Berikut salinan asal Press Releases (Siaran Akhbar) yang diedarkan kepada pihak media melalui e-mel mulai 1 Jun 2003. Terima kasih kepada para wartawan dan editor yang memberi kerjasama padu bagi publisiti acara Baca Cerpen Kavyan!

    

Siaran Akhbar - 1 Jun 2003

100 Cerpen Kavyan – Acara Baca Naskhah Berterusan 25 Jam

Golongan penulis, peminat sastera dan pencinta seni dijemput mengambil bahagian dalam acara 100 Cerpen Kavyan yang dijadualkan pada 30-31 Ogos 2003.

Selain memberi peluang kepada penulis dan peminat sastera membaca teks cerpen yang diminati, 100 Cerpen Kavyan juga bertujuan memasyarakatkan sastera melalui penggunaan teknik membaca teks untuk didengar oleh khalayak.

“Acara 100 Cerpen Kavyan dianjurkan oleh Kavyan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor. Acara akan berlangsung di Galeri Shah Alam,” kata Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB dalam suatu kenyataan yang dihantar kepada pihak media.

Dijangkakan bahawa sebanyak seratus naskhah cerpen Bahasa Malaysia akan dibacakan secara berterusan oleh sekitar seratus orang selama 25 jam. Jika berjaya, 100 Cerpen Kavyan akan tercatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Non-Stop Short Story Recital’.

“Kami percaya bahawa berkat kerjasama dan sokongan padu para penulis dan peminat sastera, acara ini akan berjaya mencapai motif yang diharapkan,” kata Uthaya yang merupakan antara penulis yang disegani dalam dunia sastera kebangsaan.

Maklumat terperinci, panduan dan borang penyertaan boleh didapati di laman web www.100cerpen.cjb.net atau hubungi e-mel [email protected]

    

Press release - 1 June 2003

100 Cerpen Kavyan – Non-Stop Short Story Recital For 25 Hours

Calling writers and readers of Bahasa Malaysia short stories. A project called 100 Cerpen Kavyan (100 Kavyan Short Stories) is to be held on 30-31 August 2003.

This project prepares an avenue for writers and readers to recite their favourite Bahasa Malaysia short story on stage. It is also an alternative to the conventional way of reading a printed story.

100 Cerpen Kavyan is organized jointly by Kavyan and Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor. It is scheduled at Galeri Shah Alam which faces the Shah Alam Lake Gardens,” said Kavyan President, Uthaya Sankar SB in a statement to the media.

Around hundred people are expected to read hundred Bahasa Malaysia short stories for 25 hours in an attempt to set a record for The Malaysia Book of Records – ‘Longest Non-Stop Short Story Recital’.

“The organizers believe that this event would be a crowd-puller. 100 Cerpen Kavyan will be a success with cooperation from writers and readers alike,” said Uthaya who is a prolific creative writer himself.

Details can be obtained online at www.100cerpen.cjb.net or e-mail  [email protected]

    

Siaran Akhbar - 5 Jun 2003

Baca Cerpen Kavyan – Acara Baca Cerpen Berterusan 96 Jam

Golongan penulis, peminat sastera dan pencinta seni dijemput mengambil bahagian dalam acara Baca Cerpen Kavyan yang dijadualkan pada 29 Ogos – 2 September 2003.

Selain memberi peluang kepada penulis dan peminat sastera membaca teks cerpen yang diminati, Baca Cerpen Kavyan juga bertujuan memasyarakatkan sastera melalui penggunaan teknik membaca teks untuk didengar oleh khalayak.

“Acara Baca Cerpen Kavyan dianjurkan oleh Kavyan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor. Acara akan berlangsung di Galeri Shah Alam yang terletak menghadap Taman Tasik Shah Alam,” kata Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB dalam suatu kenyataan kepada pihak media.

Dijangkakan hampir empat ratus naskhah cerpen Bahasa Malaysia akan dibacakan secara berterusan oleh sekitar seratus orang selama 96 jam. Jika berjaya, Baca Cerpen Kavyan akan layak dimasukkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Non-Stop Short Story Recital’.

