BAB    IV

 

 

 

 

DAPATAN KAJIAN

 

 

 

 

4.1              Pendahuluan

 

Bab ini menjelaskan profil responden kajian dan dapatan kajian. Bahagian profil responden kajian menjelaskan sampel kajian dari segi umur, pengalaman kerja, status sosioekonomi dan pemilikan komputer. Bahagian dapatan kajian pula menjelaskan hasil analisis data yang diperolehi melalui soal selidik kajian. Dapatan kajian dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama membentangkan pengetahuan tentang komputer, penggunaan dan kepentingannya serta kemahiran menggunakan komputer, sikap dan motivasi terhadap penggunaan komputer, prasarana dan kemudahan komputer, tahap penggunaan komputer dan keperluan latihan dan kursus penyelenggaraan komputer. Bahagian kedua pula membentangkan dapatan kajian tentang perkaitan antara beberapa dimensi dengan tahap penggunaan komputer. Kaedah korelasi Pearson dan regresi linear digunakan untuk menentukan perkaitan tersebut. Kaedah Khi kuasa dua pula digunakan untuk menguji perkaitan antara umur, status sosioekonomi, pemilikan komputer  dan pengalaman kerja dengan tahap penggunaan komputer.

 

4.2              Profil Responden Kajian

 

Responden kajian ini terdiri daripada 60 orang pengajar dan 200 orang pelajar dari semester 2 dan 4 yang mendaftar bagi sesi pengajian Januari - Jun 2000. Mereka adalah pelajar-pelajar semester dua dan empat; daripada enam jabatan di institusi tersebut. Profil responden mengikut umur, status sosioekonomi, pemilikan komputer  dan pengalaman kerja bagi pengajar dan pelajar ditunjukkan dalam Jadual 4.1 dan 4.2. Dalam kajian ini, tiada soal selidik yang tidak lengkap atau rosak

 

Dari segi umur, responden kajian terdiri 61 orang pelajar (30.5%)  berumur kurang dari 21 tahun sementara 139 orang pelajar (69.5%) berumur lebih dari 21 tahun.. Dari segi status sosioekonomi, seramai 118 pelajar (59%) terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah, 68 orang (34.0%) berpendapatan sederhana sementara 14 orang (7.0%) terdiri dari mereka yang mana pendapatan keluarga adalah tinggi. Dari segi pemilikan komputer peribadi di rumah pula, seramai 82 orang pelajar (41.0%) memiliki komputer di rumah sementara 114 orang (57.0%) tidak mempunyai komputer di rumah. Bagi pengalaman bekerja pula, seramai 94 orang pelajar (47.0%) pernah mempunyai pengalaman bekerja sementara 106 pelajar (53.0%) tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja sebelum memasuki institusi teknikal ini.

 

Bagi pengajar pula, jadual 4.2 menunjukkan seramai 12 orang pengajar (20%) berumur di antara 26-30 tahun, 31 orang (51.7%) berumur di antara 31-35 tahun dan 17 orang (28.3%) berumur lebih daripada 35 tahun. Dari segi status sosioekonomi pula, seramai 19 orang (31.6%) mempunyai pendapatan yang sederhana sementara 41 orang (68.4%) mempunyai pendapatan yang tinggi

 

JADUAL 4.1  Profil Responden Kajian Bagi Pelajar

Latar Belakang

Kekerapan

Peratus

Umur

Kurang dari 21 tahun

21 - 25 tahun

 

Status Sosioekonomi

Rendah

Sederhana

Tinggi

 

Pemilikan Komputer Di Rumah

Ada

Tiada

 

Pengalaman Kerja

Pernah

Tidak Pernah

 

61

139

 

 

118

68

14

 

 

82

114

 

 

94

106

 

 

30.5

69.5

 

 

59.0

34.0

7.0

 

 

41.0

59.0

 

 

47.0

53.0

 

Bagi pemilikan komputer di rumah,  bilangan yang memiliki komputer adalah seramai 49 orang (81.7%) sementara 11 orang (18.3%) tidak memiliki komputer peribadi di rumah. Ramainya bilangan pengajar yang mampu memiliki komputer peribadi di rumah berkait dengan pendapatan yang agak lumayan yang diperolehi. Dari segi pengalaman kerja pula, seramai 58 orang (96.7%) pernah mempunyai pengalaman kerja dan hanya 2 orang (3.3%) yang tidak pernah mempunyai pengalaman kerja. Ini bermakna, kebanyakan pengajar mempunyai pengalaman dan pendedahan yang luas sebelum menyertai institusi ini.

