Yusry Semakin CUTE!!
Oleh:Wanda Idris,Rosmawati,Azimah Omar
Untuk imej album baru kempulan KRU,Yusry yang kini menjadi tumpuan kerana kisah cintanya,menampilkan wajah baru.Dengan kerjasama jurusolek pendandan,Izatt dari Izzat Salun,mereka bersama-sama mencipta imej baru bagi kumpulan adik-beradik paling hip ini.

Yusry ketika ditemu bual sedang sibuk menyiapkan album barunya."Album ini adalah istimewa kerana ia merupakan album ke-10 kami.Sebagai pengarah kreatif KRU,tugas saya tertumpu kepada cover design'.Ia berbentuk 3-dimensi yang banyak menggunakan kecanggihan kesan teknologi komputer.Di dalamnya juga memuatkan lagu Yusry berduet dengan Erra Fazira dalam lagu "Ucapkanlah".


Rambut Yusry yang hampir mencecah bahu kelihatan digunting nipis layered' dan disikat menghala ke wajahnya bagi gaya segar ala remaja Jepun-Hong Kong.Wajahnya pula disolek agar kelihatan bagai patung Jepun.Sebenarnya,Yusry yang banyak mengikuti perkembangan video game dari Jepun mendapat inspirasi imejnya daripada sumber tersebut.

Untuk mendapatkan imej ini,sempena pelancaran album ke-10 KRU,mereka telah meninjau pendapat beberapa jurusolek pendandan terkenal di ibu kota.Dan mereka adik beradik bersetuju dengan cadangan Izatt untuk menampilkan imej berpakaian kemas,segar,baju kemeja separa ketat,dan slack' atau jean.Tiada lagi baju hujan,pakaian longgar atau gaya berlapis-lapis.

Imej ala video-game-boy Jepun yang menjadi kegilaan ramai remaja hari ini dirasakan amat sesuai dengan kematangan KRU dalam industri muzik serta peminatnya yang setia.

Berkenaan ciri-ciri wanita impiannya,Yusry menjawab perlahan bahawa secara keseluruhannya,seorang wanita yang sedap mata memandang,pandai menjaga hati,romantik.Aspek fizikal tidak begitu penting,sambungnya lagi.


Adakah Erra Fazira yang sedang hangat diperkatakan hubungan rapatnya dengan Yusry sejak akhir-akhir ini,menepati ciri-ciri yang disebut di atas?Jelasnya,kedua-dua mereka berkawan sangat rapat daripada hubungan kawan biasa terutama sejak penglibatan Erra dalam album terbaru KRU ini.Untuk maklumat terperinci dan mendengar album KRU bertajuk
KRUjaan,sila lawat laman web www.kru.com.my.
Hosted by www.Geocities.ws

1