“Kami percaya bahawa berkat kerjasama dan sokongan padu para penulis dan peminat sastera, acara ini akan berjaya mencapai objektif,” kata Uthaya yang juga merupakan antara penulis yang disegani dalam dunia sastera kebangsaan.

Maklumat terperinci, panduan dan borang penyertaan boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau hubungi e-mel [email protected]

     

Press Release - 5 June 2003

Baca Cerpen Kavyan – Non-Stop Short Story Recital For 96 Hours

Calling writers and readers of Bahasa Malaysia short stories. A project called Baca Cerpen Kavyan (Kavyan Short Stories Recital) is to be held on 29 August – 2 September 2003.

This project prepares an avenue for writers and readers to recite their favourite Bahasa Malaysia short story on stage. It is also an alternative to the conventional way of reading a printed story. Now you can listen to it being read.

Baca Cerpen Kavyan is organized jointly by Kavyan and Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor. It is scheduled at Galeri Shah Alam which faces the Shah Alam Lake Gardens,” said Kavyan President, Uthaya Sankar SB in a statement to the media.

Around one hundred people are expected to read nearly four hundred Bahasa Malaysia short stories for 96 hours in an attempt to set a record for The Malaysia Book of Records – ‘Longest Non-Stop Short Story Recital’.

“The organizers believe that this event would be a crowd-puller. Baca Cerpen Kavyan would sure be a success with cooperation from writers and readers alike,” said Uthaya who is a prolific creative writer himself.

Details can be obtained online at www.bacacerpen.cjb.net or e-mail  [email protected]

          

Siaran Akhbar - 23 Jun 2003

Sasterawan Negara dan Seniman Serikan “Baca Cerpen Kavyan”

Acara Baca Cerpen Kavyan di Galeri Shah Alam dijangka lebih meriah dengan penyertaan Sasterawan Negara dan beberapa tokoh seniman terkemuka tanah air.

SN Datuk A. Samad Said akan menjadi tetamu khas bagi majlis perasmian penutupan pada 2 September 2003. Selain dijadual membaca beberapa naskhah cerpen, beliau juga akan menjadi saksi bagi acara ini dengan menandatangani sijil penyertaan.

Baca Cerpen Kavyan anjuran Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor merupakan acara baca cerpen berterusan selama 96 jam mulai 29 Ogos 2003.

Acara ini antara lain bertujuan memasyarakatkan cerpen Bahasa Malaysia serta mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records.

Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB berkata, sasterawan dan tokoh penulis dijemput menyertai acara ini sebagai memberi penghormatan terhadap sumbangan mereka kepada perkembangan sastera kebangsaan.

“Selain Datuk A. Samad Said, kami juga menjemput Dr Othman Puteh kerana beliau tokoh penulis dan individu yang sangat berperanan membimbing bakat-bakat baru pelbagai kaum,” kata Uthaya yang merupakan antara penulis yang pernah dibimbing kedua-dua tokoh berkenaan.

Tokoh-tokoh penulis yang turut dijadual mengambil bahagian ialah Dr Ahmad Razali Yusof, Lim Swee Tin, Selina S. F. Lee, Saroja Theavy Balakrishnan, Salina Ibrahim dan Uthaya Sankar SB. Penulis baru pula antaranya Raja Rajeswari Seetha Raman, S. G. Prabhawathy, Bathmavathi Krishnan dan V. Vijayaletchumy.

Pelakon terkenal, Maimon Abd Mutalib juga bersetuju untuk hadir membacakan beberapa naskhah cerpen sendiri pada acara ini.

Menurut Uthaya, selain kelompok penulis, Baca Cerpen Kavyan juga mendapat respon daripada kalangan wartawan dan editor akhbar dan majalah. Pelajar kolej swasta dan sekolah menengah turut tampil mendaftar.