4.3              Dapatan Kajian

 

Sebanyak lapan hipotesis telah diuji untuk menentukan perkaitan antara tahap penggunaan komputer dengan umur, pengalaman kerja, status sosioekonomi dan pemilikan komputer di rumah di kalangan pengajar dan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) teknikal.

JADUAL 4.2   Profil Responden Kajian Bagi Pengajar

Latar Belakang

Kekerapan

Peratus

Umur

26 - 30 tahun

31 - 35 tahun

Melebihi 35 tahun

 

Status Sosioekonomi

Rendah

Sederhana

Tinggi

 

Pemilikan Komputer Di Rumah

Ada

Tiada

 

Pengalaman Kerja

Pernah

Tidak Pernah

 

 

12

31

17

 

 

 

0

19

41

 

 

49

11

 

 

58

2

 

20.0

51.7

28.3

 

 

 

0

31.6

68.4

 

 

81.7

18.3

 

 

96.7

3.3

 

 

 

Bahagian berikutnya memaparkan dapatan kajian dari segi hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan beberapa faktor lain yang dikaji dalam kajian ini.

 

4.3.1        Pengetahuan Pengajar dan Pelajar Tentang Komputer

 

Jadual 4.3 menunjukkan markat pengetahuan pengajar dan pelajar tentang komputer daripada markat penuh 20. Hasil kajian menunjukkan semua tenaga pengajar (60 orang) mendapat markat 17 hingga 20, dengan min 18.8; iaitu tergolong dalam kategori berpengetahuan tinggi tentang komputer. Bagi pelajar pula, seramai 189 orang (94.5%) mendapat markat 14 hingga 20 dan 11 orang (5.5%) mendapat markat 8 hingga 13, dengan min16.4; iaitu tergolong dalam kategori berpengetahuan sederhana tentang komputer.

 

JADUAL 4.3   Markat Pengetahuan Pengajar dan Pelajar Tentang Komputer

Kategori (markat)

Kekerapan

Peratusan

 

Pengajar

Rendah (0 – 7)

Sederhana (8 – 13)

Tinggi (14 – 20)

 

 

 

-

-

60

 

 

-

-

100

 

 
Pelajar

Rendah (0 – 7)

Sederhana (8 – 13)

Tinggi (14 – 20)

 

 

-

11

189

 

 

-

5.5

94.5

 

 

 

 

 

4.3.2        Pengetahuan Pengajar dan Pelajar Tentang Penggunaan Komputer

 

Jadual 4.4 menunjukkan markat pengetahuan pengajar dan pelajar tentang penggunaan komputer daripada markat penuh 50. Hasil kajian menunjukkan seramai 45 orang tenaga pengajar (75.0%)mendapat markat 36 hingga 50, dengan min 40.0; iaitu tergolong dalam kategori  berpengetahuan tinggi tentang penggunaan komputer dan seramai 15 orang (25.0%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana. Bagi pelajar pula, seramai 147 orang (73.5%) mendapat markat antara 36 hingga 50, dengan min 42.5; iaitu tergolong dalam kategori berpengetahuan tinggi tentang penggunaan komputer, sementara 51 orang (26.5%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana dan 2 orang (1.0%) mendapat markat 0 hingga 17, iaitu tergolong dalam kategori rendah.

 

JADUAL 4.4   Markat Pengetahuan Pengajar dan Pelajar Tentang

                    Penggunaan Komputer

 

Kategori (markat)

Kekerapan

Peratusan

 

Pengajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

-

15

45

 

 

-

25

75

 

 
Pelajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

2

51

147

 

 

1

26.5

73.5

 

 

4.3.3        Pengetahuan Pengajar dan Pelajar Tentang Kepentingan Komputer

 

Jadual 4.5 menunjukkan markat pengetahuan pengajar dan pelajar tentang kepentingan komputer daripada markat penuh 50. Hasil kajian menunjukkan seramai 59 orang tenaga pengajar (98.3%)mendapat markat 36 hingga 50, dengan min 42.5; iaitu tergolong dalam kategori  berpengetahuan tinggi tentang kepentingan komputer dan hanya 1 orang (1.7%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana. Bagi pelajar pula, seramai 177 orang (88.5%) mendapat markat antara 36 hingga 50, dengan min 40.4; iaitu tergolong dalam kategori berpengetahuan tinggi tentang kepentingan komputer, sementara 23 orang (11.5%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana.

