| TARIAN MELAYU | |||
|
|
Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan tradisional. Kekayaan hasil kesenian dan kebudayaan
masyarakat melayu ini bukan sahaja dibangga-banggakan oleh masyarakat Malaysia malahan oleh masyarakat luar negara.
Terdapat pelbagai bentuk tarian masyarakat melayu yang terdapat di
Malaysia.Tarian ini pula boleh di bahagikan kepada pecahannya yang lebih
kecil yakni dari segi kenegeriannya.Boleh di katakan hampir setiap negeri
mempunyai seni tariannya yang tersendiri.Perbezaan seni tari dari setiap
negeri tersebut boleh di lihat dari segi pakaian, cara persembahan,
lenggok-tarian, peralatan yang di gunakan dan beberapa kriteria lain lagi.Dalam kebudayaan Melayu tarian merupakan salah satu warisan yang masih kekal hingga ke hari ini. TARIAN MAK INANG Tarian ini mula di kesan asal-usulnya semenjak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Ianya merupakan suatu bentuk tarian yang amat popular pada masa itu sehinggalah ke hari ini.Lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini adalah juga menjadi asal kepada terpilihnya nama tarian ini dan ianya telah di gubah atas perintah Sultan Mahmud Syah yang memerintah pada ketika itu. Tarian dan lagu Mak Inang ini adalah sangat lembut dan
mempunyai kualiti yang tinggi sebagai persembahan kepada istana raja serta
pembesar-pembesar luar negara yang datang melawat Melaka pada ketika
itu.Tarian ini juga turut di kenali sebagai Tarian Si Kembang Cina.Adakala
si penari akan memegang suatu kain skaf yang panjang untuk mengiringi
persembahan mereka. Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri
daripada 77 jenis Gamelan.Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis
sahaja lagi kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu
lagi.Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang
Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima,
Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin,
Lolo dan
Monab. Tarian joget ini merupakan tarian yang paling popular di Malaysia. Ianya di persembahkan menjelang sesuatu perayaan kebudayaan, meraikan majlis perkahwinan dan juga majlis sosial yang lain.Asal-usul tarian joget ini telah di kesan dan di katakan mempunyai perkaitan dengan elemen tarian Portugis yang mana telah di perkenalkan di Melaka semenjak daripada era perdagangan rempah. Tarian Joget ini di persembahkan oleh sepasang penari dengan kombinasi pergerakan tangan dan kaki yang pantas.Ianya merupakan suatu tarian yang hebat dengan tempo yang pantas dan amat di gemari di kalangan golongan muda dan tua.Ianya kebiasaannya boleh di lihat menjelang suatu pesta kebudayaan dan juga majlis perkahwinan melayu.Di Melaka, ianya turut di kenali dengan nama Chakunchak. TARIAN KUDA-KEPANG. Tarian Kuda Kepang ini adalah merupakan suatu bentuk tarian yang popular di negeri Johor.Tarian ini pada mulanya di persembahkan sebagai tarian berbentuk pemujaan tetapi dengan perkembangan agama Islam, ianya telah berkisar kepada kisah hikayat 9 orang pemuda Jawa yang telah menyebarkan syiar Islam dengan pengaruh dari Jawa. Dalam usaha mereka untuk menarik perhatian golongan
pemujaan tersebut, mereka telah memperlihatkan keupayaan mereka dalam skil
menunggang kuda dan menceritakan bagaimana usaha seseorang pejuang dalam
menegakkan syiar Islam. Tarian drama ini di persembahkan dengan di iringi oleh
bunyi muzik tradisional dan eksotik yang kaya dengan peralatan muzik
seperti gong, tamborin dan angklung. |
||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||