| Amalan
untuk Almarhum Atau Almarhumah
Amalan untuk almarhum atau almarhumah
bererti seseorang
beramal atas nama almarhum atau almarhumah,
agar pahala ibadah tersebut dibukukan pada catatan
amal almarhum atau almarhumah.
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat
kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan
untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal,
pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.
Amalan-amalan tersebut di antaranya:
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika kalian mensolatkan
jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya."
"Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami."
2. Bersedekah.
Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku
bersedekah atas namanya?" Beliau menjawab, "Ya, dapat."
3. Berpuasa.
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,
"Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,
Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan
ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan.
Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?,
Rasulullah s.a.w menjawab, 'Ya'. Rasulullah s.a.w bersabda,
sesungguhnya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan."
4. Haji
Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,
"seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi
s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar
untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal.
Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w
menjawab, berhajilah untuknya. ....tunaikanlah (untuknya)
kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran."
5. Solat
Ad Daruquthni meriwayatkan, "Seseorang lelaki bertanya,
Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa.
Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup.
Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka
meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan
baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka
dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu."
6. Membaca al Quran
Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca
al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkan
mencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah
pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan
'Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada....
(nama almarhum dan almarhumah)
|