Sesungguhnya,KRU boleh berbangga dengan kemampuan mereka berbakat dalam segala aspek.Mereka bukan saja menyanyi dan menari tetapi juga mengubah lagu,mencipta lirik,merakam album,menerbitkan album dan menghasilkan videoklip.

"Orang kita cukup senang melabelkan seseorang itu artis.Artis adalah orang yang berkarya dan mempersembahkan karyanya bukan sekadar menyanyi atau berlakon,"jelas Yusry yang bakal muncul sebagai pelakon utama filem Mr Cinderella' tidak lama lagi.

Bukan sekadar Yusry yang terbabit dalam filem ini,Norman dan Edry turut menyumbang dalam gubahan beberapa lagu dalam filem itu dan menyokong penuh bakat Yusry dalam bidang lakonan.


Konsep imej

KRU memang terkenal dengan konsep yang diketengahkan untuk disesuaikan dengan lagu atau album mereka.Sejak album pertama lagi,mereka sentiasa memastikan penampilan mereka selari.

"Takkanlah kami nak kekalkan imej berbaju leather' seperti dulu.Perlu juga mengikut aliran masa.Kami juga perlu mengambil kira trend terkini dan sentiasa menampilkan pembaharuan.Sekurang-kurangnya,gaya kami boleh menawan peminat kerana ia juga salah satu aspek kreativiti,"kata Norman.


Bagi KRU,masih banyak perkara yang belum terlaksana.Perjuangan mereka masih jauh dan dunia muzik tidak pernah pudar dalam jiwa tiga anak muda ini.
Hosted by www.Geocities.ws

1