Membudayakan
Baca Cerpen
Oleh
Uthaya Sankar SB
“KITA
jemput seorang penulis kaum India untuk membaca sebuah sajak,” sering Ismas
Saring atau Dr. Ibrahim Ghafar mengumumkan pada acara Baca Puisi Anggerik di
Galeri Shah Alam, suatu masa dulu.
“Kita
minta dia baca sajak dan bukannya membaca cerpen,” kata mereka.
Pernah
tidak mendengar orang membaca sajak di pentas dan khalayak tertanya-tanya
mengapa individu itu memilih untuk berbuat demikian?
Mungkin
intonasi dan gayanya salah dan merasakan individu itu sengaja memilih untuk
memalukan diri di khalayak!
Membaca
sajak - apatah lagi mendeklamasi sajak - di khalayak bukan perkara mudah. Sering
kali individu tertentu terpekik dan terlolong di pentas; bagi mereka itulah cara
membaca yang betul.
Ada
pula yang meratap hiba; bagi mereka sajak mesti sedih dan mendayu-dayu. Sajak
mesti disampaikan dengan wajah dan suara yang sedih.
Acara
membaca sajak memang sudah menjadi rutin - malah semacam wajib - dalam pelbagai
acara di negara kita.
Bagaimana
pula acara pembacaan teks cerpen? Memanglah minat membaca cerpen tidak kental di
jiwa penduduk; termasuk sekerat penulis dan cerpenis.
Membaca
cerpen yang dimaksudkan adalah membaca cerpen dengan suara yang lantang di
khalayak untuk didengar orang; bukan sekadar membaca tanpa suara untuk dinikmati
diri sendiri.
Pelbagai
penilaian boleh dibuat oleh khalayak umum mengenai mutu pembacaan sajak - atau
deklamasi sajak. Namun, tidak begitu halnya dengan pembacaan cerpen.
Kita
tidak biasa membaca cerpen untuk didengar oleh orang lain. Apa yang ada, mungkin
membacakan buku cerita kepada anak-anak.
Nah!
Siapa kata kita tidak ada bakat semula jadi membaca teks cerpen untuk didengar
orang lain?
Kalau
pada masa lalu kita ada penglipur lara, tugas itu kemudian diganti ibu bapa yang
bercerita kepada anak-anak.
Seterusnya,
dengan adanya buku cerita, ibu bapa zaman moden mula membacakan cerita untuk
anak-anak.
Bagaimana
agaknya gaya Ketua Satu Gapena, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Ismail Hussein
membacakan cerita kepada anak-cucu? Bagaimana kalau Ketua Pengarah DBP, Datuk A.
Aziz Deraman membaca cerpen kepada khalayak?
Pengarah
Penerbitan DBP, Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang pendiam. Mampukah beliau membaca
cerpen di depan orang ramai?
Khalayak
biasa mendengar Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membaca puisi yang panjang
dan berciri naratif. Bagaimana kalau beliau membaca teks cerpen pula?
Pendeklamator
seperti Norazimah, Mohd. Radhi dan Amaruszati pula mampukah membaca naskhah
cerpen sehebat mendeklamasi sajak?
Maimunah
yang sering membawa watak ibu dalam drama televisyen; mampukah beliau membaca
cerpen dengan penuh bergaya?
Tidak
terkecuali juga kelompok editor dan wartawan sastera di akhbar dan majalah yang
saban hari menatap karya sastera. Adakah mereka berbakat membaca cerpen di
pentas?
Jawapan
bagi soalan-soalan ini tidak semudah menjawab soalan mengenai pembacaan puisi.
Mengapa? Pembacaan cerpen di khalayak belum menjadi budaya di negara kita.
Namun,
buat pertama kali dalam sejarah dunia sastera Malaysia, orang ramai akan
berpeluang mendengar hampir 385 buah cerpen bahasa Malaysia dibacakan oleh
hampir 160 orang selama lebih 96 jam!
Inilah
masa untuk mendengar semua tokoh yang dinamakan di atas menunjukkan bakat
membaca cerpen untuk didengar oleh khalayak.
Dr.
Othman Puteh dijadual membuka tirai Baca Cerpen Kavyan tepat pukul 4
petang, pada 29 Ogos 2003 di Galeri Shah Alam.
Sumbangan
Dr. Othman dalam mengasah bakat-bakat baru serta sumbangan beliau sebagai
cerpenis tidak dapat dipertikaikan.
Jadi,
urus setia penganjuran sebulat suara memutuskan untuk mengundang beliau membaca
cerpen pertama.
A.
Samad Said diberi penghormatan membacakan naskhah terakhir bagi melengkapkan
acara membaca cerpen berterusan 96 jam ini. Beliau juga akan menjadi saksi bagi Baca
Cerpen Kavyan.
Acara
anjuran Persatuan Penulis Kaum India Malaysia (Kavyan) ini mendapat kerjasama
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor.
Kejayaan
acara membaca cerpen berterusan 96 jam bakal dicatat dalam The Malaysia Book
of Record, bakal mengatasi rekod sedia ada, pembacaan cerpen bahasa Inggeris
selama 72 jam.
Tujuan
utama acara ini adalah untuk memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen.
Acara baca puisi sudah terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum
begitu popular.
Kavyan
mahu memberi peluang kepada penulis untuk membacakan karya mereka; serta peminat
sastera untuk membacakan cerpen yang mereka minati.
Baca
Cerpen Kavyan mendapat
sambutan hangat daripada peserta pelbagai kaum. Apatah lagi, acara akan
dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia
Wartawan
akhbar Bahasa Inggeris, Bissme S juga dijadual menunjukkan kebolehan membaca
cerpen Bahasa Malaysia.
Antara
penulis kaum India yang turut serta ialah Dr. Krishanan Maniam, Saroja Theavy
Balakrishnan, Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy dan Vijayaletchumy Vellasamy.
Pelajar
sekolah menengah, mahasiswa dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian;
menjadikan Baca Cerpen Kavyan suatu acara gilang-gemilang dan penuh
bermakna.
Sekumpulan
mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dijadual datang khusus untuk mengambil
bahagian. Begitu juga beberapa peminat sastera dari Kelantan, Perak, Pahang,
Melaka dan Johor.
Ahli
komuniti yang sering berkomunikasi di ruang siber juga bakal tampil membaca
cerpen.
Acara
yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 2 September di Galeri Shah Alam di Shah
Alam ini pasti menjadi suatu acara yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para
peserta tetapi juga untuk para peminat yang hadir sebagai penonton.
Selain
berpeluang mendengar cerpen dibacakan, khalayak juga akan berpeluang bertemu
kelompok penulis sastera kebangsaan.
Namun,
masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai mutu pembacaan
cerpen oleh para peserta. Orang ramai perlu hadir untuk mendengar sendiri
pembacaan cerpen oleh hampir 160 peserta.
Maklumat
terperinci serta jadual pembacaan boleh didapati di laman web
www.bacacerpen.cjb.net atau hubungi talian 013-3913278.
Utusan Malaysia, 17 Ogos 2003