BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.1 PENDAHULUAN
Beberapa persediaan dilakukan sebelum menjalankan kajian ini. Persediaan yang rapi dan sistematik diperlukan dalam pengumpulan dan penganalisisan data, supaya kerja-kerja kajian dapat dilaksanakan secara tersusun. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan komputer di kalangan tenaga pengajar dan pelajar di sebuah institusi teknikal. Bab ini menjelaskan kaedah kajian dari segi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, pembolehubah kajian, kajian rintis, tatacara pemerolehan data dan tatacara penganalisisan data.
Reka bentuk kajian menjelaskan bentuk kajian yang digunakan dan juga mengapa bentuk kajian itu dipilih. Subjek kajian menerangkan tentang subjek kajian dan bagaimana mereka dibahagi kepada kumpulan berdasarkan umur, pengalaman bekerja, latar belakang akademik dan status sosio-ekonomi (SSE). Seterusnya, alat kajian menjelaskan bagaimana maklumat kajian diperoleh. Pembolehubah kajian pula menyenaraikan pembolehubah-pembolehubah bebas dan bersandar bagi kajian ini. Tatacara pemerolehan data menjelaskan tentang keseluruhan proses kajian yang terlibat sehingga data diperoleh. Akhirnya, tatacara penganalisisan data menerangkan langkah yang diambil penyelidik untuk menganalisis data kajian dengan menjelaskan kaedah statistik yang digunakan.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini
merupakan satu kajian tinjauan yang
dijalankan ke atas sekumpulan pelajar dan tenaga pengajar di sebuah institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS) teknikal Kajian ini cuba menentukan tahap
pengetahuan tentang komputer, pengetahuan tentang penggunaan komputer,
kepentingan penggunaan komputer, sikap, motivasi, keperluan kursus, latihan dan
kemudahan prasarana dari persepsi pelajar dan pengajar. Penyelidikan deskriptif
merupakan penyelidikan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku
dan bermatlamatkan tinjauan. Kajian deskriptif korelasi mengkaji antara
pembolehubah-pembolehubah yang wujud dalam sesuatu masalah (Mohd Majid 1998). Kajian korelasi memberi penekanan
kepada sejauh mana kaitan antara pembolehubah-pembolehubah. Kaitan variasi
antara pembolehubah-pembolehubah boleh ditentukan dengan menggunakan pekali
korelasi. Pekali korelasi mengandungi dua unsur; tanda dan nilai pekali. Tanda
positif dan negatif masing-masing menunjukkan perkadaran seiras atau sonsang
antara variasi pada kedua-dua pembolehubah yang berkait. Sementara nilai pekali
pula menunjukkan keteguhan hubungan antara dua pembolehubah. Seterusnya,
pengkaji cuba menentukan hubungan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran mengikut latar belakang
akademik, pengalaman kerja, umur dan status sosio-ekonomi.
Kajian
ini melibatkan 3 pembolehubah bebas iaitu umur, status sosioekonomi dan
pemilikan komputer di rumah. Selain pembolehubah bebas, kajian ini melibatkan
lapan pembolehubah bersandar iaitu pengetahuan tentang komputer, pengetahuan
tentang penggunaan komputer, kepentingan penggunaan komputer, kemahiran
menggunakan komputer, sikap terhadap penggunaan komputer, motivasi terhadap
penggunaan komputer, tahap penggunaan komputer, prasarana dan kemudahan
komputer.
3.3 RESPONDEN KAJIAN
Kajian ini
dijalankan ke atas 200 orang pelajar semester 2 dan 4 dan 60 orang pengajar di
sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) teknikal. Jenis persampelan
yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak Berlapis. Kaedah ini
digunakan bagi memastikan bahawa sample yang dipilih mewakili subkumpulan
tertentu. Sampel yang dipilih dalam subkumpulan adalah convenience dan setiap ahli subkumpulan diberi peluang yang sama
untuk dipilih sebagai sample kajian. Dalam kajian ini, sample diambil mengikut
bidang pengkhususan dan mengikut kuota yang berpatutan bagi mewakili sample
kajian. Saiz sample yang dibuat juga
cukup untuk dianalisis dengan menggunakan statistik. Institut ini merupakan
institusi teknikal yang menawarkan enam kursus teknikal pada peringkat diploma.
