| Gosip..Melengkapkan kehidupan sebagai seorang artis.Individu yang memegang status artis memang tidak dapat lari dari pelbagai gosip!Khususnya kepada mereka yang masih hidup secara solo.Apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian..pantang nampak,pasti akan diselidik sedalam-dalamnya..dengan siapa dia keluar?Lelaki ke perempuan?Mereka tu ada apa-apa ke? Itulah pertanyaan yang sering diajukan oleh para peminat mahupun para wartawan terhadap warga artis glamor ini.Sebagai artis pula,mereka haruslah sentiasa berfikiran terbuka dan bijak menghadapi gosip yang melanda ..apa yang paling penting,jangan mudah melatah bila berhadapan dengan gosip kerana inilah rencah kehidupan sebagai seorang insan glamor.Inilah senario yang dialami oleh dua insan glamor,Norman KRU dan Rita Rudaini.Mereka dikatakan antara pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.Namun percintaan yang mereka bina dikatakan menggugat dan mengganggu cinta model jelita,Rita Rudaini dengan salah seorang pemuzik terkenal,Sham dari kumpulan Kamikaze.Mungkinkah ini hanya sekadar gosip yang dikatakan menjadi permainan dalam dunia hiburan? "Tanyalah tuan punya badan...."-Norman KRU Sebagai artis senior dan berpengalaman dalam industri seni hiburan ini,Norman sedikit pun tidak mudah melatah dengan gosip yang menimpa dirinya.Malah Norman lebih senang mendiamkan diri kerana tidak mahu gosip yang diperkatakan itu terus digembar-gemburkan oleh pihak tertentu. "Sebagai artis,gosip tu dah kira perkara biasa.Apa yang paling penting,seseorang artis itu haruslah bijak menangani gosip yang melanda dirinya dengan cara yang lebih professional,"tegas Norman. Berhubung dengan gosip ini,MH berkesempatan menanyakan kepada Norman mengenai gosipnya yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon dan model jelita,Rita Rudaini.Norman menjawab pertanyaan yang diajukan itu dengan tenang. "Saya dan Rita hanya kawan biasa sahaja.Sama seperti rakan-rakan artis yang lain,tidak lebih dari itu.Pertama kali saya bertemu dengan Rita adalah sewaktu kami menjalani sessi fotografi di mana kami telah digandingkan bersama dan dari situlah kami saling berkenalan.Tak salahkan kalau saya berkawan?"tegas Norman apabila menyentuh gosip percintaannya dengan pelakon dan model jelita itu. Tidak cukup dengan itu,timbul pula cerita yang mengatakan Norman menjadi penghalang cinta antara Rita dengan salah seorang pemuzik terkenal,Sham Kamikaze.Dalam satu artikel majalah hiburan,Sham dikatakan bertindak memutuskan hubungan cintanya dengan Rita bila mengetahui Norman pernah keluar dengan Rita.Sejauh manakah kesahihan cerita itu? "Tanyalah tuan punya badansendiri atau orang yang menghebahkan cerita ini.Saya tak tahu menahu pun dengan cerita ini.Sebenarnya,saya dan Rita tiada apa-apa hubungan istimewa pun.Saya dan Rita sama seperti rakan-rakan artis yang lain,"tegas Norman lagi mengenai gosip itu. "Saya tak pernah bercinta dengan dia"-Rita Rudaini "Kenapa cerita macam ini mesti timbul?Saya tidak pernah bercinta dengan dia,"itulah keyantaan yang terpacul dari bibir pelakon jelita,Rita Rudaini,sejurus selepas diajukan soalan mengenai hubungan cintanya dengan Sham Kamikaze. Bila diajukan gosip bersama Norman,Rita juga turut menafikan tentang hubungan istimewanya bersama artis yang pernah menjadi idolanya suatu ketika dahulu. "Saya dan Norman,hanya kawan sesama artis,itu sahaja...tak lebih dari itu.Menyentuh dakwaan ada pihak yang pernah ternampak saya dan Norman keluar bersama..sebenarnya kami berjumpa pada waktu itu hanyalah secara kebetulan sahaja,malah pada waktu itu bukannya kami berdua sahaja.Kami pernah digandingkan bersama dalam satu sessi fotografi,jadi kami saling kenal-mengenali.Takkan bila dah terjumpa,nak buat sombong pula?"cerita Rita Rita menafikan sekeras-kerasnya tentang tentang hubungannya dengan Sham Kamikaze. "Saya dan Sham hanya berkawan baik...kami tidak pernah menjalin hubungan cinta.Mungkin ada pihak yang tersalah tafsir pada perhubungan persahabatan kami ini.Buat masa ini,saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki pun.Saya malas nak fikir fasal perkara ini,memandangkan dalam jangka waktu terdekat ini,saya ingin tumpukan sepenuh perhatian terhadap karier seni saya terlebih dahulu.Kalau ada jodoh tu,adalah..saya serahkan segala-galanya,"tambah Rita lagi yang kini sedang sibuk sedang sibuk dengan sessi penggambaran Mami Jarum Junior. |
| Norman penghalang cinta Rita? |