 

JADUAL 4.5   Markat Pengetahuan Pengajar dan Pelajar Tentang

            Kepentingan Komputer

 

Kategori (markat)

Kekerapan

Peratusan

 

Pengajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

-

1

59

 

 

 

-

1.7

98.3

 

 
Pelajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

-

23

177

 

 

-

11.5

88.5

 

 

4.3.4        Kemahiran Menggunakan Komputer Di kalangan Pengajar dan Pelajar

 

Jadual 4.6 menunjukkan markat kemahiran pengajar dan pelajar dalam menggunakan komputer daripada markat penuh 50. Hasil kajian menunjukkan seramai 30 orang tenaga pengajar (50.0%)mendapat markat 36 hingga 50, dengan min 37.7; iaitu tergolong dalam kategori  berkemahiran tinggi menggunakan komputer dan 30 orang (50.0%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana. Bagi pelajar pula, seramai 141 orang (70.5%) mendapat markat antara 36 hingga 50, dengan min 38.1; iaitu tergolong dalam kategori berkemahiran tinggi menggunakan komputer, sementara 59 orang (29.5%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana.

 

JADUAL 4.6   Markat Kemahiran Menggunakan Komputer di kalangan Pengajar dan

    Pelajar

Kategori (markat)

Kekerapan

Peratusan

 

Pengajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

-

30

30

 

 

 

-

50.0

50.0

 

 
Pelajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

-

59

141

 

 

-

29.5

70.5

 

 

 

4.3.5        Sikap Pengajar dan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer

 

Sikap pengajar dan pelajar terhadap penggunaan komputer diukur menggunakan 10 item, yang mempunyai skor maksimum 50. Jadual 4.7 menunjukkan sikap pengajar dan pelajar terhadap penggunaan komputer. Tenaga pengajar mempunyai sikap yang positif  terhadap penggunaan komputer dengan nilai min 42.3 dan sisihan piawai 6.7. Bagi pelajar pula, mereka juga mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dengan nilai min 41.3 dan sisihan piawai 5.6. Min yang tinggi bagi setiap penyataan sikap menunjukkan sikap positif di kalangan pengajar dan pelajar terhadap penggunaan komputer

 

4.3.6        Motivasi Pengajar dan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer

 

Motivasi pengajar dan pelajar terhadap penggunaan komputer diukur menggunakan 10 item, yang mempunyai skor maksimum 50. Tenaga pengajar mempunyai motivasi yang tinggi  terhadap penggunaan komputer dengan nilai min 43.1 dan sisihan piawai 4.66. Bagi pelajar pula, mereka juga mempunyai motivasi yang tinggi terhadap penggunaan komputer dengan nilai min 40.9 dan sisihan piawai 5.2. Min yang tinggi bagi setiap penyataan motivasi menunjukkan motivasi yang tinggi di kalangan pengajar dan pelajar terhadap penggunaan komputer.

 

 

 

4.3.7        Prasarana dan Kemudahan Komputer

 

Jadual 4.8 menunjukkan markat prasarana dan kemudahan komputer daripada markat penuh 50. Hasil kajian menunjukkan seramai 48 orang tenaga pengajar (83.4%) mendapat markat 18 hingga 35, dengan min 21.8; iaitu tergolong dalam kategori  yang mengatakan prasarana dan kemudahan komputer sederhana mencukupi dan 10 orang (16.6%) mendapat markat 0 hingga 17, iaitu tergolong dalam kategori yang mengatakan prasarana dan kemudahan komputer tidak mencukupi (rendah). Hanya 2 orang (3.3%) yang mengatakan prasarana dan kemudahan komputer mencukupi. Bagi pelajar pula, seramai 153 orang (76.5%) mendapat markat antara 18 hingga 35, dengan min 26.4.1; iaitu tergolong dalam kategori yang mengatakan prasarana dan kemudahan komputer sederhana mencukupi, sementara 19 orang (9.5%) mendapat markat 0 hingga 17, iaitu tergolong dalam kategori tidak mencukupi (rendah) dan seramai 28 orang (14.0%) mendapat markat 36 hingga 50, iaitu tergolong dalam kategori mencukupi (tinggi).

