Artis popular naik bas ke Langkawi
Oleh: Nor Aikin Hassan
"Okey! Confirm KRU bersetuju ke Langkawi buat Konsert URTV tu dan dia orang nak naik bas bersama krew URTV." Begitu beritahu Pengurus Promosi KRU Music Group, Achmal (AC) apabila diminta jawapan daripada pihak KRU. Sebulan sebelum itu URTV telah mohon KRU menjayakan konsert URTV sempena Karnival Kaki Pancing Langkawi 2002. Selain KRU, Che (vokalis Dr. Kronik) , Ezad Exists, Elly Mazlein dan Pian Cecupak pun diundang sama.

Tapi apabila AC memberikan jawapan kru akan naik bas ke Langkawi, ia agak mengelirukan. Biar betul? Bergurau ke AC? Peruntukan tiket kapal terbang untuk KRU memang disediakan. Takkanlah pula nak naik bas? Lagipun KRU bukan nama kecil dalam dunia hiburan! Sesuai ke mereka ni ditempatkan dalam bassepanjang malam untuk ke Pekan Kuah, kena naik pula feri ke Langkawi, kemudian naik lagi bas untuk ke Awana Porto Malai?

Justeru sehingga saat bas akan berangkat ke Langkawi, hati  masih  kurang percaya KRU akan tutut serta. Tapi, tepat pukul 10:30 malam ..seperti yang dijanjikan oleh AC, KRU tiba di pejabat URTV diiringi oleh ibu bapa mereka termasuk isteri Edry, Melia dan anaknya, Emil. Bersama-sama Pian Cecupak dan Ezan Exists, KRU dan Che naik bas yang kami sediakan pada malam itu. Cuma Elly Mazlein tidak bersama kami. Elly diterbangkan dari Pulau Pinang ke Langkawi. Kebetulan Elly ada show di Pulau Pinang pada malam tu.  

Tarikh:1 Jun 2002
Waktu:6pagi

Tiba di Kuala Kedah.Selepas berehat seketika dan sempat membasuh muka di stesen minyak,kami menikmati sarapan di gerai Pekan Kuah.Edry,Yusry,Pian,Che dan Izad turut menikmati sarapan pagi,tapi di mana Norman?Rupa-rupanya dia lebih enak tidur dalam bas.Masih mengantuk ke kerana sibuk berSMS hampir sepanjang malam?Hahahah...

Waktu:5 petang
Lokasi:Pentas persembahan di Awana Porto Malai

Sound Check pun bermula.Elly Mazlein memulakan latihan,diikuti oleh Dr Kronik dan kemudiannya Ezad Exist.KRU tak perlu mengadakan sound check kerana mereka menggunakan sistem digital.Kalau mahu adakan latihan pun,anggotanya tidak cukup.Sebabnya Yusry dan Edry saja yang hadir manakala Norman pula masih lena di peraduan.Kata eksekutif promosi KRU,AC,KRU ni jarang sekali dapat bercuti."Kebetulan dua minggu sebelum ni,KRU memang sibuk betul.Jadi,kesempatan hari ini,macam memberikan sedikit ruang untuk KRU melepaskan lelah.Apa pun,jangan bimbang.Kami menjanjikan show yang tip top untuk penduduk Langkawi," kata AC.

Waktu:9 malam
Lokasi:Awana Porto Malai

Malam yang ditunggu-tunggu pun tiba.Allhamdulillah,langit yang mendung pada sebelah petang,cerah dan bersih di waktu malam.Para penonton yang terdiri daripada para peserta dan dan ahli keluarga para pemancing serta penduduk Lankawi mula membanjiri kawasan pentas persembahan. Jumalh penonton pula...hmm, memang ramai.Konsert URTV malam itu memeng best. Pengacara konsert iaitu Pian Cecupak 'mengganas' malam itu. Dengan mulutnya yang pot-pet pot pet tak berhenti-henti, dia sempat membawakan banyak lagu sambil bergurau senda dengan penonton. Dalam pada itu, mana-mana pengunjung yang naik ke pentas menerima hadiah daripada Daisy dan Nescafe secara percuma. Pian pula memberikan senaskah URTV percuma bersama-sama dengan seuncang Golden Life Tea daripada Syabas Purnama. Malam itu Pian membawakan lagu Mari Tengok Wayang, Madah Merindu, Joget Kenduri-Kendara, Gigi, dan Lidah dan beberapa buah lagu Hindi.

Ezad Exists menyampaikan lagu Mama Tolonglah Percaya, Julia, dan Jesnita. Nampak gayanya, ke mana saje Ezad ni membawakan lagu Jesnita, paling ramai yang menjerit-jerit ialah dari kalangan kanak-kanak. Mereke jugalah yang terror menyanyikan lagu Jesnita. Elly Mazlein pula malam itu membawakan lagu Usah Ditambah Bara Yang Disimpan, Bicara Kasih, dan Bungaku Bangkawali. Che daripada kumpulan Dr. Kronik menyanyikan  lagu Hati Buragas, Hidup-Hidip Dibakar, dan Fanatik.

Akhir sekali, ialah persembahan KRU yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Mana tidaknya, ramai yang tidak percaya kehadiran KRU dalam Konsert URTV memandangkan KRU  sendiri sudah sembilan tahun tidak mengadakan persembahan di Langkawi. URTV sempat bertemu dengan peminat setia KRU yang datang ke konsert tersebut dalam keadaan berbelah bahagi. Sebabnya dia tidak percaya KRU akan mengadakan show. KRU membawakan Impak Maksima, Jangan Lafazkan, dan Bidadari.

Acara paling best selepas ialah peluang para penonton bersemuka dengan  artis. Yang pentingnya mendapatkan tandtangan artis. Maka berkerumunlah ramai peminat mereka sampaikan tak terlayan. KRU pun sempat menjual kaset serta cakera padat album terbaru mereka, Krujaan. Pian Cecupak pula sempat menjual produknya...bukan album, tapi minuman kesihatan Golden Life Tea. Tauke tehlah pula sekarang ni!    
Hosted by www.Geocities.ws

1