Yusry Tak Berani Merancang Perkahwinannya?
Oleh:Haszrul
Lain padang,lain belalang.Lain orang,berlainan pula sikapnya.Mungkin ada di kalangan kita yang mengatur atau merancang perjalanan hidup.Termasuklah soal kahwin.Tetapi bagi diri Yusry KRU,29,dia mengakui bahawa dia tidak pernah merancang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupannya.Benarkah begitu?

"Memang betul tu.Saya tak pernah merancang apa-apa dalam kehidupan.Segala apa yang berlaku,ia terjadi secara sendiri.Sekarang,saya bercinta dengan.....Tak perlu sebut pun,semua dah tahu,kan.

Jadi,next step dalam percintaan,kalau boleh nak bertunang dan berkahwin.Tengoklah yang mana satu.Maksud saya,sama ada bertunang ataupun terus kahwin.Tak tahu lagi.Jafi,apabila sering ditanya,bila nak kahwin?Saya tak boleh bagi jawapan kerana saya belum ada perancangan lagi ke arah itu.

Bagi saya,biarlah kita hadapi sesuatu keadaan itu satu demi satu.Kalau jadi,saya kahwin,allhamdulillah.Kalau tak jadi,itu ketentuan Tuhan.Saya tak berani nak merancang kerana kalau tak jadi,macam mana?

Begitu juga dengan perjalanan kerjaya lakonan.Saya tidak merancang untuk berlakon filem.Tetapi,apabila saya ditawarkan oleh Dato Yusof Haslam untuk berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie II(GKTM11),saya terima.

Mungkin kata-kata Haszrul ada benarnya,jika filem GKTM2 diibaratkan sebagai salam' kembalinya Yusry ke layar perak setelah lama saya tidak berlakon filem.Maka itulah,dalam GKTM2 ,adengan yang melibatkan saya tidaklah banyak,"kata Yusry ketika dihubungi,sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan kulit album terbaru KRU.


Pengalaman Cinta

Yusry turut disoal,bagaimanakah perkembangan' terbaru hubungan cintanya dengan Erra Fazira?Maklumlah...angin dah bertiup mengatakan hubungan mereka agak renggang sejak kebelakangan ini.Komen bang!

"Saya nak khabarkan di sini bahawa hubungan saya dengan Erra masih seperti dahulu.Kalau ada masa,kami
berjumpa.Kadang-kadang tu,bukan saya yang sibuk.Tetapi,kekasih yang sibuk dengan kerjanya.

"Saya faham apabila ada mengatakan ,dulu,ketika saya bercinta,cinta yang saya bina itu sering putus di tengah jalan gara-gara sikap saya yang terlalu tumpukan perhatian kepada kerja.Sampaikan awek pun lari.

"Saya dah berubah.Saya dah imbangkan semuanya.Kalau ada masa,saya spent time dengan girlfriend.Tapi,masalahnya sekarang,bukannya nak imbang masa untuk dihabiskan dengan kekasih,kerana kekasih saya sendiri pun sibuk.

"Tetapi,selepas habis menjalani penggambaran filem GKTM2,kerja untuk album KRU pula bertimbun-timbun.Hah!ambik kau.Sekarang,saya tengah tumpukan kepada album KRU.Maka itulah,saya tak ada banyak masa terluang untuk bersama si dia."kata Yusry yang mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya sebelum layak digelar hero dalam filem.











Hosted by www.Geocities.ws

1