Yusry dan kekasih bermasam muka seminggu
Oleh:Maslina Ismail
Yusry takut kena sembelih

MH: Apakah perkara pelik yang anda lakukan semata-mata untuk menawan hati kekasih anda?
Yusry: Buat sesuatu yang saya tak suka...contohnya,pergi tengok filem Hindustan kat panggung wayang.Pecah rekod betul! Paling tak tahan,bila ada kawan-kawan yang tahu mengenai hal ini...Apalagi kena kutuk habis-habisan lah jawabnya!

MH: Pernahkah anda meluah/melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap teman wanita anda? Apakah reaksi teman wanita anda?
Yusry: Kata-kata tu rasanya tak ada...Kalau perbuatan tu,saya akui memang ada.Biasanya teman wanita saya tak puas hati sebab saya ni terlalu pentingkan kerjaya,sibuk sangat sampai lupa teman wanita.Reaksi mereka biasalah....merajuk,bising atau membebel...merajuk,bising atau membebel bila ada yang tak kena di mata mereka.

MH: Pujukan paling kelakar dan bodoh pernah anda lakukan untuk memenangi semula hati kekasih anda?
Yusry: Terpaksa mengaku salah walaupun saya rasa langsung tak bersalah.Dah tu,terpaksa pula minta maaf...

MH: Apakah ucapan paling jiwang pernah anda lafazkan pada kekasih anda?Bila,mengapa dan bagaimana?

Yusry: Banyak...Saya ni bukan jenis lelaki jiwang,cuma saya suka mendengar dan melafazkannya,Bila dan bagaimana tu tak perlulah saya nyatakan di sini...Itu rahsia antara saya dan dia saja...

MH: Bila teman wanita anda buat perkara bodoh tanpa disedarinya,apa tindakan anda?

Yusry: Tegur elok-elok supaya apa yang saya nasihatkan dapat diterima dan si dia tak berkecil hati.

MH: Paling lama anda bermasam muka dengan kekasih anda?
Yusry: Paling panjang pun,seminggu aje.

MH: Panggilan manja untuk kekasih anda?

Yusry: Ikut hari dan bergantung pada mood'.Panggilan manja saya untuk si dia,sering bertukar-tukar.Nak tahu?Maaf,itu rahsia antara saya dan si dia.

MH: Apakah ciri-ciri wanita pilihan anda?
Yusry: Pandai menghormati dan mengambil hati saya dan keluarga.Selain itu,wanita pilihan saya mestilah pandai menjaga diri sendiri,di mana sahaja berada.

MH: Apakah perkara paling anda benci yang pernah dilakukan oleh teman wanita anda?

Yusry: Emm....keluar dengan lelaki lain tanpa memberitahu say terlebih dahulu.Saya ni bukanlah jenis lelaki yang cemburu membabi buta.Saya faham sebagai manusia,si dia juga perlukan kehidupan sendiri.Cuma sebagai pasangan kekasih,sikap jujur dan hormat menghormati perlu ada.

MH: Bagaimana dengan kisah peribadi teman wanita anda di masa lalu?Bagaimana anda melaluinya dan menerima teman wanita anda seadanya?
Yusry: Setiap manusia ada kisah silam.Saya juga ada kisah silam saya.Dalam hal ini,saya mengambil sikap positif.Bagi saya,apa yang telah berlalu,biarlah ia terus berlalu.Saya tidak mahu kisah silam saya atau kekasih saya menjejaskan hubungan kami.

MH: Pernah bergaduh dengan kekasih?Paling teruk bergaduh macam mana?

Yusry: Mestilah ada...Bergaduh atau bertegang lidah ni asam garam dunia percintaan.Sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula,pasangan kekasih yang punya kelemahan.Paling teruk bergaduh,cuma tak bertegur sapa sajalah!

MH: Jika ditakdirkan anda jatuh cinta lagi,apakah anda akan menerima kekasih baru dan meninggalkan kekasih lama?

Yusry: Jodoh,ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan.Kalau ditakdirkan tiada jodoh antara saya dengan si dia,saya redha.Tak semestinya saya berkahwin dengan kekasih saya kan?

MH: Apa pendapat anda tentang Maya Karin?Apakah anda tertarik hati pada kejelitaannya?

Yusry: Maya Karin okey...Saya dapati dia sopan dan ceria orangnya.Ini merupakan kali pertama kami bergandingan dalam sessi fotografi..jadi terlalu awal untuk saya menilai dan memberi pendapat tentang dirinya.Tentang tertarik hati pada Maya Karin tu,tak berani saya nak komen lebih-lebih! Saya takut kena sembelih...

MH: Apakah anda telah menemui calon isteri yang memenuhi kehendak anda?

Yusry: Susah nak jawab soalan ni.Sehingga kini,saya masih mengenali hati budi wanita yang bakal menjadi isteri saya.Nak kata dah bertemu calon yang memenuhi ciri-ciri pilihan saya...mungkin jawapannya belum lagi..Kalau dah jumpa yang sebenar-benarnya,dah tentu saya dah kahwin sekarang,betul tak?

MH: Apa pendapat anda mengenai wanita?

Yusry: Pengalaman bercinta membuatkan saya membuat kesimpulan bahawa mana-mana wanita di dunia ni sama saja...Kadang-kadang sukar untuk memahami perasaan mereka yang sebenar!


Hosted by www.Geocities.ws

1