 

4.3.8        Tahap Penggunaan Komputer Di kalangan Pengajar dan Pelajar

 

Jadual 4.9 menunjukkan markat tahap penggunaan komputer di kalangan pengajar dan pelajar daripada markat penuh 50. Hasil kajian mendapati 42 orang pengajar (69.9%) mendapat markat 36 hingga 50, dengan nilai min 36.6; iaitu tergolong dalam kategori tahap penggunaan yang tinggi.

 

            Seramai 18 orang ( 30.1%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana. Bagi pelajar pula, seramai 102 orang (51.0%) mendapat markat 18 hingga 35, iaitu tergolong dalam kategori sederhana sementara 98 orang (49.0%) mendapat markat dalam kategori tinggi.

 

JADUAL 4.7   Sikap Pengajar dan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer

 

Penyataan

Min

Pengajar              Pelajar

 

Saya merasa selesa apabila menggunakan komputer.

 

Belajar tentang komputer membosankan saya*.

 

Saya suka belajar tentang komputer.

 

Saya merasa benci terhadap komputer*.

 

Saya bukan seorang yang boleh bekerja dengan menggunakan komputer *.

 

Saya menjadi lemah semangat apabila saya menggunakan komputer* .

 

Saya merasa senang apabila tajuk

perbualan ditukar kepada komputer.

 

Belajar tentang komputer tidak perlu bagi saya* .

Saya berpendapat bahawa menggunakan

komputer tidak merangsangkan kerja saya*.

 

Belajar tentang komputer menyeronokkan.

 

 

4.58

 

 

4.62

 

4.43

 

3.58

 

4.32

 

 

3.05

 

 

3.28

 

 

3.40

 

3.30

 

 

3.15

 

 

4.13

 

 

4.46

 

3.69

 

3.61

 

3.68

 

 

3.09

 

 

3.61

 

 

3.99

 

4.23

 

 

3.58

 

* Soalan yang negatif telah direkodkan semula

JADUAL 4.8   Markat Prasarana dan Kemudahan Komputer

Kategori (markat)

Kekerapan

Peratusan

 

Pengajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

10

48

2

 

 

 

16.6

83.4

3.3

 

 
Pelajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

19

153

28

 

 

9.5

76.5

14.0

 

 

JADUAL 4.9   Tahap Penggunaan Komputer Di Kalangan Pengajar dan Pelajar

Kategori (markat)

Kekerapan

Peratusan

 

Pengajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

-

18

42

 

 

 

-

30.1

69.9

 

 
Pelajar

Rendah (0 – 17)

Sederhana (18 – 35)

Tinggi (36 – 50)

 

 

-

102

98

 

 

-

51.0

49.0

 

 

 

 

4.3.9        Perkaitan Antara Umur, Status Sosioekonomi dan Pemilikan Komputer Di Rumah Dengan Tahap Penggunaan Komputer di kalangan Pengajar dan Pelajar.

 

 

Hubungan bukan parametrik khi kuasa dua digunakan untuk menentukan perkaitan antara umur,  status sosioekonomi dan pemilikan komputer di rumah dengan tahap penggunaan komputer di kalangan pengajar dan pelajar. Perkaitan profil pengajar dan pelajar tersebut telah ditentukan untuk semua responden. Untuk tujuan tersebut, tiga hipotesis nol berikut telah diuji.

 

Hipotesis Nol Kajian 1

Tiada perkaitan antara umur dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.10, nilai khi kuasa dua bagi pengajar dan pelajar adalah masing-masing 51.443 dan 247.698, sementara nilai p bagi ialah 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian 1 ditolak. Ini menunjukkan bahawa, terdapat perkaitan yang signifikan antara umur dengan tahap penggunaan komputer pada aras 0.05. Untuk menentukan sejauh manakah perkaitan tersebut, nilai pekali kontigensi ditentukan. Nilai 0.74 dan 0.68 bagi pengajar dan pelajar diperolehi menunjukkan bahawa perkaitan antara umur dengan tahap penggunaan komputer adalah kuat.

