Selamat Datang
Singapura Selayang Pandang


Merlion

Little India Arcade

St. Andrew Cathedral

Esplanade Theatres

Orchard Road

Bugis MRT Station

Singapore at Night

River taxi

Singapore City

Mesjid Sultan

Singapore Changi Airport

Pagoda Street

Singapore Bus Transportation

Singapore China Town People's Park

River Quay Seafood Resto

Singapore Riverside

Singapura pra-kolonial

Awal sejarah Singapura tertulis dalam catatan dengan bervariasi dan nama-nama yang di sebut untuk Kota Pulau Singapura.
Sebuah cacatan asal China menyebutkan bahwa pada abad ketiga Singapura disebut Pu Luo Zhong artinya Pulau Ujung - Pulau di ujung semenanjung Malaya.
Pada th. 1320 pihak istana Mongol mengirim utusan kesebuah tempat yang disebut Long Yamen atau Selat Gigi Naga untuk mendapatkan gajah. Kemungkinan ini berhubungan dengan Keppel Harbour atau pelabuhan Keppel di Singapura.
Pedagang dan perantau China Wang Dayuan sekitar th.1330 menyebutkan Dan Ma Xi atau Sumber Mata Air atau Pancur pada sebuah pusat perkampungan dipulau tersebut dan mencatat orang China sudah tinggal dipulau ini.
Pada th.1365 Negarakertagama dari Jawa menyebut pulau tsb. dengan nama Temasek atau Kota Air, nama tsb. juga dicatat oleh orang Vietnam sekitar pada tahun yang sama.
Pada sejarah Melayu mencatat legenda di akhir abad ke14 penguasa dari Palembang yang bernama Sang Nila Utama atau lebih dikenal dengan Sri Tri Buana mendarat di Temasek berlindung dan menghindar dari amukan badai.
Sekilas beliau melihat seekor binatang yang menyerupai seekor singa ( tidak disebut apakah sebelumnya beliau pernah melihat atau tahu rupanya singa seperti apa? ), lalu beliau memutuskan pulau tsb. dengan nama dalam bahasa Sangsekerta : Singha Pura atau Kota Singa, nama yang biasa dikenal umum.

Sejarah Silam
Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan bagian dari kerajaan Sriwijaya dan dikenal dengan nama Temasek ("Kota Laut").Dipercaya bahwa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telah dikenal sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pohon-pohon buah yang ditanam disana. Ini menunjukkan terdapatnya pusat kerajaan di situ.
Selain itu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi juga menyatakan menemukan sebuah batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telah menjadi pusat kerajaan lama sebelum tibanya pihak Inggeris. Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang jurutera Inggeris. Bagaimanapun, terdapat nota mengenai satu salinan tulisan tersebut telah dibawa ke London tetapi gagal ditafsirkan. Andaikan cacatan salinan tulisan tsb. dapat ditemukan kembali, itu bisa menjelaskan kapan batu tsb dibuat melalui terjemahan ataupun sekiranya masih gagal diterjemah, melalui jenis tulisan yang digunakan.


Membentuk Singapura Moderen (1819)
Antara abad ke-16 dan abad ke-19, Kepulauan Melayu secara perlahan menjadi milik penjajah dari Eropah. Permulaan penjajahan dari Barat dimulai ketika Portugis tiba di Melaka pada tahun 1509. Manakala pada abad ke-17, Belanda telah menguasai kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Melayu. Pihak Belanda telah memonopoli semua perdagangan rempah-rempah yang pada masa itu merupakan bahan perdagangan yang penting. Penjajah Eropah yang lain termasuk Inggeris, cuma mempunyai hak perdagangan yang kecil.


Sir Stamford Raffles,
Penggagas Singapura Moderen
Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gubernur di salah satu pelabuhan Inggeris yaitu di Bengkulu, Sumatera. Raffles percaya bahwa Inggeris perlu mencari jalan untuk menjadi penguasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membangun sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka. Pelabuhan Inggeris yang ada seperti Pulau Pinang terlalu jauh dari Selat Melaka sebaliknya Bengkulu menghadap Selat Sunda.
Pada tahun 1818, telah berhasil menyakinkan Serikat Hindia Timur Inggeris (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh seorang Temenggung Johor. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Raffles kemudian mengetahui bahwa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sadar bahwa dia bisa memanfaatkan keadaan ini, Raffles telah mendukung Tengku Hussein untuk menjadi Sultan seandainya Tengku Hussein sanggup mengizinkankan Inggeris membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan Inggeris akan membayar upeti tahunan kepada Tengku Hussein. Perjanjian ini disahkan pada 6 Februari 1819.


Perkembangan Awal (1819-1826)
Raffles kembali ke Bengkulu tidak lama kemudian selepas menandatangani perjanjian dengan Johor. William Farquhar mengetuai koloni baru Inggeris ini dengan bantuan satu pasukan tentara Inggeris.
Dibalik masalah-masalah yang dihadapi Singapura berkembang pesat kerana statusnya sebagai sebuah pelabuhan bebas. Pedagang-pedagang Arab, China dan India menjadikannya tempat persinggahan mereka.