“Kami percaya lebih ramai penulis, seniman dan peminat sastera akan menyertai acara yang sangat bermakna ini. Ratib Seribu Syair anjuran Gapena pada November 2001 membuktikan sokongan dan komitmen khalayak sastera terhadap usaha mencipta rekod membaca puisi berterusan 24 jam.

“Sokongan padu yang sama diharapkan dalam menjayakan usaha mencipta rekod membaca cerpen berterusan selama lima hari, empat malam,” katanya.

Sasaran jumlah peserta bagi acara berkenaan adalah seratus orang. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Julai 2003. Maklumat terperinci serta jadual acara boleh dilayari di laman www.bacacerpen.cjb.net atau dengan menghubungi 013-3913278.

   

Siaran Akhbar - 23 Jun 2003

Membaca Cerpen Selama 96 Jam!

Bagaimana agaknya kalau cerpen dibaca berterusan selama 96 jam? Yang pasti, tentu ada peluang untuk mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records.

Itulah juga harapan Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) yang akan menganjurkan acara membaca naskhah cerpen berterusan selama sekurang-kurangnya 96 jam sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

“Acara ini dinamakan Baca Cerpen Kavyan dan akan berlangsung pada 29 Ogos hingga 2 September 2003,” kata S.G. Prabhawathy, Setiausaha Kavyan. “Sebanyak 385 cerpen Bahasa Malaysia dijangka akan dibacakan oleh hampir seratus orang.”

Bolehkah pihak penganjur mencari seratus orang penulis untuk membaca cerpen bagi acara itu?

“Acara ini bukan hanya untuk golongan penulis. Kami juga menjemput orang ramai yang suka membaca cerpen Bahasa Malaysia untuk mengambil bahagian dalam acara yang sangat istimewa ini. Pelajar dan remaja pelbagai kaum juga boleh mengambil bahagian,” Prabha menjelaskan.

Antara tokoh yang akan mengambil bahagian ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Dr Othman Puteh, Saroja Theavy Balakrishnan dan Lim Swee Tin.

Acara Baca Cerpen Kavyan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor. Pembacaan cerpen akan berlangsung di Galeri Shah Alam yang terletak di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

Peserta dibenarkan memilih naskhah cerpen yang diminati. Bagaimanapun, naskhah cerpen berkenaan mestilah karya Bahasa Malaysia yang sudah tersiar di surat khabar, buku atau majalah. Peserta perlu mengemukakan naskhah cerpen kepada penganjur untuk mendapat kelulusan sebelum boleh dibacakan pada acara.

Maklumat terperinci mengenai Baca Cerpen Kavyan boleh dibaca di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau hubungi nombor telefon 013-3913278 untuk keterangan lanjut.

     

Siaran Akhbar - 7 Julai 2003

Baca Cerpen Kavyan Dijangka Meriah: Penyertaan Daripada Pelbagai Lapisan

Acara Baca Cerpen Kavyan pada 29 Ogos–2 September 2003 sempena sambutan hari kemerdekaan dijangka meriah dengan penyertaan khalayak pelbagai lapisan.

Antara tokoh berwibawa yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua I Gapena, Tan Sri Ismail Hussein.

A Samad Said diberi penghormatan membacakan naskhah terakhir bagi melengkapkan acara membaca cerpen berterusan 96 jam ini. Beliau juga akan menjadi saksi bagi acara berkenaan.

Upacara perasmian pembukaan dijadualkan pada pukul 3:00 petang, 29 Ogos di Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam.

Acara Baca Cerpen Kavyan akan bermula tepat pukul 4:00 petang dengan pembacaan cerpen pertama oleh Dr Othman Puteh.

“Sumbangan Dr Othman dalam mengasah bakat-bakat baru serta sumbangan beliau sebagai cerpenis tidak dapat dipertikaikan.

“Jadi, urus setia sebulat suara memutuskan untuk mengundang beliau membaca cerpen pertama,” kata Setiausaha Kavyan, S. G. Prabhawathy dalam suatu kenyataan.

Acara ini dianjurkan oleh Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor.

Pada mulanya, sejumlah 96 peserta dijangka mengambil bahagian. Bagaimanapun, kini, lebih 150 peserta sudah mendaftar secara sukarela.

