Pertubuhan Sasterawan Kaum India Malaysia

 
 

Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia

 

Kavyan

e-kavyan

Aktiviti

Biodata

Artikel

Article

Aktiviti Lalu

Nota Kuliah

Tugasan Pelajar

Baca Cerpen

Apresiasi

Cerpen

Orang Dimensi

Siru Kambam

Surat Madras

Nayagi

Pulau Cinta

Vanakam

Hanuman

Panchayat

Nari! Nari!

Munis

DBP

Karangkraf

Utusan

Berita

Rudra

 

 

Mesyuarat Agung & Pemilihan Jawatankuasa Kavyan 2006

 

Sila maklum bahawa semua keahlian Kavyan 2005 tamat pada 31 Disember 2005 dan permohonan baru perlu dibuat untuk menjadi ahli Kavyan bagi tahun 2006. Rujuk Perlembagaan Kavyan bagi syarat keahlian.

 

Bagi tahun 2006, ahli tidak dikenakan yuran keahlian. Bagaimanapun, setiap permohonan keahlian akan dinilai oleh Jawatankuasa Kavyan. Borang keahlian boleh diperoleh di laman web Kavyan (rujuk sebelah).

 

Mereka yang berminat menjadi ahli Kavyan 2006 dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan dengan kadar segera – sebaik-baiknya sebelum 31 Disember 2005.

 

Mesyuarat Agung Kavyan bagi melantik Jawatankuasa Kavyan 2006 dijangka akan diadakan pada 31 Disember 2005. Tarikh sebenar belum ditetapkan dan terbuka kepada cadangan para ahli Kavyan 2005. Jika tiada cadangan lain, tarikh 31 Disember 2005 akan dikekalkan.

 

Sila maklum bahawa hanya ahli Kavyan 2005 berhak menghadiri Mesyuarat Agung Kavyan pada Disember 2006. Para ahli boleh mengemukakan cadangan tarikh bagi Mesyuarat Agung Kavyan. Bagaimanapun, sila rujuk senarai aktiviti 2005 (rujuk sebelah) supaya tarikh tidak bertindih dengan tarikh aktiviti lain. Cadangan mesti dikemukakan melalui e-mel [email protected] atau SMS ke 012-3368142 sebelum 31 Oktober 2005.

 

Individu yang ingin bertanding bagi jawatan dalam Jawatankuasa Kavyan 2006 pula perlu mengemukakan nama selewat-lewatnya pada 30 November 2005. Sebarang penamaan calon selepas tarikh itu tidak akan dilayan dan tidak akan dipertimbangkan.

 

Syarat dan peraturan bagi calon Jawatankuasa Kavyan 2006 adalah sama seperti Jawatankuasa Kavyan 2005. Calon yang berminat boleh menghubungi saya untuk mendapatkan salinan lengkap syarat dan peraturan bagi Jawatankuasa Kavyan.

 

Ahli Jawatankuasa Kavyan 2005 yang kurang komited dinasihatkan supaya tidak bertanding; khususnya jika tidak terlibat dalam sebarang aktiviti Kavyan sejak Jun 2005.

 

Jawatan paling utama yang perlu diisi adalah: Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Selepas itu, barulah jawatan Timbalan Presiden, Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari. Jawatankuasa Kecil hanya jika dirasakan perlu oleh Mesyuarat Agung. Mana-mana jawatan yang dirasakan tidak perlu dan tidak berperanan dalam Kavyan akan ditiadakan; jika dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Kavyan pada Disember 2005.

 

Setiap calon yang mengemukakan nama untuk bertanding wajib menghadiri Mesyuarat Agung. Jika tidak hadir (atas apa alasan sekali pun), maka dianggap menarik diri daripada bertanding.

 

Mesyuarat Agung dijangka akan diadakan pada 31 Disember 2005 (Sabtu), bermula TEPAT pukul 3:00 petang di Taman Sri Muda atau di The Summit.

 

Pemilihan jawatankuasa adalah secara bertanding di mana individu yang berminat memegang jawatan perlu mendaftar untuk bertanding; bukan nama dicalonkan oleh orang lain. Mana-mana individu yang memenuhi syarat dan kelayakan dipelawa menawarkan diri. Syarat umum untuk bertanding bagi jawatan adalah seperti berikut:

 

1) Kaum India (tanpa mengira keturunan dan agama)

2) Warganegara Malaysia (tanpa mengira tempat bermastautin)

3) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

4) Tidak semestinya penulis karya sastera Bahasa Malaysia

5) Mesti bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan

6) Mesti mampu menghadiri Mesyuarat AJK yang diadakan 3 bulan sekali

7) Jika tidak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa, maka perlu melepaskan jawatan supaya individu lain boleh mengambil alih jawatan itu

8) Setiap AJK mesti bertanggungjawab merancang dan menjayakan sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap tiga bulan

9) Berjanji tidak akan mendedahkan maklumat sulit Kavyan kepada pihak luar

10) Tidak akan membuat sebarang kenyataan rasmi yang bertentangan atau tidak selari dengan objektif dan perjuangan Kavyan. Boleh membuat kenyataan peribadi dengan syarat kenyataan itu tidak mewakili Kavyan

