AL-Kisah
Al-kisah pada suatu hari, di sebuah kampung nun di di pantai Timur
semenanjung Malaysia ......
"Mak, Aziz balik dulu Mak" "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam
ni,pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...".
"Tak boleh Mak, Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu
yang tergendala mak..."."Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni,
mak risau kamu balik
malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ke KL tu......"
"Tak apalah Mak, Aziz balik dulu, assalammualaikum" lantas Aziz mengucup
tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru
seminggudimilikinya ......
"emmmmm .... Boring betullah .." rungut Aziz seorang diri lantas menutup
gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.
Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini
hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan
kanan, lebuhraya semakin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai
ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban di
kampung."Emmmmm... baru sampai lebuhraya karak ..., dah dekat gak ni.."
Tiba-tiba Aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri,
dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya"kou kalau balik
Kelantan tu
kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya .... tambah-tambah
lagi area
lebuhraya karak tu ....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib
....."
namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya
"aaaarghhhh ........ ngarut jer ... mana ader hantu .... sekarang ni
aman internet jer .... sekarang ni .. hantuu semua tinggal dlm hutan .. "
kata Aziz keseorangan mententeramkan hatinya yang tidak tenteram ....
namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran
... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa,
Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh di hadapan, Aziz
terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak di tepi jalan,
peluhnya mula memercik kembali "hantu ker?" soal hatinya ......
"Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semakin hampir ......, dan semakin
jelas pandangan Aziz terhadap objek itu, rupa-rupanya seorang perempuan
tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan,
kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.
"Orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata,
hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan
kesihan pula.
Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan
mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut ..... "Mak cik nak kemana ni
biar saya tumpangkan, makcik naiklah ... bahaya sesorang malam-malam ni.......
"
Segera Aziz membuka pintu disebelahnya ...... tanpa berkata apa-apa
perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia
ingin turun dihadapan.Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus
menutup pintu kereta....
"Terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan
langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar
tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara
perempuan tua tersebut ....... garau sungguh menyeramkam .......
"aapaaa .... mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni,
baaaahaaaaayaaaaa mak cik,malam pulak tu" kata Aziz terketar-ketar......
"sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat
kemalangan di tempat mak cik berdiri tadi ......." Kata perempuan tua itu
lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz"Apa .. darahhhhh!!!!!!!!"
jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyakmemercik .....mengeletar
anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawanketakutannya agar dia tidak
terbabas
memandu kerana terkejut dan akanmelibatkan kemalangan pula ....... "yer
....
anak mak cik mati sewaktukemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan
darah orang yang mati jadi tak baik kita biarkan darah orang mati kering
begitu
saja, nanti jilat di langsuir ........ " kata perempuan tua itu dengan
suaranya yang
garau .......semakin kuat anggota badan Aziz menggeletar ..... ditolehnya
ke arah
perempuan tua itu ........ tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya
...... "burghhhh ...... burghhhh ....... burghhhh!!!!!!!!1" tetiba baldi
yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih
berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih ........ burghhhh
...... burghhhh ........ burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu
memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas di
kepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut
"Maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu
berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah
Aziz. "hiiiiiiiiii
......... hiiiiiiiiiii .......... hiiiiiiiiiii .........."mengilai
perempuan tua itu lantas
berkata ....ITULAH KELEBIHAN BREEZZZZZZZZZZZZZZZEE!!!!!!!!!!"
|