“Kami terharu atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai. Kelompok penulis mapan, penulis muda, peminat sastera dan orang ramai berminat mengambil bahagian,” kata beliau.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ A Aziz Deraman dan Pengarah Penerbitan DBP, Dato’ Dr Anwar Ridhwan akan turut membacakan cerpen pada acara itu nanti.

“Baca Cerpen Kavyan akan berlangsung selama lima hari, empat malam. Jadi, kami pastikan bahawa pada setiap hari akan ada penyertaan daripada pelbagai lapisan.

“Jadual pembacaan disusun sedemikian rupa supaya akan wujud interaksi antara pelbagai kelompok sepanjang acara berlangsung,” Prabha menjelaskan.

Ketua Editor Kumpulan Karangkraf, Abd Jalil Ali serta sekumpulan editor dan wartawan juga bakal menunjukkan bakat membaca cerpen. Tidak terkecuali penulis novel terkenal, Sri Diah yang sedang melonjak dengan novel Kuala Lumpur: Di Mana Suamiku?

Tidak terkecuali dua lagi novelis wanita iaitu Salina Ibrahim dan Kamariah Kamaruddin.

“Tujuan utama acara ini adalah untuk memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen. Acara baca puisi sudah terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum begitu popular.

Kavyan mahu memberi peluang kepada penulis untuk membacakan karya mereka serta peminat sastera untuk membacakan cerpen yang mereka minati,” kata Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB dalam kenyataan yang sama.

Kejayaan membaca cerpen secara terterusan selama 96 jam bakal dicatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai “The Longest Readathon”.

“Penyertaan adalah secara sukarela. Sehingga kini, sambutan sungguh memberangsangkan. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan. Cenderamata pula masih diusahakan. Kalau ada tajaan, pasti ada cenderamata,” katanya.

Baca Cerpen Kavyan mendapat sambutan hangat daripada peserta pelbagai kaum. Apatah lagi, acara akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia.

Wartawan akhbar TheSun, Bissme S juga dijadual menunjukkan kebolehan membaca cerpen Bahasa Malaysia.

Antara penulis kaum India yang turut serta ialah Dr Krishanan Maniam, Saroja Theavy Balakrishnan, Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman dan Vijayaletchumy Vellasamy.

Pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian; menjadikan Baca Cerpen Kavyan suatu acara gilang-gemilang dan penuh bermakna.

“Semua ini berkat publisiti yang diberi oleh pihak media,” kata Uthaya.

Sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dijadual datang khusus untuk mengambil bahagian. Begitu juga beberapa peminat sastera dari Kelantan, Perak, Pahang dan Johor.

Ahli komuniti yang sering berkomunikasi di ruang siber juga bakal tampil membaca cerpen pada acara Baca Cerpen Kavyan.

“Acara ini pasti menjadi suatu acara yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para peserta tetapi juga untuk para peminat yang hadir sebagai penonton.

“Selain berpeluang mendengar cerpen dibacakan, khalayak juga akan berpeluang bertemu kelompok penulis sastera kebangsaan,” katanya.

Maklumat terperinci serta jadual acara boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau telefon 013-3913278.

      

Siaran Akhbar - 15 Julai 2003

Mampukah Cerpenis Membaca Cerpen di Pentas?

“Kita jemput seorang penulis kaum India untuk membaca sebuah sajak,” sering Ismas Saring atau Dr Ibrahim Ghafar mengumumkan pada acara Baca Puisi Anggerik di Galeri Shah Alam.

“Kita minta dia baca sajak dan bukannya membaca cerpen.”

Pernah tidak saudara mendengar orang membaca sajak di pentas dan saudara tertanya-tanya mengapa individu itu memilih untuk berbuat demikian.

Mungkin intonasi dan gayanya salah. Saudara merasakan individu itu sengaja memilih untuk memalukan diri di khalayak!

