.:: sELAmaT dATanG kE LAmaN wEB eBit IraWAn ::.

     
     
Amalan-Amalan Sunat Pada Hari Asyura:

1. Berpuasa sunat bagi orang yang tiada baginya puasa qada'.
Bagi yang perlu qada', niatkan qada tetapi yang sunatnya
juga akan dapat.

2.Sembahyang sunat dua rakaat pada malam Asyura dengan niat
"Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala.
(Ia bukan solat sunat Asyura kerana tidak ada solat sunat Asyura).
Kemudian diikuti dengan doa
"Dengan kemegahan malam ini disisi engkau Ya Allah,
aku.............(doakanlah hajat kita)

3.Menghulurkan sedekah pada fakir dan miskin.

4.Hadir di tempat/majlis ilmu atau zikrullah

5.Ziarah para alim ulama'

6.Ziarah orang yang sakit.

7.Menghubungkan silaturahim.. seperti menziarahi ibubapa
atau saudara mara atau sahabat handai atau sekurangnya
menelefon mereka bertanyakan khabar.

8.Memakai celak dan berselawat 3 kali ketika memakainya..
insyaallah dipelihara daripada sakit mata.

9.Memotong kuku

10.Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali atau sekurangnya
200 kali

11.Menyapu (mengusap) kepala anak yatim.. kaifiatnya ialah
dengan menyapu secara terbalik iaitu dari belakang kehadapan...
jika anak sendiri sebaliknya.

12.Melebihkan berbelanja untuk ahli keluarga.

Tanbih : Barang siapa mengambil ia pada Hari Asyura akan air
mawar dan di letakkan didalam bekas yang putih lalu dibacakan
atasnya surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali dalam hal keadaan menilik
ia (melihat) akan air tersebut,kemudian disapu pada dirinya dan
orang yang dikasihinya (anak isteri).Insyaallah akan terhindar
daripada penyakit yang berat-berat hingga tahun hadapan.

Insyaallah ,semoga dapat kita amalkan(sekurangnya 6 perkara) pada
hari Asyura yang lagi akan datang pada tahun ini dan tahun -tahun
yang berikutnya..

Moga dijadikan oleh Allah akan kita semua dari orang-orang yang
taat dan beroleh rahmatNya sentiasa...Amin.
 
     
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1