Kisah Si Tua Dan Anaknya
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun
kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga
orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis,
kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini
yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung
tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang
(jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal
kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak
ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau
seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah
kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua,
terpaksa pulak mengayuh ! selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil
hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu. Maka dipanggilnya si Harben.
"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan
ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa
yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak
pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab
Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja
lah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini
kerana
anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau
seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah
keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana
sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung
sajalah,
ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak
yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau
begitu"jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong
hantar ayah ke pulau seberang.. "Tuanku Raja memerintahkan ayah
mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.
Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi
dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.Lalu pergilah si polan
mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar
rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut
ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut
melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh
dan disebabkan si polan yang dah tua dan
si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya. APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua
ini.
1) Harben ialah HARTA-BENDA,
2) Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
3) Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.
Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja)
yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan
Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar
cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang
lima .
Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
Wassalam
|