
Kopi Radix mengandungi 5
(Lima Dalam Satu ) herba pilihan :
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang
berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid
seperti asid urid yang menyebabkan gout. Kopi Radix akan bertindak secara
diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid.
Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix
yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada
peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem
imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan
meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke
tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing
dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan
seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan
bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan
lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada
tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan
di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega-3 dan Spirulina.
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas
yang menyebabkan pelabagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah
keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi
Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi
yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah.
Bagi wanita yang menapouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium
untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak
sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik
menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan
bersama Omega-3.
Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM)
menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480%
hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada
anak betina dengan nisbah 3:1.