| KRU rai 10 tahun bersama KRUjaan Oleh:Hardi Effendi Yaakob |
| Penerbitan KRUjaan cukup bermakna bagi Norman Abdul Halim bersama dua adik lelakinya,Yusry dan Edry kerana simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-10 pembabitan KRU dalam industri muzik tanah air,bukan saja sebagai artis rakaman,tetapi juga penggubah lagu,penulis lirik serta penerbit album yang disegani. Norman turut menyatakan penerbitan album terbaru mereka itu jelas membuktikan KRU masih aktif.Sebab itulah,penerbitan KRUjaan begitu bermakna bagi kami bertiga.Lagipun,lama juga kami tifak menghasilkan album baru,lebih setahun lamanya.Ia juga simbolik betapa KRU yang diam-diam ubi. "Maklumlah,banyak yang bertanyakan ke mana kami menghilangkan diri selama ini dan bila mahu buat album baru.Jadi,inilah hasilnya. "Padahal,kami masih menyanyi.Cuma tidak begitu aktif sejak akhir-akhir ini sebab sibuk dengan urusan-urusan pejabat,"katanya. Terdahulu,Norman bersama Yusry dan Edry hadir pada sidang akhbar dan sesi pra-dengar KRUjaan di Live Room,Emporium-the Grand Cafe,Kuala Lumpur. Manakala Edry pula menyatakan,KRUjaan memuatkan 10 lagu,termasuk dua lagu Inggeris berjudul The Belly Dance dan I am. "Selain The Belly Dance dan I am,KRUjaan turut memuatkan lapan lagu Melayu seperti Impak Maksima,Mahaguru,Aku Benci,Penganggur Profesional,Ikhtiar,Sayang,Bintang Popular dan Ucapkanlah. "Secara peribadi,saya anggap lagu dalam album ini karya terbaik kami. KRUjaan sendiri adalam killer album,"katanya. Edry turut memberitahu,Ucapkanlah' akan turut dijadikan lagu tema bagi filem pertama lakonan Yusry dan Erra-arahan Ahmad Idham serta Kuasatek Pictures. Seperti kelazimannya,KRU masih meneruskan kesinambungan koleksi lagu rancak dan bertenaga menerusi album terbaru dengan memperkenalkan genre muzik hiptronik yang menggabungkan pelbagai rentak muzik moden termasuk hip hop ,pop,balada dance muzik dan sedikit sentuhan R&B. |