11) Bersedia mewakili Kavyan ke pelbagai aktiviti anjuran pihak lain

12) Sanggup bekerjasama dengan AJK Kavyan secara berkumpulan (teamwork)

13) Menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran bagi menjayakan aktiviti Kavyan

14) Tidak akan melanggar atau bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Kavyan (mengikut pindaan semasa)

15) Sekiranya setelah memegang jawatan, individu terbabit gagal mematuhi mana-mana syarat di atas, maka perlu melepaskan jawatan supaya tugas boleh diambil alih oleh orang orang lain. Atau Jawatankuasa akan mengirim surat pelucutan jawatan

16) Tempoh jawatan adalah sepanjang 2006; atau sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Kavyan

 

Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1) Presiden -

2) Timbalan Presiden – (jika perlu)

3) Setiausaha -

4) Penolong Setiausaha – (jika perlu)

5) Bendahari -

6) Penolong Bendahari – (jika perlu)

7) AJK Kecil – antara tiga hingga lima orang – (jika perlu)

 

Jawatan 1-6 dirujuk sebagai AJK BESAR – Jawatan 7 dirujuk sebagai AJK KECIL

 

AJK BESAR mestilah terdiri daripada individu yang BENAR-BENAR komited dengan segala aktiviti Kavyan. Mesti mampu menghadiri SETIAP mesyuarat, menyertai sebanyak mungkin aktiviti Kavyan serta bersedia mewakili Kavyan ke aktiviti luar anjuran pihak luar.

 

AJK KECIL pula diharapkan aktif seperti AJK BESAR tetapi diberi sedikit kelonggaran dari segi jumlah aktiviti yang wajib dihadiri dan kelonggaran syarat mewakili Kavyan ke aktiviti luar. Namun, komitmen mesti ada.

 

Jika ada AJK BESAR meletak jawatan atau dilucutkan, maka AJK KECIL akan diberi keutamaan mengisi kekosongan itu; berdasarkan keaktifan dan komitmen.

 

Setiap individu boleh bertanding bagi lebih daripada satu jawatan tetapi hanya layak memegang satu jawatan.

 

Individu yang mahu bertanding bagi jawatan-jawatan di atas sila hantar SMS ke 012-3368142 SEBELUM 30 November 2005. Gunakan format <Nama><Jawatan>. Contohnya: Uthaya Sankar SB - Presiden

 

Jika mahu bertanding bagi dua atau lebih jawatan, gunakan format <nama><jawatan-jawatan>. Contohnya: Uthaya Sankar SB - Presiden, Penolong Setiausaha, AJK Kecil

 

Jika mengirim nama untuk bertanding melalui e-mel, sila kirim ke alamat [email protected] SEBELUM 30 November 2005. Gunakan format <nama><jawatan> atau <nama><jawatan-jawatan> pada bahagian subjek. JANGAN tulis apa-apa sebagai kandungan e-mel. Isi ruangan subjek sahaja.

 

Kalau tidak ada telefon bimbit dan e-mel, boleh mendaftar untuk bertanding melalui telefon 012-3368142 SEBELUM 30 November 2005.

 

Atau tulis pada sehelai kertas menggunakan format <nama><jawatan> atau <nama><jawatan-jawatan> dan serahkan kepada Uthaya Sankar SB SEBELUM 30 November 2005.

 

Sila maklum bahawa individu yang mahu memegang jawatan dalam Kavyan perlu menawarkan diri untuk bertanding. Orang lain tidak akan mencalonkan nama saudara. Saudara sendirilah yang perlu menawarkan diri.

 

Undi (jika perlu) akan diadakan pada 31 Disember 2005.

 

Sebelum pengundian dilakukan, setiap calon yang bertanding akan diminta memperkenalkan diri serta menceritakan mengapa beliau bertanding bagi jawatan itu. Juga, menceritakan apa yang akan beliau sumbangkan sebagai aktiviti Kavyan bagi tahun 2006. Jawapan "apa sahaja" tidak diterima. Begitu juga alasan "belum fikir" dan seumpamanya.

 

Jika ada pihak yang mahu mempersoalkan kelayakan mana-mana calon bertanding bagi jawatan-jawatan berkenaan, sila hubungi 012-3368142 atau e-mel [email protected]

 

Jika didapati ada pihak memperkatakan atau mempersoalkan atau cuba memburukkan imej Kavyan kepada mana-mana pihak di luar Kavyan, maka Jawatankuasa Kavyan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit.

 

Catatan Akhir: Tidak ada sebarang paksaan bagi memegang jawatan dalam Kavyan. Individu yang terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lain dinasihatkan supaya tidak bertanding (khususnya bagi AJK BESAR) supaya insiden lama tidak berulang. Individu yang merasakan bahawa penglibatan dalam Kavyan akan menjejaskan imej diri juga dinasihatkan supaya tidak bertanding. Kavyan bukan platform untuk menjadi "enau dalam belukar" tetapi merupakan tanggungjawab menjadi "pohon banyan".

21 Oktober 2005

 
   
 

Sudikanlah menghubungi pihak Kavyan melalui e-mel [email protected] atau talian 012-3368142

 
Hosted by www.Geocities.ws

1