Para pelajar di institut ini terdiri daripada pelajar bumiputra lepasan SPM,
STPM, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Politeknik dan juga Institut
Kemahiran Mara (IKM). Majoriti pelajarnya adalah pelajar lelaki sementara
tenaga pengajar pula terdiri dari pelbagai bangsa, yang majoritinya adalah juga
lelaki. Jadual 3.1 menunjukkan bilangan keseluruhan pelajar dan pengajar bagi
sesi Jan - Jun 2000.
3.4 Alat
Kajian
Kajian ini
menggunakan soal selidik untuk memperolehi data kajian. Soal selidik ini
terbahagi kepada 10 bahagian. Bahagian A terdiri daripada item-item tentang
maklumat pelajar/pengajar yang dibentuk khas pengkaji untuk mendapatkan latar
belakang responden. Bahagian B terdiri daripada item-item ujian pengetahuan
tentang komputer, Bahagian C bagi pengetahuan tentang penggunaan komputer,
Bahagian D bagi pengetahuan tentang kepentingan komputer, Bahagian E bagi
kemahiran menggunakan komputer, Bahagian F bagi sikap terhadap komputer,
Bahagian G bagi motivasi terhadap penggunaan komputer, Bahagian H bagi
prasarana dan kemudahan komputer, Bahagian I bagi tahap penggunaan komputer dan
Bahagian J bagi keperluan latihan dan penyelenggaraan.
3.4.1
Item Soal
Selidik Kajian
Secara
terperinci, Bahagian A mengandungi item-item tentang latar belakang responden
kajian, iaitu umur, jabatan, kelayakan akademik, pendapatan keluarga/ bulanan,
pengalaman bekerja, lokasi tempat tinggal, pemilikan komputer dan pengalaman
mengikuti kursus berkaitan dengan komputer. Bahagian B mengandungi 10 item
ujian peringkat pengetahuan tentang komputer, berdasarkan Sukatan Pelajaran
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah 1998.
![]()
Lelaki 11 11 9
8 7 9 10
Perempuan 2 2 0
0 0 1 18
Jumlah 13 13 9 8 7 10
28
Lelaki 75 48 40
59 58 36 0
Perempuan 34 19 19
5 0 2 0
JADUAL
3.1 Bilangan Tenaga Pengajar dan
Pelajar Mengikut Pengkhususan dan
Jantina Bagi Sesi Jan - Jun 2000.
Contoh item
ujian peringkat pengetahuan ialah " Papan kekunci ialah bahagian komputer
peribadi yang digunakan untuk menginput data atau maklumat (Benar/Palsu)".
Bahagian C mengandungi 10 item ujian peringkat pengetahuan tentang penggunaan
komputer, berdasarkan kandungan Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah 1998. Bagi pilihan jawapan, pengkaji
menggunakan skala Likert 1 hingga 5 iaitu " 1 Sangat tidak Bersetuju, 2
Tidak bersetuju, 3 Kurang setuju, 4 Bersetuju, 5 Sangat bersetuju ".Format
ini juga digunakan untuk bahagian-bahagian seterusnya dalam soal selidik ini.
Contoh item ujian ujian peringkat pengetahuan tentang penggunaan komputer ialah
"Word97, WordPro dan WordPerfect ialah jenama-jenama perisian pemprosesan
data".
Bahagian D
mengandungi 10 item ujian peringkat pengetahuan tentang kepentingan komputer.
