Yusry suka bertukang dan menghias rumah
Oleh:Nafsiah Jani
Foto:Mahathir Ali
Melangkah masuk ke kondo Yusry,mata terus tertumpu melihat air mengalir dalan sebuah cermin bulat di depan pintu masuk rumah.Memang unik cermin itu.Kata Yusry cermin yang mengalir air di dalamnya itu dibuatnya sendiri bersama bapanya.Malah kerja-kerja mengecat rumah itu juga dibuatnya,Begitu juga kerja-kerja mengubah suai..dilakukan sendiri oleh Yusry dan bapanya.

"Kiranya dalam rumah ini hanya lampunya saja yang lama.Lain itu,semuanya sudah diubah suai.Macam ruang tamu ini,saya besarkan lagi.Bahagian depan dapur itu sepatutnya tempat makan tapi saya fikir saya ini orang bujang,itu sebabnya saya buat macam bentuk bar mini.Saya ni kalau makan tanpa tengok TV,boleh 'mati kutu' dibuatnya,Itu sebab saya buat macam bar supaya sambil makan saya boleh tengok TV.

"Saya ini memang suka bertukang dan menghias rumah,"kata Yusry menceritakan kondonya di Bangsar yang dibelinya setahun lalu dengan harga rm300,000.

Menurut Yusry,dia tidak tinggal sendirian di kondo itu.Tapi,bersama dengan seorang kawan baiknya,Bob.

"Nasib ada Bob yang bersedia tinggal bersama saya sebab saya tidak berada di kondo ini sepanjang masa.Dalam seminggu..dua tiga hari saja saya berada di tinggal di sini,dan selebih nya saya berada di rumah emak saya di Keramat.Sekurang-kurangnya sewaktu saya tak ada,Bob bolehlah tengok-tengokkan kondo ni.Tempat kerja Bob pun dekat dengan kondo ni.Jadi tak ada masalah untuk dia tinggal di sini,"kata Yusry.

Kenapa pilih kondo?
"Pertama,kerana suasananya sunyi..lif pun tak payah kongsi ramai-ramai.Kondo pun ada enam tingkat.Setiap tingkat hanya ada 2 unit sahaja.Kondo ini hanya ada 12 pintu saja.


"Saya dah biasa sunyi..itu sebabnya saya tak sukakan suasana yang kecoh sangat.Tapi,kalau terlalu sunyi ...takut jugak,"katanya.

Ketika diminta bergambar dalam bilik tidurnya,kata Yusry,"tak payahlah kak.Bilik saya tu bersepah.Kalau betul nak ambil gambar..ambil saja gambar bilik tidur saya di Keramat.Itu memang tempat tidur saya,"kata Yusry tersenyum.

Justeru,hari berikutnya,URTV ke bilik tidur Yusry di rumah ibunya di Keramat.Memang cantik bilik tidur itu!


Doakanlah jodoh kami

Ditanya mengenai hubungannya dengan Erra,kata Yusry,"Buat masa ini kami masih lagi berkawan dan dalam waktu terdekat ini,kami memang tak ada perancangan untuk berkahwin.Saya takut nak plan jauh-jauh..nanti tak jadi susah.Bagi saya,bila tiba masanya kami dah nak kahwin kami akan teruskan masa itu juga,"katanya.

Tak takut ke nanti terlepas?
"Apa nak takut...takkan lari gunung dikejar.Lagipun,kalau dah jodoh kami,tak ke mana.Buat masa ni,banyak yang kami fikirkan.Lagipun,kini kami sibuk dengan kerjaya masing-masing...jadi manalah ada masa nak cakap fasal kahwin.Ini pun dah lama kami tak jumpa kerana dia sibuk....begitu juga saya.Hanya telefon yang jadi penghubung di antara kami.Kalau cakap pun sekejap-sekejap saja dan bila perlu saja,"kata Yusry.


Kalau di telefon,apa yang you all bualkan?Tentu nak ucapkan I love you.Betul tak?
"Tak adalah..kami hanya tanya khabar..awak di mana dan buat apa..itu saja.Kalau nak cakap I love you tu,tunggulah bila kami dah bertunang atau kahwin nanti.Itu sebabnya,doa-doakanlah agar hubungan kami ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin,"kata Yusry sambil ketawa.


Mr Cinderella 2


Kejayaan lakonannya dalam filem Mr Cinderella telah membuka mata banyak pihak untuk mengambilnya berlakon.Bercakap mengenainya,kata Yusry,"Nak ikut sebelum Mr Cinderella ditayangkan lagi saya dah dapat dua tawaran filem.Tapi,bila fikirkan kata-kata Encik Mohd Noor yang ingin membuat sambungan Mr Cinderella 2...
saya tak fikirkan tawaran lain.Kalau tak ada halangan,mungkin hujung tahun ini,kami akan buat penggambaran yang khabarnya dibuat di New Zealend.

"Kali ini ramai juga pelakon yang akan berganti.Cerita kali ini lebih hebat lagi.Kalau nak tahu kesudahannya kenalah tunggu,"katanya yang kini sibuk dengan persiapan untuk konsert percuma KRU di Dataran Merdeka pada 26 Oktober ini.








*for more pictures of Yusry's condo,go to picture gallery
Hosted by www.Geocities.ws

1