home

di page ini saya sediakan beberapa cerita jenaka yang lawak. hope u will enjoy it!!!!

 

 

about me

 

Jokes 1 :

Di alam realiti..

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. "kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........" (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia
pulak!!!)...""

 

Jokes 2 :

Sapa dah pernah baca buat2 jerla macam blum inilah kisah kt umah..sekolah..opis..x abis2 nk kena jawab

1. Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat pulak hari nie ye"

2. Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer:
"Ko nak mandi ke ?"
Jawab: "Taklah aku nak pi main layang-layang kejap, ko nak join?"

3. Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? Tulis surat nampak?"
Jawab: "Oh ye ke? Aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri"
Lepas tu dia dgn yg berpower lagik brutal dan sambung
"ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu tau"

4. Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab: " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

5. Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balek dari keje?"
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya dah pindah pat opis"

6. Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia

. 7. Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab: "Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".

huhu.. ape perasaan klau kena jawab soalan yang dah ada jawapan depan mata!! "

Jokes 3 :

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

 "Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang
tua tadi.
 

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali.

 

 see more >>

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

gallery

myself

mase sekolah

ipda

jalan-jalan

 

 

 

 

 

perah otak

 

 

 

 

what i like about

   
 
   
 
 
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1