|
TARIAN INDIA |
||||
|
Negara Malaysia turut menawarkan seni tari India yang tidak kurang hebatnya dengan tarian India yang terdapat di negara asalnya.Seni tari India turut memaparkan gaya persembahan yang tersendiri yang menggabungkan elemen-elemen klasik, kemanusian dan kepercayaan mereka. TARIAN BHARATA NATYAM. Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ). Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang
asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan. TARIAN BHANGRA. Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia. Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud
yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang
artistik.Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan
lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna
cerah. |
![]() |
|||
| TARIAN BHARATA NATYAM | ||||
![]() |
||||
| TARIAN BHANGRA | ||||