Kisah Si Pencari Kayu
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka
tersebutlah kisah seorang pencari kayu.Adapun si pencari kayu ini
terkenaldengan sifat jujurnya lagi ikhlas.
Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri
tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.
Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi
sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam
sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya
kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si
pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari
kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke
dalam
sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.
"Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari.
"Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa
kapak dari perak."Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.Sekali lagi pari-pari turun ke
dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab
si pencari kayu jujur.Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan
naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.
"Ya,inilah kapak hamba yang
terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu,maka pari-pari
memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si
pencari kayu.Si pencari kayu
pulang ke rumah begitu gembira sekali.
Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi
sungai menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu
terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap
menangis si pencari kayu
atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul
lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa sipencari kayu.
Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam
sungai tidak timbul-timbul...".
Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya
Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes",jawab si pencari kayu.Pari-pari begitu
marah",Penipu,pembohonggg....,nah terima baaa...",belum sempat
pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata,"Maafkan
hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah
faham"."Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan
muncul dengan Maya Karin dan
selepas itu Wardina.
Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri
hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan
memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma
seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak maintain semua tu...
Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas.
|