Membaca sajak – apatah lagi mendeklamasi sajak – di khalayak bukan perkara mudah. Sering kali saya sendiri melihat individu tertentu terpekik dan terlolong di pentas; bagi mereka itulah cara membaca yang betul.

Ada pula yang meratap hiba; bagi mereka sajak mesti sedih dan mendayu-dayu. Sajak mesti disampaikan dengan wajah dan suara yang sedih.

Acara membaca sajak memang sudah menjadi rutin – malah semacam ‘wajib’ – dalam pelbagai acara di negara kita.

Bagaimana pula acara pembacaan teks cerpen? Memanglah minat membaca cerpen tidak kental di jiwa penduduk; termasuk sekerat penulis dan cerpenis.

“Membaca” cerpen yang saya maksudkan adalah membaca cerpen dengan suara yang lantang di khalayak untuk didengar orang; bukan sekadar membaca tanpa suara untuk dinikmati diri sendiri.

Pelbagai penilaian boleh dibuat oleh khalayak umum mengenai mutu pembacaan sajak – atau deklamasi sajak. Namun, tidak begitu halnya dengan pembacaan cerpen.

Kita tidak biasa membaca cerpen untuk didengar oleh orang lain. Apa yang ada, mungkin membacakan buku cerita kepada anak-anak.

Nah! Siapa kata kita tidak ada bakat semula jadi membaca teks cerpen untuk didengar orang lain?

Kalau pada masa lalu kita ada penglipur lara, tugas itu kemudian diganti ibu bapa yang bercerita kepada anak-anak.

Seterusnya, dengan adanya buku cerita, ibu bapa zaman moden mula membacakan cerita untuk anak-anak.

Bagaimana agaknya gaya Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein membacakan cerita kepada anak-cucu? Bagaimana kalau Ketua Pengarah DBP, Dato’ A. Aziz Deraman membaca cerpen kepada khalayak?

Pengarah Penerbitan DBP, Dato’ Dr Anwar Ridhwan yang pendiam. Mampukah beliau membaca cerpen di depan orang ramai?

Khalayak biasa mendengar SN Datuk A. Samad Said membaca puisi yang panjang dan berciri naratif. Bagaimana kalau beliau membaca teks cerpen pula?

Pendeklamator seperti Norazimah, Mohd Radhi dan Amaruszati pula mampukah membaca naskhah cerpen sehebat mendeklamasi sajak?

Maimunah yang sering membawa watak ibu dalam drama televisyen; mampukah beliau membaca cerpen dengan penuh bergaya?

Tidak terkecuali juga kelompok editor dan wartawan sastera di akhbar dan majalah yang saban hari menatap karya sastera. Ada mereka berbakat membaca cerpen di pentas?

Jawapan bagi soalan-soalan ini tidak semudah menjawab soalan mengenai pembacaan puisi. Mengapa? Pembacaan cerpen di khalayak belum menjadi budaya di negara kita.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah dunia sastera Malaysia, orang ramai akan berpeluang mendengar hampir 385 buah cerpen Bahasa Malaysia [sila kekalkan istilah ini] dibacakan oleh hampir 160 orang selama lebih 96 jam!

Inilah masa untuk mendengar semua tokoh yang dinamakan di atas menunjukkan bakat membaca cerpen untuk didengar oleh khalayak.

Dr Othman Puteh dijadual membuka tirai Baca Cerpen Kavyan tepat pukul 4:00 petang, pada 29 Ogos 2003 di Galeri Shah Alam.

“Sumbangan Dr Othman dalam mengasah bakat-bakat baru serta sumbangan beliau sebagai cerpenis tidak dapat dipertikaikan.

“Jadi, urus setia sebulat suara memutuskan untuk mengundang beliau membaca cerpen pertama,” kata Setiausaha Kavyan, S. G. Prabhawathy.

A Samad Said diberi penghormatan membacakan naskhah terakhir bagi melengkapkan acara membaca cerpen berterusan 96 jam ini. Beliau juga akan menjadi saksi bagi Baca Cerpen Kavyan.

Acara ini anjuran Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor.

