Temuduga Terbuka
Perhatian : Temuduga Terbuka!!
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi
LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh)
KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa siji-sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak
- Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,
hensem atau berbadan tegap atau seksi
(Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal)
PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah)
**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami
yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada
orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.
"SEMOGA BERJAYA"
"SELAMAT MENJAWAB"
Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi
hanya iman dan amal sahaja akan menetukan dapatkah kita
menjawabnya. Marilah bersama-sama kita bersedia,
menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam
golongan orang yang berjaya.
|