam menghadapi pelanggannya. Teman-teman muziknya seperti penerbit dan pemain drum Shaharudin Jalil (Sahar Lovehunters) dan Din Safari turut 'rewang' setiap hari bersama-sama 10 orang pekerjanya.
Sahar inempunyai pengalaman menguruskan pub Lagenda dan sudah biasa berniaga di pasar Eunos sementara Din mempunyai 30 tahun pengalaman membantu ibunya di gerai makan. Ramli sendiri turun ke kedainya yang dibuka setiap hari dari 4.30 petang hingga 10.30 malam, bukan setakat melayan pelanggan, bahkan mencuci pinggan mangkuk dan mengambil pesanan.
"Apa yang paling menggembirakan saya, tempat ini sudah menjadi tempat pertemuan semula saya dengan rakan-rakan sekolah dari Sekolah Rendah Princess Elizabeth hinggalah Sekolah Menengah Teck Whye dan peminat setia saya," cerita Ramli.

 

Article from Berita Minggu , 15 July 2001.
... go back ...

Hosted by www.Geocities.ws

1