| Norman-Cinta takkan nak cerita satu dunia ! Foto:Rosli Keliwon (*Thanxs to Fiza!) |
| MH: Kalau kita tak pernah minat wanita, pesepsi orang tentu yang bukan-bukan. Tolong beritahu nama wanita yang pernah menambat hati anda (Tak kiralah cinta monyet atau tidak)! Norman: Saya memang la minat wanita tapi tak suka kecoh-kecoh. Takkan baru kenal sehari dua nak bagitau satu dunia kisah cinta. Anyway, siapa yang pernah menambat hati saya biarlah jadi rahsia saya, mana tahu diorang dah pun dah berpunya. Tak fasal-fasal kena gosip pula. MH: Wartawan tak habis-habis nak tahu kenapa Norman masih belum ada kekasih. Ceritakan sebab apa, sibuk atau tidak memenuhi citarasa dan sebagainya? Norman: Saya memang sibuk dengan kerja, itu memang tidak boleh dinafikan dan memang sebab 'stress' kerja yang buat kadang-kadang saya tiada mood nak keluar atau bergayut kat telefon, jauh sekali nak bercinta. MH: Awak suka wanita seksi atau cantik. Pilih antara satu dahulu. Maksudnya anda melihat cantik dahulu atau seksi. Norman: Yang utama, personaliti menarik. Tapi kalau nak pilih antara seksi dan cantik, cantik la kot. MH: Artis wanita tempatan yang anda anggap menarik perhatian ana. Ceritakan mengapa. Norman: Bab ni susah nak cakap,tak tahulah siapa. Mungkin Erra Fazira kot. Fasal dia berdisiplin, berbakat, hormat orang tua dan senang bekerja. Tapi bukan bermaksud saya tertarik ke apa! Sikap dia yang harus dicontohi oleh artis lain. KARIER:- sudah bertahan 10 tahun MH: Cuba ceritakan projek terbesar KRU tahun ini? Norman: Album KRUjaan pada bulan Mei.Konsert pada bulan September dan tahun ini juga merupakan tahun ke 10 KRU. Artis-artis dibawah KRU Music Group juga ada mengeluarkan album trubute untuk KRU berjudul 10/10. MH: Apa keistimewaan album terbaru KRU. Ceritakan lebih terperinci mengenainya. Norman: Susunan muzik yang unik, lahu yang baik, lirik yang relevan kepada masyarakat, dan penerbitan yang teliti menjadikan album ini lain dari yang lain berbanding album terdahulu. MH: Menagapa nak promosi album sendiri, tidak percaya pada unit promosi EMI? Norman: Bukan begitu, EMI juga banyak album yang dikeluarkan serentak dengan album Krujaan. Kita pula ada kakitangan yang cukup di samping 'team' promosi kami amat memahami kehendak saya dan adik-adik saya. PASANGAN ANDA: Rita- wanita manis dan sopan MH: Sejak bila anda mengenali Rita. Di mana (majalah/tv)? Norman: Saya mula mengenali Rita melalui majalah hiburan dan mungkin semasa dia mempromosi filem dia kot! MH: Apa komen awak tetang Rita? Norman: Nampaknya dia seorang pendiam, pemalu, dan pandai menghormati orang, banyak ciri-ciri gadis timur. MH: Seksi ke Rita? Norman: Pada pendapat saya, dia seorang gadis timur yang tak menonjolkan imej seksi. MH: Kalau Rita kata dia suka awak, apa awak nak lakukan? Norman: Chek tak leh nak jawab soalan tu no!..Awat, dia ada Khabaq dia suka kat Chek ka? |