 

            Daripada jadual tersebut juga, didapati bahawa, bagi peringkat umur kurang dari 20 tahun, 30 orang pelajar (15.0%)  bertahap penggunaan komputer sederhana dan 31 orang (15.5%) bertahap tinggi. Bagi peringkat umur 21 tahun hingga 26 tahun, seramai 2 orang (1.0%) bertahap rendah, 13 orang (6.5%) bertahap sederhana dan 121 orang (60.5%) bertahap tinggi. Bagi pengajar pula, bagi peringkat umur 26 hingga 30 tahun, seramai 5 orang (8.3%) bertahap penggunaan komputer sederhana dan 7 orang (11.7%) bertahap penggunaan tinggi. Bagi peringkat umur 31 hingga 35 tahun pula, seramai 19 orang (31.7%) bertahap sederhana dan 12 orang (20.0%) bertahap penggunaan tinggi. Sementara bagi peringkat umur 36 tahun hingga 40 tahun, seramai 5 orang (8.3%) bertahap sederhana dan 12 orang bertahap penggunaan komputer tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 2

Tiada perkaitan antara status sosioekonomi dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.10, nilai khi kuasa dua bagi pengajar dan pelajar masing-masing ialah 39.348 dan 296.794, sementara nilai p masing-masing ialah 0.006 dan 0.000. Nilai-nilai ini menunjukkan bahawa, perkaitan antara status sosioekonomi dengan tahap penggunaan komputer di kalangan pengajar dan pelajar adalah signifikan. Nilai pekali kontigensi masing-masing ialah 0.629 dan 0.773. Nilai-nilai ini menunjukkan bahawa, perkaitan antara status sosioekonomi dengan tahap penggunaan komputer adalah kuat.

 

            Daripada jadual yang sama, bagi status sosioekonomi sederhana, terdapat seramai seorang pengajar (1.7%) bertahap penggunaan komputer sederhana dan seorang (1.7%) juga bertahap penggunaan tinggi. Bagi status sosioekonomi tinggi, seramai 6 orang (10.0%) bertahap penggunaan sederhana dan 52 orang (86.7%) bertahap penggunaan komputer tinggi. Bagi pelajar pula, untuk status sosioekonomi rendah, terdapat seramai 85 orang (42.5%) bertahap penggunaan komputer sederhana dan 33 orang (16.5%) bertahap penggunaan tinggi. Bagi status sosioekonomi sederhana, seramai 23 orang (11.0%) bertahap penggunaan sederhana dan 25 orang bertahap penggunaan tinggi. Bagi status sosioekonomi tinggi pula, seramai 22 orang (11.0%) bertahap penggunaan sederhana dan 12 orang (6.0%) bertahap penggunaan tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 3

Tiada perkaitan antara pemilikan komputer di rumah dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.10, nilai khi kuasa dua bagi pengajar dan pelajar masing-masing ialah 38.546 dan 62.694, sementara nilai p masing-masing ialah 0.001 dan 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian ditolak. Ini bermakna, terdapat perkaitan yang signifikan antara pemilikan komputer di rumah dengan tahap penggunaan komputer di kalangan pengajar dan pelajar pada aras 0.05. Nilai pekali kontigensi bagi pengajar dan pelajar masing-masing ialah 0.625 dan 0.489. Ini menunjukan bahawa, hubungan antara pemilikan komputer di rumah dengan tahap penggunaan komputer adalah sederhana tinggi di kalangan pengajar dan pelajar.

