BAB II
TINJAUAN
LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini
terdiri daripada tiga bahagian, iaitu
literatur berkaitan, kajian berkaitan dan kesimpulan. Bahagian literatur
berkaitan meliputi konsep, teori dan model. Bahagian kajian berkaitan pula membincangkan
beberapa kajian yang berkaitan yang dilakukan samada dalam negara atau kajian
luar negara. Bahagian kesimpulan pula merumuskan kandungan bab yang meliputi
teori dan dapatan kajian lepas.
2.2
Literatur Berkaitan
Bahagian literatur berkaitan meliputi konsep, teori dan model. Di bawah bahagian ini, pengkaji menjelaskan tentang objektif pendidikan teknikal, komputer sebagai alat bantu mengajar, pengertian sikap dan beberapa teori mengenainya serta pengertian motivasi dan beberapa teori mengenainya.
2.2.1
Objektif
Pendidikan Teknikal
Evens
(1971) mengatakan bahawa terdapat tiga objektif asas didalam mana-mana
kurikulum pendidikan teknikal iaitu (a) memenuhi keperluan tenaga manusia di
dalam sesebuah masyarakat, (b) menambah peluang bagi setiap pelajar dalam
kerjaya, dan (c) menyediakan faktor motivasi dalam memudahkan semua jenis
pembelajaran. Menurut Bahagian Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan
(a)
Meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar teknik
dan vokasional dalam kurikulum dan ko-kurikulum kepada tahap yang seimbang dan
cemerlang.
(b)
Melahirkan pelajar teknik dan vokasional yang aktif;
mempunyai sikap positif terhadap pendidikan am dan teknik dan vokasional;
supaya keseluruhan masyarakat teknik dan vokasional dan kesemua institusinya
diberi pengiktirafan yang wajar.
(c)
Meningkatkan imej dan prestasi institusi teknik dan
vokasional dengan melahirkan pelajar yang berdisiplin, bermoral tinggi dengan
nilai-nilai keagamaan dan rohani.
(d)
Membantu memenuhi keperluan negara dengan mengeluarkan
tenaga pekerja yang mahir dan bebas dengan mempunyai etika dan sikap kerja yang
baik.
(e)
Menepati aspirasi dan ekspektasi rakyat, masyarakat
dan negara ke arah mewujudkan generasi yang produktif dan bersatu.
2.2.2
Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teknikal
Menurut
Norhashim et al. (1996) pengajaran dan
pembelajaran bantuan komputer merupakan pembahagian bahan pembelajaran dalam
unit-unit kecil supaya mudah dipelajari. Unit kecil ini dipersembahkan semula
dengan
Pengajar di bidang pendidikan
teknikal hari ini menghadapi cabaran dalam penggunaan dan pengintegrasian
komputer atau teknologi seumpamanya dalam pengajaran. Bork (Linda 1999) mengatakan penggunaan komputer dalam pendidikan
adalah satu teknologi yang dinamik dan akan menjadi sistem penyampaian yang
dominan dalam 25 tahun akan datang. Kulik dan Kulik (Linda 1999) mengatakan komputer dilihat mempunyai
potensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian 2 meta-analisis yang
dijalankan bagi mengkaji pengajaran berasaskan komputer menunjukkan peningkatan
dalam pemarkahan, memendekkan masa mengajar dan meningkatkan minat dan sikap
pelajar terhadap penggunaan komputer di sekolah teknikal.
Linda (1999) mendapati pemprosesan
perkataan adalah perisian yang kerap digunakan di sekolah vokasional dan
teknik. Sumber-sumber lain yang digunakan mengikut kekerapan ialah perisian
grafik, perisian integrasi, hamparan elektronik, mel elektronik, pangkalan
data, perisian spesifik bagi sesuatu bidang pelajaran, perisian presentasi dan deskstop publishing. Kajian beliau juga
menunjukkan pengajar kurang menggunakan internet, simulasi, tutorial, latih
tubi, CD-ROM dan papan buletin dalam pengajaran dan pembelajaran teknikal.
Birkenholz dan Steward (Linda 1999) mengatakan ketiadaan kemahiran dalam
penggunaan komputer adalah penghalang utama dalam pengintegrasian komputer atau
alatan seumpamanya dalam pendidikan teknikal. Fletcher dan Deeds (Linda 1999) megatakan kerisauan terhadap
penggunaan komputer akan berkurangan dengan peningkatan kemahiran dalam bidang
pengkomputeran. Mereka juga menyarankan agar kursus pengkomputeran
diintegrasikan dalam program pendidikan teknik dan vokasional, juga semasa
latihan bagi pengajar di peringkat menengah bagi mengurangkan kerisauan dan
menambahakan pengetahuan dan keyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam
pendidikan teknikal.
Kesedaran tentang kepentingan inovasi
teknologi maklumat adalah berkait rapat dengan sikap bakal guru terhadap
komputer. Sikap terhadap komputer adalah komponen dalam objektif program
literasi kompoter (Roslina 1999).
Martin dan Lundstorn (Linda 1999) mengatakan sikap terhadap penggunaan komputer
berubah dengan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara amali (hand-on). Hoffman (Roslina 1999) mengatakan penggunaan komputer dalam
pendidikan sudah lama bertapak di Amerika Syarikat iaitu lebih dua puluh tahun
tetapi latihan-latihan berbentuk bengkel yang diberikan kepada guru-guru tidak
akan menjamin penggunaan komputer di kalangan guru sekolah.
Pejabat
Penilaian Teknologi (Office of Technology Assessment (OTA)
1995)
menganggarkan
bagi seluruh sekolah di Amerika Syarikat, nisbah pemilikan komputer adalah satu
komputer bagi sembilan orang pelajar. Jumalah keseluruhan komputer adalah
sebanyak 5.8 juta. Menurut OTA lagi, penggunaan komputer adalah lebih kepada
pemprosesan perkataan bagi peringkat rendah dan penggunaan perisian bagi
peringkat menengah dan tinggi. Melihat kepada peranan yang mampu dimainkan oleh
komputer, maka penggunaan komputer dalam pendidikan teknik perlu dikembangkan
dan dijadikan satu kemestian dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.2.3
Komputer
Sebagai Alat Bantu Mengajar
Pelbagai kaedah pengajaran telah diuji dan diamalkan dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah. Ada guru yang hanya menggunakan satu atau dua kaedah pengajaran dengan alasan kaedah berkenaan sesuai dengan isi pengajaran. Terdapat pula guru-guru yang mempelbagaikan kaedah pengajaran, yang disesuaikan dengan objektif-objektif pengajaran, latar belakang pelajar, bahan-bahan pengajaran sedia ada dan persekitaran yang ingin diwujudkan (Rashidi & Abdul Razak 1996). Namun, penggunaan komputer dalam PPBK mampu menyediakan pelbagai kaedah pengajaran seperti tutorial, latih tubi, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah (Zoraini 1992).
Penggunaan komputer dalam pendidikan
semakin berkembang dan guru yang memiliki pengetahuan komputer mempunyai satu
kelebihan. Keupayaan komputer sebagai alat bantu mengajar secara interaktif
memberikannya suatu keistimewaan, berbanding peralatan tradisi yang lain. Bagi
sekolah, memiliki komputer peribadi yang dihubungkan dengan internet sudah memadai. Menurut Ali Mamat (1997),
penggunaan komputer di sekolah boleh dilihat dari dua segi, iaitu (a)
penggunaan komputer dalam pentadbiran dan (b) penggunaan komputer sebagai alat
bantu mengajar. Teknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang
anjal, berkeupayaan tinggi dan sangat berkesan.
Perkembangan dalam pelbagai sektor teknologi maklumat kebelakangan ini
juga menyumbang kepada penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.
McFarlene (1997), menyatakan bahawa penggunaan komputer amat berkesan dalam mencari, menyusun dan mempamerkan maklumat dalam pelbagai bentuk. Bentuk teks, nombor, gambar, suara, animasi dan kini video boleh disimpan dan dimanipulasi melalui komputer. Keupayaan dan kecekapan ini menjadikan komputer sebagai penyimpan maklumat yang hebat. Apabila membincangkan penggunaan komputer dalam pendidikan, maka ianya pasti melibatkan apa yang dipanggil multimedia. Para pendidik dan pelajar tidak dapat memencilkan diri daripada teknologi multimedia.
Dywer et al. (1989) berpendapat
bahawa penggunaan multimedia dapat membantu pembelajaran merentasi kurikulum.
Ianya juga dapat membantu pembelajaran secara berkumpulan (cooperative learning). Pendapat
ini turut disokong Jonassen (1996) yang mengatakan penggunaan multimedia bukan
sahaja dapat menarik dan memotivasikan pelajar, tetapi penggunaan multimedia
boleh melahirkan pelajar yang kreatif dalam penyediaan bahan pembelajaran.
Komputer dengan teknologi multimedia boleh digunakan untuk meningkat mutu
pendidikan, suasana kerja dan menyokong misi sekolah. Marsh (1993) mengatakan
bahawa antara perubahan yang ketara dalam penggunaan komputer ialah :
(a)
Perubahan dari pengajaran untuk sebuah kelas kepada
unit yang lebih kecil.
(b)
Perubahan dari memberi syarahan kepada melatih (coaching).
(c)
Lebih masa digunakan untuk sesuatu tugasan.
(d)
Penilaian kepada
hasil persembahan (performance)
dari tujuan penilaian.
(e)
Peningkatan pembelajaran secara kumpulan (cooperative learning)
Shane
(1997) menegaskan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah berkesan dapat dilaksanakan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a)
Mengembangkan dalam diri pelajar sikap ingin tahu atau
proses pertanyaan melalui pangkalan data,
(b)
Membenarkan para pendidik merancang aktiviti
disebabkan oleh perbezaan individu melalui penggunaan perisian yang pelbagai.
(c)
Melunjurkan peluang pembelajaran melalui jaringan
komputer,
(d)
Memberi para pendidik suatu alat untuk memantau
pencapaian akademik individu,
(e)
Mencabar pelajar pintar-cerdas dengan pelbagai jenis
dan kuantiti elektronik bermaklumat yang berbeza dari pengajaran tradisional,
(f)
Membantu pelajar lemah dengan pengalaman kendiri
bersesuaian dengan tahap mereka bagi mengelakkan dari sebarang tekanan atau
kekecewaan yang mungkin dialami di dalam kelas biasa.
Menurut
Kenning (1990), guru tetap menjadi elemen penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun begitu, beliau menyatakan terdapat beberapa kebaikan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seperti :
(a)
Komputer boleh memberikan maklum balas dengan cepat,
(b)
Komputer boleh menyesuaikan pembelajaran mengikut
keperluan individu,
(c)
Komputer boleh digunakan oleh pelajar apabila
difikirkan sesuai ,
(d)
Pembelajaran melalui komputer dirancang secara
berperingkat daripada asas
kepada peringkat yang lebih susah.
(e)
Keputusan ujian setiap pelajar boleh disimpan di dalam
komputer.
2.2.4 Sikap![]()
Abdullah dan Ainon (1997) mendefinisikan sikap sebagai apa yang kita sukai dan yang kita tidak sukai. Sikap menggambarkan kesediaan kita untuk melakukan sesuatu. Sikap juga merupakan gambaran kepercayaan seseorang berkenaan sesuatu perkara. Menurut mereka lagi, sikap mempunyai tiga dimensi, iaitu dimensi kognitif, dimensi afektif dan dimensi perilaku. Menurut Mohd Makzan (1997) pula, sikap dapat didefinisikan sebagai penilaian umum yang kekal, yang dibuat individu terhadap diri sendiri, individu lain, objek atau isu. Kekal disini bermaksud sikap cenderung untuk berterusan merintangi faktor masa.
Sikap juga adalah representasi
mental yang tidak berubah terhadap dunia sosial atau fizikal. Ia diperoleh
melalui pengalaman dan begitu mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Ini bermaksud
sikap adalah representasi dalaman yang mengandungi reaksi afektif dan pelbagai
bentuk aspek kognitif seperti pemikiran, kepercayaan, dan penilaian terhadap
sesuatu objek. Definisi ini menunjukkan sikap adalah komponen yang penting
terhadap tingkahlaku sosial dan pemikiran manusia. Malah Allport dan Bringham (Abdullah &
Ainon 1997) berpendapat sikap adalah
konsep yang terpenting sekali dalam disiplin psikologi sosial.
Rata-rata semua pakar psikologi
sosial mengatakan bahawa terdapat tiga komponen utama dalam sikap: kognitif,
afektif dan tingkahlaku, yang dapat dijelaskan seperti berikut:
(a) Komponen kognitif merujuk kepada pemikiran, kepercayaan, idea, fakta, pengetahuan terhadap sesuatu.
(b)
Komponen afektif pula melibatkan keadaan emosi positif
atau negatif terhadap sesuatu. Ia meliputi unsur-unsur menghormati, menyukai
atau bersimpati yang merupakan perasaan emosi positif. Manakala perasaan emosi negatif pula
melibatkan menghina, takut dan reaksi yang berubah-ubah.
(c)
Komponen tingkahlaku memerihalkan kepada niat untuk
bertindak dalam cara.
yang
tertentu, agar tingkahlaku selari dengan sikap.
Terdapat
beberapa teori yang menerangkan tentang
sikap yang dijelaskan beberapa
ahli psikologi yang terkenal. Dalam psikologi sosial, sikap diletakkan
sebagai elemen yang utama yang mempengaruhi
tingkahlaku manusia terhadap individu, isu atau persekitarannya. Berikut
dijelaskan teori sikap Hovland,
McClelland, Ajzen dan Fisben dan Festinger.
(a) Teori Hovland (1959)
Teori Hovland adalah satu teori dorongan sikap yang mengatakan tingkahlaku manusia dipengaruhi beberapa faktor. Antara faktor yang paling besar ialah sikap. Segala perbuatan dan tingkahlaku kita ditentukan oleh sikap kita. Ini bermakna, untuk mengubah tingkahlaku, kita mesti mengubah sikap kita terlebih dahulu. Carl Hovland, yang merupakan seorang pakar psikologi di Universiti Yale, menyatakan terdapat lima faktor yang menentukan samada kita mahu menukar sikap kita atau tidak iaitu mendengar, memahami, menerima, mengingat dan melakukan. Rajah di sebelah menerangkan proses perubahan sikap Hovland .
Dalaman Kesan Saluran Komunikasi Pembolehubah Bebas
Proses Perantaraan
![]()
![]()
![]()
![]()
Rajah 1.1 Proses Perubahan Sikap Menurut Hovland
(b) Teori McClelland (1961)
Prof.
McClelland merupakan seorang ahli psikologi terkenal yang memperkenalkan
sejenis personaliti yang mempunyai ciri-ciri “kehendak untuk berjaya” (need for achievement). Beliau mencipta
kaedah untuk mengukur setinggi mana kehendak seseorang itu untuk berjaya. Teori
McClelland digunakan secara meluas oleh ahli-ahli psikologi lain untuk mengkaji
ciri-ciri personaliti pejaya, iaitu individu yang sangat berkehendak kepada
kejayaan. Orang yang bercita-cita tinggi
dan orang yang sudah memiliki kejayaan adalah orang yang berpesonaliti pejaya.
(c) Teori Ajzen dan Fishben (1980)
Ajzen dan Fishben (Mohd Makzan 1997) telah mengemukakan Teori Perancangan Tingkahlaku dalam usaha untuk memahami dan meramal hubungan antara sikap dengan tingkahlaku. Teori ini memerihalkan hubungan antara kepercayaan, sikap dan tingkahlaku. Kepercayaan didapati dipengaruhi oleh : (a) sikap terhadap sesuatu tingkahlaku, (b) norma subjektif dan (c) mengawal tingkahlaku yang ditanggapi. Ketiga-tiga komponen ini mempengaruhi niat untuk bertingkahlaku. Seterusnya norma subjektif pula melibatkan (a) kepercayaan tingkahlaku – apakah yang menentukan piawai, iaitu tingkahlaku yang diharapkan oleh orang lain dan (b) motivasi untuk menuruti tingkahlaku tingkahlaku yang diharapkan.
Kelman
(Bringham 1991) menggariskan terdapat
tiga proses asas yang terlibat dalam perubahan sikap, iaitu (a) kepatuhan, (b)
identifikasi dan (c) pembatinan. Dalam banyak perubahan sikap, proses
pembatinan merupakan kaedah yang dapat mengubah tingkahlaku.
(d) Teori Festinger (1957)
Teori Perubahan Sikap dipelopori oleh Leon Festinger (Bringham 1991) yang mana andaian asas teori ini ialah ketidakcocokan kognitif wujud apabila individu mempunyai pemikiran yang bertentangan antara satu sama lain. Pemikiran ini meliputi sikap, kepercayaan dan tingkahlaku yang disedari. Mengikut Festinger, dua elemen menyebabkan ketidakselesaan psikologikal akan menggerakkan individu untuk mengubah tingkahlaku atau sikapnya dalam usaha untuk mencapai keselesaan psikologikal. Teori ini dikatakan bersifat fleksible, popular dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
2.2.5
Motivasi
Crooks dan
Stein (Mahmood Nazar 1990)
mendefinisikan motivasi sebagai sebarang keadaan yang mendorong dan mengarah
sesuatu tingkahlaku. Ia merangkumi aspek fisiologi dan aspek kognitif
(pemikiran) manakala menurut Hamachek (1990) pula, motivasi bermaksud kemahuan
seseorang untuk melakukan sesuatu dan ia berkait rapat dengan tujuan atau motif
yang berfungsi untuk memberi tenaga atau kekuatan, mengarah dan menjurus jenis
tingkahlaku yang bersesuaian dalam mencapai tujuan atau motif tersebut.
Seterusnya menurut Sprinthall (1987)
pula, motivasi merujuk kepada suatu istilah psikologi yang menerangkan
bagaimana tingkahlaku kita didorong oleh kemahuan dan kehendak untuk mencapai
matlamat hidup. Beck (Mahmood Nazar 1990) pula menyatakan motivasi adalah satu istilah yang menerangkan
tentang beberapa variasi pada tingkahlaku manusia terhadap manusia lain. Ia juga bermakna angkubah-angkubah yang
digunakan untuk menerangkan tentang faktor-faktor dalaman organisma yang
membangkit dan mengarahkan tingkahlakunya ke arah sesuatu matlamat.
Berikut dijelaskan beberapa teori motivasi yang menerangkan mekanisma dan dinamik yang wujud di sebalik sesuatu tingkahlaku.
(a) Teori Baron (1987)
Baron
(Mahmood Nazar 1990) menerangkan
"Teori Pengurangan Dorongan" dimana beliau menyatakan manusia mempunyai motivasi untuk mengurangkan
dorongan yang dialaminya. Dengan cara mengurangkan dorongan, bermakna kehendak
dapat dipenuhi. Ini lazimnya akan ditentukan oleh tingkahlaku yang dipaparkan
oleh organisma berkenaan. Teori ini sebenarnya merupakan satu daripada
penerangan awal yang cuba menghuraikan tentang motivasi manusia berasaskan
prinsip-prinsip kehendak biologikal. Kehendak-kehendak ini menyebabkan dorongan
dibentuk bagi mendapatkan sesuatu yang diperlukan oleh organisma tersebut.
(b) Teori Atkinson dan Beck (1989)
Teori insentif ini berbeza daripada teori pengurangan dorongan di mana teori ini menekankan kepentingan ransangan luaran dalam memotivasikan sesuatu tingkahlaku individu. Atkinson dan Beck (Mahmood Nazar 1990) menyatakan walaupun seseorang itu telah memenuhi keperluan makanannya dan dorongan untuk mendapatkan makanan berada pada tahap yang paling bawah, namun kewujudan sesuatu makanan yang enak dan sedap masih boleh merangsang individu tersebut untuk makan. Aspek insentif juga telah dikaitkan dengan beberapa teori lain. Aspek insentif juga telah dikaitkan dengan beberapa teori lain.

Rajah 2.2 Teori Pengurangan Dorongan
Beck (Mahmood Nazar 1990) umpamanya, melihat insentif sebagai satu bentuk pembelajaran bentuk perkaitan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mengaitkan insentif' dengan sesuatu yang digemarinya seperti rupa bentuk kek berkrim dengan rasa keenakan makanan secara berulang kali, maka ia akan pelajari melalui kaedah perlaziman klasik yang rupa bentuk kek mempunyai kelazatan makanan dan ia mesti merasanya walaupun sudah kenyang. Teori Pengurangan Dorongan diterangkan seperti gambar rajah di atas.
(c) Teori McClelland (1965)
Teori McClelland atau dikenali juga Teori Penjangkaan motivasi menerangkan cara manusia menjangkakan tentang apa yang akan berlaku sekiranya sesuatu tingkahlaku itu dilaksanakan. Satu daripada pendekatan teori penjangkaan ialah motivasi pencapaian yang disarankan McClelland (Mahmood Nazar 1990). Manusia sentiasa bermotivasi untuk melakukan sesuatu jika ia diharapkan berkebolehan untuk mencapai kejayaan. Beck
(Mahmood Nazar 1990) mencatatkan bahawa jikalau manusia dilihat sebagai insan yang rasional, maka ia sering akan dimotivasikan melalui nilai-nilai penjangkaan. Sebagai contoh, seorang bekerja yang telah menjangka kebarangkalian dapat naik pangkat melalui usaha gigih dan produktif, maka ia akan mempunyai motivasi untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.
(d) Teori Beck (1983)
Dalam bab
pembelajaran, kebanyakan tingkahlaku manusia boleh dibentuk dengan cara
menggunakan skema-skema peneguhan, samada peneguhan positif atau negatif.
Peneguhan ini pula boleh dilakukan secara berterusan atau secara berjadual,
iaitu berkala. Teori Beck ini dikenali juga sebagai Teori Peneguhan. Beck
(Mahmood Nazar 1990) menyatakan
motivasi juga harus melibatkan faktor peneguhan, terutama sekali pemberian
ganjaran sebaik sahaja selepas sesuatu yang baik serta produktif dilaksanakan.
Ganjaran ini akan dilihat sebagai satu bentuk insentif bagi melaksanakan
sesuatu tingkahlaku itu. Bila seseorang melakukan kerja dengan jujur dan
sempurna dan mendapat ganjaran selepasnya, maka lazimnya ia akan melakukan lagi
bagi mendapatkan ganjaran tersebut.
(e) Teori Motivasi Intrinsik
Teori ini mengatakan bahawa ganjaran kepada sesuatu tingkahlaku diperolehi daripada hanya kepuasan hati hasil perlaksanaan sesuatu tugas itu. Ini berbeza dengan ganjaran ekstrinsik dalam teori peneguhan yang mana ganjaran itu diberi oleh orang lain. Hal ini juga berbeza dengan motif yang disarankan oleh Freud yang mengasaskan konsep alam sedar dan alam tidak sedar. Pada amnya, Freud amat pentingkan kuasa-kuasa motivasi dalaman yang wujud dalam setiap diri manusia atau haiwan. Menurut Sprinthall (1987), motivasi intrinsik merujuk kepada peneguhan internal yang dapat memenuhi keperluan dan tidak bergantung kepada matlamat luaran. Dalam pembelajaran, motivasi intrinsik berperanan untuk mengekalkan tingkahlaku sementara motivasi luaran pula berperanan sebagai pendorong utama dalam menghasilkan sesuatu tingkahlaku.
2.3 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
BIDANG PENDIDIKAN
Terdapat
banyak kajian-kajian lepas yang menerangkan tentang kepentingan penggunaan
komputer dalam meningkatkan minat, sikap dan motivasi pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran. Gagne dan Briggs (Munir
1997) menerangkan penggunaan pelbagai jenis komponen dalam persekitaran
pendidikan (media pembelajaran) dapat merangsang seseorang untuk belajar.
Menurut Dale (Munir 1997) pula, media
pembelajaran diklasifikasi berdasarkan tingkat kesukarannya, iaitu daripada
tahap yang nyata kepada tahap yang abstrak. Menurut beliau lagi, klasifikasi
media membantu pengajar untuk menentukan media yang sesuai dengan mata
pelajaran dan situasi yang diinginkan. Beliau mengelarkan klasifikasi ini
sebagai “pengalaman berbentuk piramid” (cone
of experience).
Menurut Halimah (1996), pengabungan
antara beberapa media bermakna pelajar lebih berpeluang menggunakan deria yang
disenanginya untuk menerima pengetahuan. Ini dijelaskan dalam teorinya
"modaliti terpilih” (preferred
modality). Vockell dan Schwartz (Munir
1997) menyatakan bahawa penggunaan komputer multimedia di sekolah dapat
meningkatkan masa pembelajaran akademik dengan dua cara, iaitu membenarkan
pelajar memperolehi maklumat tertentu dan melatih kemahiran semasa melakukan
praktikal dan kedua memperkayakan kurikulum di mana komputer dapat mengelakkan
daripada kebosanan pengajaran secara tradisional.
Menurut Jonassen (1996), antara
kebaikan penggunaan multimedia dan hypermedia sebagai alat berfikir ialah
pelajar akan lebih menggunakan pemikiran dalam perkembangan bahan dari
mempelajari bahan. Multimedia membolehkan persembahan yang konkrit tentang idea
yang abstrak dan membolehkan persembahan pelbagai idea. Dalam pembinaan
persembahan perisian multimedia boleh merangsang perkembangan teori kritikal
pengetahuan dan penyelesaian masalah.
Pakar-pakar pendidikan sering
menganjurkan bahawa dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran,
sebaiknya guru menggunakan media yang lengkap, sesuai dengan keperluan dan
menyentuh pelbagai deria. Menurut Mohd. Sarip dan Abdullah (1998), lazimnya
maklumat yang diperolehi akan kekal sebanyak 20 % daripada apa yang dilihat, 30
% daripada apa yang didengar, 50 % daripada apa yang dilihat dan didengar dan
80 % daripada apa yang dilihat, didengar dan dilaksanakan. Pembelajaran
menggunakan komputer dapat memenuhi keperluan ini kerana komputer mampu
mengabungkan kesemua unsur yang membabitkan penglihatan, pendengaran dan
perlaksanaan.
Menurut Fleming dan Levie
(Wilkinson 1980), pembelajaran yang
menggunakan hanya satu media, rangsangan yang diperlukan untuk belajar adalah
sangat terbatas. Maka penggunaan multimedia adalah satu alternatif pilihan yang
baik untuk pengajaran dan pembelajaran. Wang dan Sleeman (1994) pula menyatakan
pembelajaran yang menggunakan komputer, yang mengabungkan unsur-unsur
multimedia, dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pelajar
berbanding menggunakan kaedah tradisional.
Jamaluddin dan Abd. Rashid (1998)
juga menyokong pendapat ini dengan mengatakan penggunaan multimedia yang
bersifat interaktif akan menyemarakkan lagi penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya Jonassen (1996) menambah,
pelajar-pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai
motivasi yang tinggi.
Abd. Kahar (1997), yang menjalankan
satu penyelidikan ke atas pensyarah pendidikan Islam ke arah perlaksanaan CAI
di maktab, mendapati kemahiran mereka adalah ditahap 1.63 yang menunjukkan
mereka kurang bersedia melaksanakan pengajaran berbantukan komputer. Sikap
mereka pula di tahap 2.40 yang menunjukkan mereka mempunyai sikap yang
sederhana terhadap perlaksanaan CAI. Beliau juga mendapati kemudahan prasarana adalah cukup
bagi mengalakkan penggunaan komputer di kalangan pensyarah cuma pensyarah harus
meningkatkan kemahiran dan mengubah sikap mereka ke arah yang lebih positif
terhadap penggunaan komputer.
Ismail Jaafar (1997) menjalankan
ujian ke atas 262 pelajar di empat buah sekolah di Johor. Beliau mendapati PPBK
dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam matematik dan pencapaian matematik,
walaupun mereka terdiri daripada kumpulan kurang cergas dan berbeza jantina.
Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan pembelajaran berbantukan
komputer dalam meningkatkan kreativiti matematik. Dapatan kajian tersebut
menguatkan lagi hujah yang mengatakan kemampuan komputer bagi meningkatkan
dimensi kognitif pelajar, terutama bagi mereka yang sukar untuk memahami
perkara yang abstrak dan komplek.
Jamaluddin
et al. (1999) yang menjalankan kajian ke atas 165 orang guru daripada 20 buah
sekolah di negeri Selangor, Melaka dan Johor terhadap kesediaan guru-guru
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dalam menggunakan komputer
untuk pengajaran dan pembelajaran mendapati, hanya sebilangan kecil guru yang
pernah menggunakan komputer untuk
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan mereka juga menunjukkan guru-guru
berminat menggunakan komputer dan mempercayai komputer sesuai digunakan sebagai
alat bantu mengajar. Penggunaannya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran,
selain menjimatkan masa pengajaran. Walaupun guru-guru tersebut mempunyai minat
terhadap penggunaan komputer, tetapi mereka kurang pengetahuan dan kemahiran
tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ng (Munir 1997) mendapati persembahan maklumat (nota
kuliah) dengan menggunakan laman sesawang telah menambah minat pelajar untuk pergi
kuliah kerana sifat maklumatnya yang banyak. Sharifuddin dan Kasiran Buang
(1994) telah menjalankan kajian ke atas 30 pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah
Menengah Skudai, Johor. Mereka mendapati simulasi komputer dapat memberi kesan
terhadap pengajaran dan pembelajaran di mana bilangan pelajar yang menjawab
soalan dengan betul, meningkat dalam ujian pos berbanding ujian pra.
Richards dan Ridley (1997) pula
mengkaji keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan komputer (PBK)
terhadap 48 orang pelajar. Hasil kajiannya menunjukkan 39 orang pelajar yang
menggunakan komputer memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding pelajar
yang menggunakan kaedah tradisional. Menurut kajian Mathis et. al. (Munir 1997) pula, pelajar di institusi pengajian
tinggi memiliki sikap yang positif terhadap PBK, apabila pelajar tidak
mengalami kesukaran literasi komputer. Bagaimanapun, mereka yang mengalami
kesukaran masih menganggap bahawa PBK adalah lebih baik diikuti daripada tidak
sama sekali.
Kajian Riley (1990) dengan
menggunakan program STELLA, PUDDLE dan hiperkad dalam tahun 1985 dengan
melakukan simulasi tentang pergerakan air di bawah tanah dalam subjek hidrologi
mendapati pelajar menunjukkan kesan positif terhadap penggunaan program
tersebut. Penggunaan program tersebut juga membolehkan pelajar-pelajar memahami
konsep-konsep yang sukar difahami jika menggunakan kaedah tradisional.
Kajian Roslina (1999) ke atas 178
orang guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah, di Maktab
Perguruan Islam (MPI) Bangi terhadap pengetahuan, pemahaman dan sikap dalam
literasi komputer, mendapati tahap pengetahuan tentang komputer di kalangan
guru pelatih adalah sederhana, tahap pemahaman adalah sederhana tinggi dan
mempunyai sikap yang positif terhadap komputer. Dapatan kajian juga menjelaskan
hubungan positif antara pemahaman dan sikap terhadap penggunaan komputer di
kalangan guru pelatih.
Kajian yang dijalankan oleh
Jamaluddin dan Muhamad Hassan (1997) ke atas 137 orang pelajar teknologi
pendidikan terhadap penggunaan komputer, mendapati 66.4 % guru-guru pelatih
tahu dan selalu menggunakan komputer. Bagaimanapun penggunaan komputer tertumpu
kepada perisian pemprosesan perkataan (word
processing). Seramai 37.2 % daripada responden menggunakan komputer untuk
membuat dan membentuk bahan grafik. Seterusnya 64.3 % guru-guru pelatih tidak
mahir menggunakan komputer. Seramai 99.3 % guru-guru pelatih inginkan kursus
tentang penggunaan komputer. Kajian tersebut juga mendapati kemudahan komputer
di tempat mereka adalah mencukupi.
Kajian Rohaty et al. (1990 )
terhadap 300 orang pensyarah dari 10 jabatan di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) mendapati majoriti pensyarah tidak menggunakan mikrokomputer dalam
pengajaran mereka. Penggunaan komputer adalah lebih kepada pemprosesan
perkataan, analisis data, simpanan rekod dan menaip nota kuliah. Pensyarah juga
menyatakan keperluan mereka memperoleh pengetahuan menggunakan komputer dalam
pengajaran serta latihan dalam membentuk perisian dan pengurusan pengajaran
bantuan komputer. Dapatan kajian juga menunjukkan keperluan pensyarah
didedahkan kepada penggunaan meluas mikrokomputer dan keperluan pihak
universiti menyediakan infrastruktur yang sewajarnya.
2.4 Kesimpulan
Daripada tinjauan literatur dan dapatan kajian lepas yang dijelaskan, maka dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan komputer merupakan satu kemestian dalam pendidikan masa kini. Kemampuan dan peranan yang boleh dimainkan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disangkal lagi. Walaupun kemampuan komputer dapat memudahkan kerja-kerja pendidik dan pelajar dalam proses pendidikan, tetapi mereka perlu mengubah sikap dan motivasi memajukan diri dalam pengetahuan dan kemahiran komputer. Selain itu, pihak sekolah atau universiti juga perlu menyediakan kemudahan prasarana atau infrastruktur yang secukupnya bagi mendorong penggunaan komputer di kalangan guru-guru dan pelajar. Sekolah atau universiti juga perlu merancang siri-siri kursus yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam pemkomputeran.