Negeri-Negeri Selat (1826-1867)
Pembentukan Singapura oleh Raffles mendapat masalah ketika kerajaan Belanda menuduh Inggeris mencampuri kawasan dibawah-pengaruhnya. Pada mulanya kerajaan Inggeris dan Serikat Hindia Timur Inggeris bersimpati dengan masalah ini tetapi lama kemudian mereka mengabaikannya demi kepentingan kemajuan di Singapura. Menjelang tahun 1822, sudah jelas niat Inggeris, mereka tidak akan sesekali menyerahkan Singapura.
Status Singapura sebagai hak milik Inggeris diperkukuh dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang mana Kepulauan Melayu terbagi menjadi dua kawasan kekuasaan. Kawasan utara termasuklah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai kawasan dibawah kuasa Inggeris, sedangkan kawasan di sebelah selatan di bawah kuasa Belanda. Pada tahun 1826, Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang dan Melaka tergolong di bawah satu pemerintahan iaitu Negeri-Negeri Selat.


Zaman Pendudukan Jepang (1942-1945)
Pada 7 Desember 1941, Jepang menyerang Pearl Harbour. Salah satu objektif Jepang adalah untuk menguasai Asia Tenggara kerana faktor ekonomi. Singapura yang merupakan pangkalan utama Tentara Sekutu menjadi sasaran utama Jepang.
Di Singapura banyak kalangan beranggapan bahwa Jepang akan menyerang terlebih dahulu sebelum menyerang Malaya. Pihak Inggeris bersedia apabila menyediakan antara kontingen perang terbaiknya. Hal ini termasuk mengirim kapal perang HMS Prince of Wales dan kapal perang HMS Repulse. Mereka juga mengirim beberapa kapal perang yang lain.
Pada 8 Desember 1941, pasukan Jepang mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Setelah dua hari pasukan Jepang mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepang. Tentera Jepang terus masuk ke seluruh Tanah Melayu menyebabkan tentera Inggeris terpaksa menarik mundur ke selatan menuju ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, setelah 55 hari mulainya penyerangan pasukanJepang, pasukan Jepang sudah berhasil menguasai seluruh Tanah Melayu dan bersiap siap untuk menyerang Singapura. Setelah beberapa pertempuran, Letnan-Jenderal Arthur Ernest Percival dan pasukan Inggris menyerah kalah kepada Jenderal Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru China yaitu 15 Februari 1942. Lebih kurang 130,000 pasukan India, Australia dan British menjadi tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan penyerahan kalah terbesar Inggeris dalam sejarah.
Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditaklukkan oleh tentera Jepang dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Diantara pahlawan yang tewas dalam mempertahankan Singapura dalam perang ini adalah letnan Adnan bin Saidi.
Setelah perang berakhir, penduduk setempat diberi kesempatan menjalankan pemerintahan sendiri walaupun belum mencapai kemerdekaan. Seiring perjalanan waktu pada tahun 1963 Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Dua tahun kemudian Singapura menjadi sebuah negara republik yang merdeka pada 9 Agustus 1965.

Singapura dinamakan menjadi Syonan-to (Shonan-to, "Cahaya Selatan) dalam bahasa Jepang. Singapura diduduki oleh Jepang dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

Pemerintahan Sendiri (1955-1963)
Ketua Partai Buruh, David Marshall, menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama. Dia memerintah sebuah kerajaan yang tidak stabil dan mengakibatkan terjadi peritiwa mogok besar-besaran.Pada bulan April 1956, dia ke London untuk membahas mengenai kemerdekaan Singapura, tetapi tidak berhasil karena pengaruh komunis di Singapura. Marshall terus mendesak Inggeris bahwa dia akan meletak jabatan seandainya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan kepada Singapura. Tetapi Inggeris tidak menghiraukan desakan Marshall dan akhirnya dia meletakkan jabatannya. Ketua Menteri Singapura seterusnya ialah Lim Yew Hock. Beliau mengambil tindakan yang tegas terhadap ketua-ketua serikat pekerja dan anggota partai-komunis. Tindakan tegas Lim menyebabkan Inggeris setuju untuk menyetujui pemerintahan sendiri kepada Singapura.


Membentuk Persekutuan Malaysia (1963-1965)
Pada 16 September 1963, Inggeris setuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, partai politik utama Singapura yaitu Partai Aksi Rakyat memenangi Pemilihan Umum Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Pribumi.
Anggota UMNO mendesak Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Agustus 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura keluar dari Malaysia. Sebagian besar rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman sebagai tindakan yang keliru, karena menurut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura.


Republik Singapura (1965-sekarang)

Setelah Singapura memisahkan diri dari Malaysia, Singapura mulai muncul sebagai "pemain - ulung" perdagangan dunia. Banyak kemudahan dan kemajuan dicapai semasa pemerintahan Lee Kuan Yew.

Pada tahun 1990, Lee Kuan Yew mengundurkan diri dari dunia politik dan menyerahkan roda pemerintahan kepada Goh Chok Tong.

Pada tahun 2004, Goh Chok Tong meletakkan jabatan sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan jabatan perdana menteri kepada anak Lee Kuan Yew yaitu Lee Hsien Loong untuk mengambil alih roda pemerintahan.
Singapura memainkan peranan kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara hingga Sir Stamford Raffles mendirikan sebuah pelabuhan Inggeris di situ. Di bawah pemerintahan koloni Inggeris, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategis karena ia terletak di tengah-tengah lalu-lintas perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi pelabuhan terpenting di dunia hingga hari ini.


Kirimkan sumbang saran dan kritik ke: Kampung Terempa

 

1