Konsert percuma KRU bernilai rm500,000
Oleh:Nafsiah Jani
Foto:Zakaria Idris
Jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert percuma KRU yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 19 October ini.KRU yang dianggotai oleh Norman,30,Yusry,29,dan Edry,26, akan mengadakan Konsert Empayar KRUjaan sebagai acara penutup bagi sambutan ulangtahun KRU ke-10.

Kata Yusry,"Konsert kami ini ditaja oleh Perodua sebanyak rm200,000.Tapi,kalau nak ikut bajet keseluruhan ialah rm500,000. Kiranya kos selebihnya kami tanggung sendiri.Kos ini termasuklah untuk membayar sewa padang,lesen nak buat show,sound system,pemuzik,pentas,lampu,krew luar,penari dan banyak lagi.

"Nak ikut dah banyak kali Perodua sponsor kami dan kali ini kami fikir...kali ini tolak tepi duit sponsor tu,tak payah masuk poket sesiapa dan kami belanjakan kesemuanya untuk konsert tersebut.Mungkin ramai yang kata kami bodoh..sepatutnya kami caj.Bagi kami,tak payah nak buat untung yang penting kami dapat memberi persembahan percuma kepada peminat KRU.Sebelum ini,dengan bajet yang sama kami membuat road show di beberapa buah negeri.Tapi,kali ini dengan bajet yang sama,kami tumpukan pada satu tempat sahaja.

"Konsert ini akan bermula pada waktu petang dengan persembahan artis kami iaitu kumpulan Preety Ugly dan Dr Kronik.Kemudian kami berhenti seketika sebelum meneruskan show pada jam 8.00 malam.Selain show peminat juga boleh membeli barangan KRU di gerai yang kami sediakan," katanya.

Norman menambah,"Kami berharap dengan kedudukan lokasi show yang strategik,pilihan kami itu,ia mampu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30,000 hingga 60,000 peminat kami.

Kami harap semua peminat akan datang kerana kami sememangnya ingin meraikan mereka yang selama ini banyak memberi sokongan kepada KRU.


"Walaupun konsert percuma,namun kami tetap memberi pass VIP kepada pemanggil bertuah di radio.Selain itu,bagi peminat yang keahliannya berbayar akan mendapat pass VIP ini bagi membolehkan mereka duduk di hadapan pentas.Dengan iringan lebih 20 orang penari,kami juga akan mendendangkan lagu-lagu daripada album pertama kami hinggalah sekarang ini.Selain artis-artis KRU,kami juga akan menjemput beberapa artis yang pernah bekerjasama dengan KRU.Kalau nak tahu,siapa artisnya...tunggu sajalah...lagipun ia surprise'...,"katanya.

Hosted by www.Geocities.ws

1