Item-item ujian diadaptasikan dari kajian Roslina Ibrahim (1998) .Contoh item
bagi ujian peringkat pengetahuan tentang penggunaan komputer: ialah "Saya
menulis tugasan yang diberi menggunakan
komputer". Bahagian E mengandungi 10 item ujian peringkat kemahiran
menggunakan komputer. Item-item ujian dibina oleh pengkaji sendiri mengikut
keperluan kajian ini. Contoh item ujian bagi peringkat kemahiran menggunakan
komputer ialah "Saya menggunakan komputer bagi memudahkan tugasan
saya". Bahagian F mengandungi 10 item ujian bagi peringkat sikap terhadap
penggunaan komputer. Item-item ini merupakan penyataaan-penyataan yang mengukur
sikap subjek kajian terhadap komputer. Bahagian kajian ini, pengkaji
menggunakan Skala Sikap Terhadap Komputer atau Attitude toward Computer Scale (ATCS) yang dicipta oleh Francis
pada tahun 1993. ATCS ciptaan Francis (1993) mengandungi 24 penyataan. Ianya
dipilih memandangkan kesesuaian skala dalam mengukur sikap subjek kajian
terhadap komputer. Bagi kajian ini, pengkaji hanya mengambil sebanyak 10 item
dan menggunakannya mengikut kesesuaian kajian. Bagi pilihan jawapan, ianya berdasarkan
skala Likert 1 hingga 5. Contoh item ujian bagi peringkat sikap terhadap
penggunaan komputer ialah "Saya suka belajar tentang komputer".
Bahagian G
mengandungi 10 item ujian bagi peringkat motivasi terhadap penggunaan komputer.
Item-item ini merupakan penyataaan-penyataan yang mengukur motivasi subjek
kajian terhadap penggunaan komputer komputer. Item-item dibina oleh pengkaji
dan disesuaikan mengikut keperluan kajian ini. Contoh item ujian bagi peringkat
motivasi terhadap penggunaan komputer ialah "Menggunakan komputer
memotivasikan
diri
saya". Bahagian H mengandungi
10 item ujian bagi peringkat prasarana dan kemudahan komputer. Item-item ini
merupakan penyataaan-penyataan yang mengukur keperluan prasarana dan kemudahan
komputer. Item-item ini dibina oleh pengkaji sendiri.
Contoh item
ujian bagi peringkat motivasi terhadap penggunaan komputer ialah
"Institusi saya mempunyai komputer secukupnya bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran".
Bahagian I
mengandungi 10 item ujian bagi peringkat tahap penggunaan komputer. Item-item
ini merupakan penyataaan-penyataan yang mengukur tahap penggunaan komputer
dikalangan pengajar dan pelajar. Item-item ini juga dibina oleh pengkaji
sendiri. Contoh item ujian bagi peringkat tahap penggunaan komputer ialah
"Saya kerap menggunakan perisian hamparan elektronik apabila menyediakan
data dan gambarajah". Bahagian J mengandungi 10 item ujian bagi peringkat
keperluan kursus dan penyelenggaraan komputer. Item-item ini merupakan
penyataaan-penyataan yang mengukur keperluan kursus dan penyelenggaraan
komputer di kalangan pengajar dan pelajar. Item-item ini juga dibina oleh
pengkaji sendiri. Contoh item ujian bagi keperluan kursus dan penyelenggaraan
komputer ialah "Saya tidak pernah menghadiri kursus atau latihan dalam penggunaan
komputer".
