| TARIAN CINA | |||
|
Peralatan yang paling penting sekali bagi tarian ini
datangnya daripada sebuah singa buatan.Badan singa ini di perbuat daripada
kain dan panjang kain tersebut adalah bergantung kepada berapa bilangan
penari yang mengendalikan tarian ini.Ianya juga di hiaskan dengan kain
yang berwarna keemasan untuk menunjukkan kegemilangan haiwan ini yang di
rujukkan sebagai raja segala haiwan.
|
|||
|
Tarian ini turut menggambarkan perasaan memberi dan
mengasihi.Ini terbukti dalam pergerakan simbolik dalam tarian ini
dimana bunga di berikan kepada mereka yang gembira.Ianya adalah intipati
utama dalam perbuatan yang menggembirakan dan suatu harapan kepada
keamanan di seluruh dunia.Terdapat juga unsur memikat dari segi perasaan
dan harmoni dalam pergerakan yang terdapat pada tarian ini.
|
|||
|
Seperti di China, tarian Payung ini mempunyai tarikan seninya tersendiri.Gaya dan semangat yang di persembahkan di Malaysia adalah menyerupai persembahan yang sebenar di negara China. Ianya biasanya di persembahkan di kampung-kampung. Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam tarian ini dan penarinya boleh di kenali dengan pemakaian kostum yang di pakai di Dinasti Han. Muzik iringan bagi persembahan ini biasanya berentak
irama bebas yang berterusan. |
|||
![]() Tarian Tahun Baru Sambutan tahun baru adalah merupakan suatu tempoh yang paling penting dalam sesuatu tahun.Ianya adalah merupakan suatu masa yang amat di nantikan di dalam komuniti dan turut menggambarkan suasana yang riang dan gembira dalam tarian ini. Dalam turutan tarian ini, penari dapat di lihat bersedia dalam
menyambut tahun baru dalam cara yang serba gemilang.Tarian ini juga turut
memperlihatkan gadis-gadis muda mempersiapkan diri mereka untuk menyambut
tahun baru. |
|||