Air Mata Nabi Adam
Tahukah saudara? Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama
300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus
tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya
mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok
cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau.Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.
Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya keranaperbuatan derhakanya kepada Allah.Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang
bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah
menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari
air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
* Dalam sehari ada 24 jam.?
* Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
* Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua
perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita
lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah
manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan
pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
air sembahyang sebelum azan.Cahaya yang ketiga ialah cahaya
mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala
jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke
barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak
ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun
menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalammasjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 artikal ini dan sebagai peringatan kita
setiap hari. Sampaikan kepada sekelian
muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedomanhidup hingga ke akhir hayat ,Insyaallah .
|