Doktor Memeluk Islam
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah
memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam
penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang doktor neurologi.Setelah memeluk Islam, dia amat yakin
akan perubatan
secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Qur'an". Kajian
perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang
terdapat di dalam Al-Qur'an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,
biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk
Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa
beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam
otak manusia yang tidak masuki oleh darah.
Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya
beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak
manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa
mengerjakan sembahyang. Urat tersebut
memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini
bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar
sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan
Allah.Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya
tidak akan dapat menerima darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini
sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana
sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya
yang indah ini.Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang
tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal
mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu
keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang
normal.Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak
segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah
kejadiannya, walau pun akalmereka mengetahui bahawa perkara yang akan
dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah
kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untukmempertimbangkan akan
perbuatan mereka itu secara lebih normal.
Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macamgejala-gejala
sosial masyarakat masakini. Dari itu,
marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas.
Ambillah Islam secara menyeluruh dan
bukannya secara sedikit-dikit.
|