3.4.2
Status
Sosioekonomi
Menurut
Fatanah (1997), pengkelasan status sosioekonomi pelajar adalah berasaskan
pendapatan bulanan keluarga seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke
Tujuh, iaitu (a) jumlah pendapatan bulanan purata isi rumah Bumiputra di
Malaysia pada tahun 1995 ialah RM 1600,
(b) pendapatan isi rumah kasar
bulanan purata rakyat Malaysia ialah RM2007 dan (c) pendapatan antara RM1000
dan RM 3000 sebulan dianggap sebagai sederhana
(Malaysia 1996). Berdasarkan takrifan tersebut, jumlah
pendapatan dapat menggambarkan status sosioekonomi seseorang. Dalam kajian ini, status sosioekonomi (SSE)
dibahagikan kepada empat kategori, iaitu
(i) SSE Tinggi terdiri daripada pelajar yang mempunyai ibu bapa
berpendapatan lebih daripada RM3000 sebulan,
(ii) SSE Sederhana-tinggi terdiri daripada pelajar yang mempunyai ibu
bapa berpendapatan antara RM2000 sehingga RM2999 sebulan, (iii) SSE
Sederhana-rendah terdiri daripada pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendapatan
antara RM1000 sehingga RM1999 sebulan dan (iv) SSE Rendah terdiri daripada
pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan.
3.4.3
Kajian
Rintis
Kajian
rintis dijalankan pada 10 Julai 2000. Tujuan kajian rintis dilakukan ialah
untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan alat-alat kajian, yang meliputi
tempat dan sampel kajian. Pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada subjek
kajian dan mengambil semula sehari selepas itu. Kajian rintis dijalankan bagi
membolehkan pengkaji mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi semasa
melaksanakan kajian rintis ini, sebelum kajian sebenar dilakukan. Sebarang
kelemahan yang ada dapat diperbaiki dan diperbetulkan terhadap alat-alat kajian
selepas kajian rintis dilaksanakan. Miller (1991) mengatakan bahawa kajian
rintis perlu dilakukan untuk mencari sebarang salah faham dan keraguan (ambiguity) terhadap sebarang item dalam
soal selidik itu. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa item-item soal
selidik mudah difahami responden dan tidak ada item yang kabur.
Kajian rintis telah dijalankan
dengan menggunakan subjek kajian yang terdiri daripada 10 orang pengajar dan 15
orang pelajar. Pengkaji turut menguji kesahan soal selidik yang digunakan dalam
kajian ini. Nilai-nilai alpha yang diperolehi bagi item-item mengikut dimensi
ialah 0.7349 bagi pengetahuan tentang komputer, 0.9440 bagi pengetahuan tentang
penggunaan komputer, 0.8014 bagi kepentingan penggunaan komputer, 0.7825 bagi
kemahiran menggunakan komputer, 0.6810 bagi sikap terhadap penggunaan komputer,
0.9013 bagi motivasi terhadap penggunaan
komputer, 0.9273 bagi tahap penggunaan komputer, 0.6311 bagi prasarana dan
kemudahan komputer dan 0.7679 bagi
keperluan kursus dan penyelenggaraan.
Walaupun tiada batasan khusus yang
boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang boleh digunakan
bagi mengukur sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih 0.60 sering
digunakan (Mohd. Majid 1990)
3.5 Prosedur
kAJIAN
Sebelum
pemunggutan data dibuat, pengkaji telah memohon kebenaran daripada Pengarah
Urusan institut berkenaan untuk menjalankan kajian. Kebenaran ini adalah perlu
bagi membolehkan pengkaji meminta pengajar dan pelajar menjawab soal selidik
tanpa sebarang masalah atau gangguan. Ia juga bagi memaklumkan kepada pihak
pengurusan institut tentang butiran kajian dan dapatan kajian yang boleh
dimanfaatkan institut.
Seterusnya, pengkaji menjalankan kajian
rintis dengan subjek yang dipilih terdiri daripada 10 tenaga pengajar dan 15
orang pelajar dari semester 2 Kursus Diploma ACRT.
Selepas
itu, pengkaji mengadakan perbincangan dengan pensyarah-pensyarah yang lain di
Jabatan Pengajian Am untuk mendapatkan senarai responden serta memilih waktu
dan tarikh yang sesuai bagi menjalankan kajian. Akhirnya pengkaji menjalankan
kajian sebenar pada 5 Julai hingga 10 Julai 2000, dengan pengkaji menyelia
sendiri pengedaran dan pengumpulan semula soal selidik. Subjek kajian diberi
masa selama 60 minit untuk menjawab semua item dalam soal selidik.