Kejayaan acara membaca cerpen berterusan 96 jam bakal dicatat dalam The Malaysia Book of Records. Rekod sedia ada adalah pembacaan cerpen Bahasa Inggeris selama 72 jam.

“Tujuan utama acara ini adalah untuk memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen. Acara baca puisi sudah terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum begitu popular.

Kavyan mahu memberi peluang kepada penulis untuk membacakan karya mereka; serta peminat sastera untuk membacakan cerpen yang mereka minati,” kata Prabha.

Baca Cerpen Kavyan mendapat sambutan hangat daripada peserta pelbagai kaum. Apatah lagi, acara akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia [kekalkan istilah].

Wartawan akhbar Bahasa Inggeris, Bissme S juga dijadual menunjukkan kebolehan membaca cerpen Bahasa Malaysia [kekalkan istilah].

Antara penulis kaum India yang turut serta ialah Dr Krishanan Maniam, Saroja Theavy Balakrishnan, Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman dan Vijayaletchumy Vellasamy.

Pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian; menjadikan Baca Cerpen Kavyan suatu acara gilang-gemilang dan penuh bermakna.

Sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dijadual datang khusus untuk mengambil bahagian. Begitu juga beberapa peminat sastera dari Kelantan, Perak, Pahang, Melaka dan Johor.

Ahli komuniti yang sering berkomunikasi di ruang siber juga bakal tampil membaca cerpen pada acara Baca Cerpen Kavyan.

Menurut Prabha, acara ini pasti menjadi suatu acara yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para peserta tetapi juga untuk para peminat yang hadir sebagai penonton.

“Selain berpeluang mendengar cerpen dibacakan, khalayak juga akan berpeluang bertemu kelompok penulis sastera kebangsaan,” katanya.

Namun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai mutu pembacaan cerpen oleh para peserta. Orang ramai perlu hadir untuk mendengar sendiri pembacaan cerpen oleh hampir 160 peserta.

“Kita minta dia baca sajak dan bukannya membaca cerpen.”

Kata-kata itu akan lebih bermakna jika diucapkan selesai Baca Cerpen Kavyan.

Maklumat terperinci serta jadual pembacaan boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau hubungi talian 013-3913278.

      

Siaran Akhbar - 25 Julai 2003

Baca Cerpen Kavyan Dijangka Meriah: Penyertaan Pelbagai Golongan

Acara Baca Cerpen Kavyan pada 29 Ogos–2 September 2003 sempena sambutan hari kemerdekaan dijangka meriah dengan penyertaan khalayak pelbagai lapisan.

Antara tokoh berwibawa yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Ketua I Gapena, Tan Sri Ismail Hussein.

A. Samad Said diberi penghormatan membacakan naskhah terakhir bagi melengkapkan acara membaca cerpen berterusan 96 jam ini. Beliau juga akan menjadi saksi bagi acara berkenaan.

Upacara perasmian pembukaan dijadualkan pada pukul 3:00 petang, 29 Ogos di Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam.

Acara Baca Cerpen Kavyan akan bermula tepat pukul 4:00 petang dengan pembacaan cerpen pertama oleh Dr Othman Puteh.

“Sumbangan Dr Othman dalam mengasah bakat-bakat baru serta sumbangan beliau sebagai cerpenis tidak dapat dipertikaikan.

“Jadi, urus setia sebulat suara memutuskan untuk mengundang beliau membaca cerpen pertama,” kata Setiausaha Kavyan, S. G. Prabhawathy dalam suatu kenyataan.

Acara ini dianjurkan oleh Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor.

Pada mulanya, sejumlah 96 peserta dijangka mengambil bahagian. Bagaimanapun, kini, lebih 160 peserta sudah mendaftar secara sukarela.

“Kami terharu atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai. Kelompok penulis mapan, penulis muda, peminat sastera dan orang ramai berminat mengambil bahagian,” kata beliau.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ A Aziz Deraman dan Pengarah Penerbitan DBP, Dato’ Dr Anwar Ridhwan akan turut membacakan cerpen pada acara itu nanti.