 

Berdasarkan jadual yang sama, bagi pengajar yang memiliki komputer di rumah, terdapat seramai 28 orang (46.7%) bertahap penggunaan komputer yang sederhana dan 21 orang (35.0%) bertahap penggunaan komputer yang tinggi. Bagi pengajar yang tidak memiliki komputer di rumah pula, seramai seorang (1.7%) bertahap penggunaan komputer yang sederhana dan 10 orang (16.7%) bertahap penggunaan komputer yang tinggi. Bagi pelajar pula, bagi mereka yang memiliki komputer, terdapat seramai 49 orang (24.5%) bertahap penggunaan komputer yang sederhana dan 33 orang (16.5%) bertahap penggunaan komputer yang tinggi. Sementara bagi pelajar yang tidak memiliki komputer, seramai 81 orang (40.5%) bertahap penggunaan komputer yang sederhana dan 37 orang (18.5%) bertahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

4.3.10  Hubungan Antara Tahap Penggunaan Komputer Dengan Beberapa Faktor

Yang Dikaji Di Kalangan Pelajar

 

Analisis selanjutnya menggunakan korelasi Pearson untuk menentukan hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan beberapa faktor yang dikaji di kalangan pelajar. Korelasi antara setiap dimensi dengan tahap penggunaan komputer juga dikaji. Dimensi-dimensi tersebut ialah pengetahuan tentang komputer, pengetahuan tentang penggunaan komputer, kepentingan mengggunakan komputer, kemahiran menggunakan komputer, sikap dan motivasi terhadap penggunaan komputer dan komputer prasarana dan kemudahan komputer. Untuk tujuan tersebut, enam hipotesis kajian telah diuji.

 

Hipotesis Nol Kajian 4

Tiada hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah 0.214 dan nilai p ialah 0.002. Oleh itu, hipotesis kajian 4 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan

tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah positif dan lemah. Ini menunjukkan bahawa, pelajar yang berpengetahuan rendah mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah. Dan sebaliknya, mereka yang berpengetahuan yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 5

Tiada hubungan antara pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah 0.216 dan nilai p ialah 0.002. Oleh itu, hipotesis kajian 5 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan tahap penggunaan komputer pada aras 0.05 adalah positif dan lemah. Ini menunjukkan bahawa, pelajar yang berpengetahuan rendah tentang penggunaan komputer mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah. Dan sebaliknya, mereka yang berpengetahuan yang tinggi tentang penggunaan komputer, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 6

Tiada hubungan antara tahap pengetahuan tentang kepentingan menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah 0.436 dan nilai p ialah 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian 6 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara kepentingan menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah positif dan sederhana kuat.

 

JADUAL 4.10   Hasil Ujian Khi Kuasa Dua Untuk Menguji Perkaitan Antara Umur,

   Status Sosioekonomi, Pengalaman Kerja dan Pemilikan Komputer

   Dengan Tahap Penggunaan Komputer.

 

Latar Belakang

Tahap Penggunaan

Komputer

Rendah      Sederhana           Tinggi  

 

    c2

 

Nilai p

Pekali Kontig

Umur

Pengajar

26 – 30

31 – 35

36 – 40

 

Pelajar

Kurang dari 20

21 – 25 tahun

 

 

 

-

-

-

 

 

-

2 (1.0%)

 

 

5 (8.3%)

19 (31.7%)

5 (8.3%)

 

 

30 (15.0%)

13 (6.5%)

 

 

7 (11.7%)

12 (20.0%)

12 (20.0%)

 

 

31(15..5%)

121 (60.5%)

 

 

51.443*

 

 

 

 

247.698*

 

 

 

0.000

 

 

 

 

0.000

 

 

0.74

 

 

 

 

0.68

Status Sosioekonomi

Pengajar

Sederhana

Tinggi

 

Pelajar

Rendah

Sederhana

Tinggi

 

 

 

-

-

 

 

-

-

-

 

 

 

1(1.7%)

6(10.0%)

 

 

33(16.5%)

25(12.5%)

12(6%)

 

 

 

1(1.7%)

52(86.7%)

 

 

33(16.5%)

25(12.5%)

12(6%)

 

 

 

39.348

 

 

 

296.794

 

 

 

0.006

 

 

 

0.000

 

 

 

0.629

 

 

 

0.773

Pemilikan Komputer

Di Rumah

Pengajar

Memiliki

Tidak memiliki

Pelajar

Memiliki

Tidak memiliki

 

 

 

 

 

28(46.7%)

1(1.7%)

 

49(24.5%)

81(40.5%)

 

 

 

 

21(35.0%)

