SAMBUTAN PERAYAAN


Bersalam tanda kemaafan di Hari Raya.
Sambutan Hari Raya Puasa adalah merupakan suatu kemestian bagi kaum muslim di Malaysia.Perayaan ini akan di sambut setelah sebulan mereka mengerjakan ibadah puasa dan pada hari raya Puasa kebiasaannya mereka akan mengadakan sambutan rumah terbuka sebagai menayambut tetamu yang datang berkunjung..


Tarian Singa pada Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina adalah merupakan perayaan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Hari Raya Puasa.Perayaan ini di sambut oleh segenap kaum Cina di Malaysia dengan berkumpul dan makan bersama sebagai tanda meraikan kedatangan tahun baru dalam kalender Cina.Pada hari ini golongan yang paling gembira sekali adalah kanak-kanak kerana pada hari ini mereka kebiasaannya akan menerima ang pow yang mengandungi wang.


Deepavali
Perayaan Deepavali ini di sambut oleh kaum India di Malaysia.Perayaan ini lebih di kenali dengan perayaan cahaya  sebagai menyambut kemenangan kuasa baik melawan kuasa jahat.Pada hari Deepavali ini, kaum India biasanya akan menghias rumah mereka dengan Ranggoli yakni hiasan berwarna-warni pada lantai rumah mereka yang di perbuat daripada beras yang di warnakan.Rumah akan di pasang pelita sebagai simbol cahaya kebaikan telah menerangi kegelapan kejahatan.


Gambar perayaan Wesak
Hari Wesak ini di sambut oleh kaum Buddha di Malaysia sebagai menandakan kelahiran, kegembiraan serta kematian Buddha.Aktivis yang berada pada kuil Buddha biasanya akan melakukan mandian Buddha,pembacaan Kalimah Sutra, Penyalaan kayu wangi,lampu minyak,melepaskan burung merpati dan menyambut sami baru.Perayaan ini biasanya jatuh pada bulan Mei dan juga merupakan suatu tempoh yang sesuai bagi mereka untuk menunaikan nazar seperti mendermakan wang kepada golongan susah dan memerlukan.

Perayaan Gawai Dayak biasanya di sambut oleh kaum Dayak di Sarawak.Ianya sebagi menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru.Untuk menyambut perayaan ini, mereka biasanya akan membersihkan rumah mereka serta kubur moyang mereka.Sehari sebelum perayaan ini, kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli keluarga yang paling muda akan menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada kedua orang tua mereka.Pada perayaan ini mereka akan menari dan mengenakan pakaian tradisional mereka sambil menikmati "Tuak" yakni sejenis arak yang di perbuat daripada nasi.

Hosted by www.Geocities.ws

1