“Baca Cerpen Kavyan akan berlangsung selama lima hari, empat malam. Jadi, kami pastikan bahawa pada setiap hari akan ada penyertaan daripada pelbagai lapisan.

“Jadual pembacaan disusun sedemikian rupa supaya akan wujud interaksi antara pelbagai kelompok sepanjang acara berlangsung,” Prabha menjelaskan.

Ketua Editor Kumpulan Karangkraf, Abd Jalil Ali serta sekumpulan editor dan wartawan juga bakal menunjukkan bakat membaca cerpen. Tidak terkecuali penulis novel terkenal, Sri Diah yang sedang melonjak dengan novel Kuala Lumpur: Di Mana Suamiku?

Begitu juga dua lagi novelis wanita iaitu Salina Ibrahim dan Kamariah Kamaruddin. Pelakon terkenal, Maimon Abd Mutalib juga bersetuju untuk hadir membacakan beberapa naskhah cerpen sendiri pada acara ini.

“Tujuan utama acara ini adalah untuk memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen. Acara baca puisi sudah terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum begitu popular.

Kavyan mahu memberi peluang kepada penulis untuk membacakan karya mereka serta peminat sastera untuk membacakan cerpen yang mereka minati,” kata Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB dalam kenyataan yang sama.

Kejayaan membaca cerpen secara terterusan selama 96 jam bakal dicatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai “The Longest Readathon”.

“Penyertaan adalah secara sukarela. Sehingga kini, sambutan sungguh memberangsangkan. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan. Cenderamata pula masih diusahakan. Kalau ada tajaan, pasti ada cenderamata,” katanya.

Baca Cerpen Kavyan mendapat sambutan hangat daripada peserta pelbagai kaum. Apatah lagi, acara akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia.

Wartawan akhbar TheSun, Bissme S juga dijadual menunjukkan kebolehan membaca cerpen Bahasa Malaysia. Personaliti THR.fm, Richie Rachman pula menjanjikan persembahan menarik bagi para peminatnya.

Antara penulis kaum India yang turut serta ialah Dr Krishanan Maniam, Saroja Theavy Balakrishnan, Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman, Vijayaletchumy Vellasamy dan Bathmavathi Krishnan.

Pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian; menjadikan Baca Cerpen Kavyan suatu acara gilang-gemilang dan penuh bermakna.

“Semua ini berkat publisiti yang diberi oleh pihak media,” kata Uthaya.

Sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dijadual datang khusus untuk mengambil bahagian. Begitu juga beberapa peminat sastera dari Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Johor.

Ahli komuniti yang sering berkomunikasi di ruang siber juga bakal tampil membaca cerpen pada acara Baca Cerpen Kavyan. Mahasiswa UiTM Shah Alam turut tidak ketinggalan memberi sokongan bagi menjayakan acara gilang-gemilang ini.

Satu lagi keistimewaan Baca Cerpen Kavyan adalah penampilan seorang gadis cacat penglihatan yang akan membacakan sebuah naskhah cerpen menggunakan teks Braille. Ong Chew Hau dari Pertubuhan Bagi Orang-orang Buta (MAB) menerima bimbingan daripada gurunya, Puan Sumitha Ramasami; juga seorang cacat penglihatan.

“Acara ini pasti menjadi suatu acara yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para peserta tetapi juga untuk para peminat yang hadir sebagai penonton.

“Selain berpeluang mendengar cerpen dibacakan, khalayak juga akan berpeluang bertemu kelompok penulis sastera kebangsaan,” katanya.

Acara Ratib Seribu Syair anjuran Gapena pada November 2001 membuktikan sokongan dan komitmen khalayak sastera terhadap usaha mencipta rekod membaca puisi berterusan 24 jam.

Sokongan padu yang sama diharapkan oleh Kavyan dalam menjayakan usaha mencipta rekod membaca cerpen berterusan selama lima hari, empat malam.

Maklumat terperinci serta jadual acara boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau telefon 013-3913278 (Uthaya).

   

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1