10(16.7%)

 

33(16.5%)

37(18.5%)

 

 

 

 

38.546

 

 

62.694

 

 

 

 

0.001

 

 

0.000

 

 

 

 

0.625

 

 

0.489

 

* signifikan pada aras 0.05.

   kontig = kontigensi

 

Ini menunjukkan bahawa, pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan tentang kepentingan menggunakan komputer mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah. Dan sebaliknya, mereka yang mempunyai tahap pengetahuan tentang kepentingan menggunakan komputer yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 7

Tiada hubungan antara kemahiran menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah 0.663 dan nilai p ialah 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian 7 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara kemahiran menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah positif dan kuat. Ini menunjukkan bahawa, pelajar yang mempunyai kemahiran menggunakan komputer yang rendah mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah. Dan sebaliknya, mereka yang mempunyai kemahiran menggunakan komputer yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 8

 

Tiada hubungan antara sikap dan motivasi dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah bagi sikap dan motivasi adalah masing-masing 0.533 dan 0.467, semntara nilai p bagi keduanya ialah 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian 8 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara sikap dan motivasi dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah positif dan sederhana

 

kuat. Ini menunjukkan bahawa, pelajar yang mempunyai sikap dan motivasi yang rendah mempunyai tahap penggunaan komputer yang lemah. Dan sebaliknya, mereka yang mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 9

Tiada hubungan antara prasarana dan kemudahan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah bagi prasarana dan kemudahan komputer adalah 0.308 dan nilai p ialah 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian 9 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara prasarana dan kemudahan komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah positif dan lemah. Ini menunjukkan bahawa, prasarana dan kemudahan komputer yang rendah menyebabkan tahap penggunaan komputer yang lemah. Dan sebaliknya, prasarana dan kemudahan komputer yang tinggi, menyebabkan tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

4.3.11  Hubungan Antara Tahap Penggunaan Komputer Dengan Beberapa Faktor

Yang Dikaji Di Kalangan Pengajar

 

 

 

Analisis selanjutnya menggunakan korelasi Pearson untuk menentukan hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan beberapa faktor yang dikaji di kalangan pengajar. Korelasi antara setiap dimensi dengan tahap penggunaan komputer juga dikaji. Dimensi-dimensi tersebut ialah pengetahuan tentang komputer, pengetahuan tentang penggunaan komputer, kepentingan mengggunakan komputer, kemahiran menggunakan komputer, sikap dan motivasi terhadap penggunaan komputer dan komputer prasarana dan kemudahan komputer. Untuk tujuan tersebut, enam hipotesis kajian telah diuji.

 

Hipotesis Nol Kajian 10

Tiada hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah -0.419 dan nilai p ialah 0.001. Oleh itu, hipotesis kajian 10 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah negatif dan sederhana kuat. Ini menunjukkan bahawa, pelajar yang berpengetahuan rendah mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi. Dan sebaliknya, mereka yang berpengetahuan yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah.

 

Hipotesis Nol Kajian 11

Tiada hubungan antara pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah 0.400 dan nilai p ialah 0.762. Oleh itu, hipotesis kajian 11 diterima. Ini bermakna, hubungan antara pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah tidak signifikan pada aras 0.05.

 

 

JADUAL 4.11  Hasil Analisis Korelasi Antara Faktor-faktor Berkaitan

Komputer Dengan Tahap Penggunaan Komputer

 

Faktor

Pengajar

Nilai r           Keb. (p)

Pelajar

Nilai r           Keb. (p)

 

Pengetahuan Tentang Komputer

 

Pengetahuan Tentang Penggunaan Komputer

 

Kepentingan Penggunaan Komputer

 

Kemahiran Menggunakan Komputer

 

Sikap Terhadap Penggunaan Komputer

 

Motivasi Terhadap

Penggunaan Komputer

 

Prasarana dan Kemudahan Komputer

 

-0.419*

 

 

0.400

 

 

0.614*

 

 

0.356*

 

 

0.068

 

 

0.437*

 

 

0.190

 

0.001

 

 

0.762

 

 

0.000

 

 

0.005

 

 

0.604

 

 

0.000

 

 

0.147

 

 

 

