LAMAN UTAMA

TENTANG KAMI

GALERI

SUMBANGAN

HUBUNGI KAMI

 Khasiat Avocado :-
Kaya dengan gluthatione iaitu antioksidan terbaik bagi melawan radikal bebas dalam badan dengan menghalang usus daripada menyerap sesetengah lemak yangmenjadi punca kanser usus.
Membekalkan pottasium kepada badan
Sebagai  sumber Beta Carotene yang baik
 
 
 
 
 
 

 

 

CARA-CARA MENCEGAH DARI PENYAKIT KANSER KANSER

 

 TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KANSER

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas. Seterusnya mengalami masalah sembelit dan ciri birit berselang-seli.

Najis bercampur dengan darah.

Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).Selain itu,terdapat beberapa contoh lain.antaranya :
 

Muntah.

Hilang selera makan.

Berat badan turun tanpa sebab.

Kerap penat.

Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.


Faktor risiko kanser usus

Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

* Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

* Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain dan Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

* Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus. Tambahan pula, rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

*  Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usu

*  Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

*Kurang bersenam.


Saringan dan pengesanan

Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara kita. Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat.
 

Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.

Berdasarkan pemeriksaan makmal untuk saringan tahun pertama didapati dua peratus peserta mempunyai keputusan tidak normal iaitu najis mereka mengandungi darah. Peserta ini kemudiannya dihubungi untuk menjalani ujian susulan bagi memastikan sama ada kandungan darah dalam najis mereka disebabkan kanser atau masalah kesihatan lain dan diberikan rawatan sewajarnya.

 

 
Khasiat Brokoli :-
Mengandungi Indole-3-Carbinol, menukarkan estrogen penggalak kanser kepada estrogen penghalang kanser.
Antioksidan Lutein dan Zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko terkena kanser prostat.
Mengandungi Fitokimia yang boleh mencegah kanser kolon dan kanser rektum

 

Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik

 

                                                                            

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.

Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

USUS MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA