ABSTRAK

 

 

Kajian ini bertujuan untuk menentukan penggunaan komputer di kalangan tenaga pengajar dan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi teknikal. Kajian ini merupakan satu kajian korelasi deskriptif bagi menentukan tahap pengetahuan tentang komputer, pemahaman tentang penggunaan komputer, kepentingan penggunaan komputer, sikap, motivasi, keperluan kursus, latihan dan kemudahan prasarana dari persepsi pengajar dan pelajar. Kajian ini juga cuba menentukan hubungan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut umur, pengalaman kerja, pemilikan komputer dan status sosio-ekonomi. Kajian ini dijalankan ke atas 200 orang pelajar semester 2 dan 4 dan 60 orang pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi teknikal. Kajian ini menggunakan dua set soal selidik untuk memperolehi data kajian. Data yang diperolehi kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS 7.5). Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan: (i) Tahap pengetahuan, penggunaan komputer dan kepentingan komputer adalah tinggi di kalangan pengajar dan pelajar, (ii) Pengajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer sementara pelajar mempunyai kemahiran yang sederhana (iii) Pengajar dan pelajar mempunyai sikap dan motivasi yang positif terhadap penggunaan komputer, (iv) Pengajar dan pelajar menyatakan bahawa kemudahan prasarana dan komputer adalah di tahap sederhana mencukupi, (v) Pengajar dan pelajar menyatakan perlunya bagi mereka menghadiri kursus dan latihan dalam bidang komputer, (vi) Terdapat hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan umur, pemilikan komputer dan status sosio-ekonomi (SSE) di kalangan pengajar dan pelajar, (vii) Terdapat hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan pengetahuan tentang komputer, pemahaman tentang penggunaan komputer, kepentingan penggunaan konmputer, sikap, motivasi  dan kemudahan prasarana di kalangan pelajar, (viii) Terdapat hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan pengetahuan tentang komputer, kemahiran menggunakan komputer dan  motivasi di kalangan pengajar.

Hosted by www.Geocities.ws

1