.:: sELAmaT dATanG kE LAmaN wEB eBit IraWAn ::.

     
     
Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat
kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w.
dengan segera memerintahkan Zaid bT sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk
setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang
setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,InsyaAllah
akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang
buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,
harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak
18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca
ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku
yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan
dan kejahatan pembesar."Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan
pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekatpencuri daripada
memasuki rumah.Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluargaterhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan
2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang
yang lain.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &
ahli rumah2 di
sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,
Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU
BIARPUN SATU AYAT...."
     
 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1