.:: sELAmaT dATanG kE LAmaN wEB eBit IraWAn ::.

 
     
Golongn Yang Rasulullah Paling Benci dan Sayang

Dari : Riwayat at-Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di
kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat
duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang
paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling
aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat
ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan
berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan
kesombongannya. Para sahabat bertanya lagi, wahai
Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud
perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang
sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi
apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya?
Jawab Rasulullah ialah orang yang takbur.


Huraian :

1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling
dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling
dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang
sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang
dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa
kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat
kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri
dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi
hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi
menjaga hati dan perasaan orang lain.



 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1