0.214*

 

 

0.216*

 

 

0.436*

 

 

0.633*

 

 

0.533*

 

 

0.467*

 

 

0.308*

 

 

0.002

 

 

0.002

 

 

0.000

 

 

0.000

 

 

0.000

 

 

0.000

 

 

0.000

 

( * Signifikan pada aras 0.05 )

     Keb. = kebarangkalian

 

Hipotesis Nol Kajian 12

Tiada hubungan antara kepentingan menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah 0..614 dan nilai p ialah 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian 12 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara kepentingan menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah positif dan kuat. Ini menunjukkan bahawa, pengajar yang mempunyai kepentingan menggunakan komputer mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah. Dan sebaliknya, mereka yang mempunyai kepentingan menggunakan komputer yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 13

Tiada hubungan antara kemahiran menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah 0.356 dan nilai p ialah 0.005. Oleh itu, hipotesis kajian 13 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara kemahiran menggunakan komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan yang diperolehi adalah positif dan lemah. Ini menunjukkan bahawa, pengajar yang mempunyai kemahiran menggunakan komputer yang rendah mempunyai tahap penggunaan komputer yang rendah. Dan sebaliknya, mereka yang mempunyai kemahiran menggunakan komputer yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 14

 

Tiada hubungan antara sikap dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah bagi sikap adalah masing-masing 0.068 dan nilai p ialah 0.604. Oleh itu, hipotesis kajian 14 diterima. Ini bermakna, hubungan antara sikap dengan tahap penggunaan komputer adalah tidak signifikan pada aras 0.05.

 

Hipotesis Nol Kajian 15

Tiada hubungan antara motivasi dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah bagi motivasi adalah masing-masing 0.437 dan nilai p ialah 0.000. Oleh itu, hipotesis kajian 15 ditolak. Ini bermakna, hubungan antara motivasi dengan tahap penggunaan komputer adalah signifikan pada aras 0.05. Hubungan adalah positif dan sederhana kuat. Ini menunjukkan bahawa, pengajar yang mempunyai motivasi yang rendah, mempunyai tahap penggunaan yang rendah. Dan sebaliknya, pengajar yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi, mempunyai tahap penggunaan komputer yang tinggi.

 

Hipotesis Nol Kajian 16

Terdapat hubungan antara prasarana dan kemudahan komputer dengan tahap penggunaan komputer.

Berdasarkan jadual 4.11, nilai r ialah bagi prasarana dan kemudahan komputer adalah 0.190 dan nilai p ialah 0.147. Oleh itu, hipotesis kajian 16 diterima. Ini bermakna, hubungan antara prasarana dan kemudahan komputer dengan tahap penggunaan komputer adalah positif tetapi lemah.

 

4.4              RUMUSAN

 

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan tentang komputer adalah tinggi di kalangan tenaga pengajar dan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta teknikal yang dikaji. Mereka juga mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi bagi pengetahuan tentang penggunaan komputer, pengetahuan tentang kepentingan penggunaan komputer dan kemahiran dalam menggunakan komputer. Bagi sikap pula, tenaga pengajar dan pelajar mempunyai sikap yang sangat positif terhadap penggunaan komputer. Mereka juga mempunyai motivasi yang tinggi terhadap pengunaan komputer dan menyatakan peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh komputer dalam memotivasikan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan dalam melakukan kerja-kerja seharian yang melibatkan komputer. Bagi tahap kemudahan prasarana dan komputer, mereka mengatakan MFI berada di tahap sederhana. Bagi penggunaan komputer pula, tenaga pengajar berada di tahap yang tinggi sementara para pelajar berada di tahap sederhana.. Dari segi hubungan pula, terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah-pemboleh yang dikaji terhadap tahap pengunaan komputer di kalangan pelajar. Bagi pengajar pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan sebahagian faktor, seperti pengetahuan tentang komputer, kepentingan menggunakan komputer, kemahiran menggunakan komputer dan motivasi terhadap penggunaan komputer. Sungguhpun demikian, dapatan kajian menunjukkan terdapat lagi faktor-faktor lain yang tidak dikaji tetapi menyumbang kepada tahap penggunaan komputer.

Hosted by www.Geocities.ws

1