Soal selidik ini diedarkan diwaktu akhir pengajian. Pemunggutan soal selidik dilakukan sendiri pengkaji. Pemunggutan dijalankan dalam waktu pengajian bagi subjek Pengajian Am. Sebelum memulakan sesi menjawab, pengkaji menerangkan kepada responden tentang tujuan kajian ini dan meminta kerjasama mereka agar menjawab dengan sebaik mungkin. Responden diberi masa selama 60 minit bagi melengkapkan jawapan terhadap item-item soal selidik. . Responden juga diingatkan agar menjawab semua item tanpa mengaitkan soal selidik ini dengan ujian atau seumpamanya. Ini bagi mengelakkan responden teragak-agak atau ragu-ragu semasa menjawab soalan-soalan yang ditanya. Responden juga dimaklumkan agar berlaku jujur semasa menjawab tanpa melakukan peniruan. Mereka juga diingatkan bahawa segala jawapan yang diberi adalah rahsia dan hanya untuk tujuan penyelidikan sahaja.
3.6
TATACARA
PENGANALISISAN DATA
Soal
selidik yang diperolehi disusun mengikut kategori pengajar dan pelajar.
Pengkaji menyemak dan memilih soal selidik yang lengkap diisi dan tidak banyak
berlaku kerosakan. Pengkaji mengabaikan soal selidik yang tidak lengkap atau
berlaku banyak kerosakan seperti membulatkan semua jawapan-jawapan yang
disediakan. Bagi proses pemasukan data, pengkaji menggunakan perisian Pakej
Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS 7.5). Dengan menggunakan perisian SPSS ini,
pengkaji memasukkan semua data dan memberikan kod-kod serta label yang
bersesuaian. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
kemudahan pakej ini.
Kaedah
statistik yang digunakan dalam kajian ini bergantung kepada objektif kajian dan
paras skala pembolehubah yang digunakan. Statistik deskriptif digunakan untuk
menganalisis data yang berkaitan dengan latar belakang responden yang
dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai.
Statistik deskriptif juga digunakan bagi menyusun, merumus dan menerangkan
tahap pengetahuan tentang komputer, pengetahuan tentang penggunaan komputer,
kepentingan penggunaan komputer, kemahiran menggunakan komputer, sikap terhadap
penggunaan komputer, motivasi terhadap penggunaan komputer, tahap penggunaan
komputer, prasarana dan kemudahan komputer dan keperluan kursus serta penyelenggaraan. Penganalisisan data juga
dibuat berpandukan kepada hipotesis-hipotesis yang telah dibina dalam bab satu.
Pada asasnya hipotesis yang dibina itu merupakan penyataan-penyataan tentang
perbezaan dan hubungan antara beberapa pembolehubah.
Statistik inferensi digunakan untuk
menganalisis soalan-soalan kajian. Bagi
tujuan ini, analisis korelasi telah digunakan dimana aras signifikan ialah
0.05. Analisis korelasi digunakan untuk mengkaji perhubungan antara dua
pembolehubah (Alias Baba 1997). Pekali
korelasi Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan
antara pengetahuan tentang komputer, pengetahuan tentang penggunaan komputer,
kepentingan penggunaan komputer, kemahiran menggunakan komputer, sikap terhadap
penggunaan komputer, motivasi terhadap penggunaan komputer, tahap penggunaan
komputer, prasarana dan kemudahan komputer dan keperluan kursus serta penyelenggaraan dengan beberapa pembolehubah bebas
bagi pengajar dan pelajar. Pekali korelasi digunakan untuk menentukan keteguhan
atau kekuatan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah dengan menggunakan
indeks keteguhan (Mohd Majid 1990).
Sejauh mana hubungan antara
pembolehubah boleh diukur melalui pekali korelasi yang mengandungi dua elemen
iaitu tanda dan nilai pekali. Tanda positif menunjukkan hubungan terus antara
dua pembolehubah. Manakala tanda negatif pula menunjukkkan hubungan songsang
antara pembolehubah. Nilai-nilai pekali korelasi pula mengandungi nilai-nilai
antara -1 hingga 1. Nilai pekali 1 atau menghampiri 1menunjukkan hubungan yang
kuat antara dua pembolehubah, manakala nilai pekali 0 atau mendekati 0
menunjukkan tiada hubungan atau hubungan yang lemah (Mohd Majid 1993). Pengkelasan tafsiran korelasi
ditunjukkan dalam jadual 3.2.
JADUAL 3.2
Pengkelasan Tafsiran Pekali Korelasi Mengikut Miller (1991)
![]()
Nilai Kekuatan
0.00 - 0.20 Sedikit atau tiada
hubungan
0.20 - 0.40 Hubungan
lemah
0.40 - 0.60 Hubungan
yang sederhana
0.60 - 0.80 Hubungan
yang kuat
0.80 - 1.00 Hubungan
yang sangat kuat
Dalam kajian ini, pengkaji juga menggunakan ujian khi kuasa dua. Ujian khi kuasa dua ialah untuk data yang berbentuk nominal, iaitu data yang hanya dalam jenis kategori. Data jenis ini bersifat kualitatif di mana subjek-subjek diatur mengikut kategori, contohnya jumlah pelajar mengikut jantina atau negeri asal mereka (Alias Baba 1997). Khi kuasa dua ialah ukuran perbezaan antara frekuensi yang didapati dengan frekuensi yang dijangkakan. Lebih besar nilai perbezaan antara dua nilai, maka lebih besar nilai khi kuasa dua. Dalam kajian ini, pengkaji melihat kepada perbandingan nilai khi kuasa dua yang dikira dengan khi kuasa dua yang kritikal pada paras 0.05 dan darjah kebebasan tertentu. Untuk menentukan samada hipotesis nol kajian diterima atau ditolak, pengkaji membandingkan nilai khi kuasa dua. Jika nilai khi kuasa dua yang dikira adalah lebih kecil dari nilai kritikal dan nilai khi kuasa dua yang dikira jatuh dalam penerimaan hipotesis nol.
3.7 RUMUSAN
Bab ini
menjelaskan tentang reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini. Kajian
ini adalah kajian tinjauan yang dijalankan di sebuah IPTS teknikal bagi
mengenalpasti hubungan di antara beberapa pembolehubah bebas dengan pengetahuan
tentang komputer, pengetahuan tentang penggunaan komputer, kepentingan
penggunaan komputer, kemahiran menggunakan komputer, sikap terhadap penggunaan
komputer, motivasi terhadap penggunaan komputer, tahap penggunaan komputer, prasarana
dan kemudahan komputer dan keperluan kursus serta penyelenggaraan. Kajian ini dibuat ke atas 60
pengajar dan 200 pelajar semester 2 dan 4. Soal selidik terdiri dari sembilan
dimensi dan bagi setiap dimensi terdapat 10 item. Data yang dikumpul kemudiannya
dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis korelasi digunakan bagi melihat
hubungan antara beberapa pembolehubah bersandar dan bebas. Pekali korelasi
Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan antara pengetahuan tentang
komputer, pengetahuan tentang penggunaan komputer, kepentingan penggunaan
komputer, kemahiran menggunakan komputer, sikap terhadap penggunaan komputer,
motivasi terhadap penggunaan komputer, tahap penggunaan komputer, prasarana dan
kemudahan komputer dan keperluan kursus serta penyelenggaraan dengan beberapa pembolehubah
bebas bagi pengajar dan pelajar.