Kami nak gabungkan Elite & Feminin-Norman KRU
Oleh: Nurul Hisyam
Dalam sibuk orang memperkatakan tentang masa depan Elite yang akan berpecah kerana anggota asalnya ingin mengundurkan diri,timbul pula cerita kumpulan glamor itu akan digabungkan dengan sebuah kumpulan yang pernah popular suatu masa dahulu,Feminin.

Adakah kerana kedua-dua kumpulan itu dianggotai oleh perempuan dan pernah dibimbing oleh adik beradik KRU,maka ia digabungkan bagi mengembalikan kegemilangan Elite dan Feminin?


Kumpulan Feminin sudah agak lama senyap daripada dunia seni,manakala Elite masih aktif.Paling baru,Elite muncul bersama artis-artis KRU Music Group dalam album10/10.Sebelum Elite ditubuhkan pada 1995 oleh KRU,Feminin terlebih dahulu popular dengan lagu-lagu ciptaan KRU sejak 1993,terutama lagu Untukmu'.

HAI sempat berbual-bual dengan Ketua Eksekutif KRU Berhad,Norman Abdul Halim,sewaktu KRU dan Phyne Ballerz mengikuti promosi Air Asia,sempena pelancaran pejabat jualannya di Pulau Pinang,pada 29 dan 30 Jun lalu.

Norman memberitahu,Feminin dan Elite akan digabungkan bagi mengembalikan memori kedua-dua kumpulan itu."Sebenarnya,Feminin dan Elite akan hanya digabungkan dalam album kompilasi The Greatest Hits kedua-dua kumpulan itu,bukannya sebagai sebuah kumpulan baru.Idea ini timbul berikutan kejayaan album-album kompilasi 3D yang terdapat di pasaran hari ini seperti gabungan tiga penyanyi lelaki,wanita,kumpulan rock dan sebagainya.

"Saya yakin Feminin masih mempunyai pengikutnya sendiri,begitu juga dengan Elite.Jadi,mereka akan disatukan dalam album kompilasi yang pasti mengembalikan nostalgia kemasyuran kedua-dua kumpulan ini.Kemungkinan besar,album itu nanti akan mengandungi dua CD yang memuatkan lagu-lagu popular ciptaan kami yang pernah dinyanyikan oleh kedua-dua kumpulan terbabit.KRU mencipta kira-kira 14 lagu untuk Feminin sewaktu kumpulan itu meniti kejayaan.

"Untuk Elite pula,KRU mencipta kira-kira lebih 30 lagu yang dimuatkan dalam tiga album mereka.Elite juga menghasilkan sebuah album koleksi lagu terbaik mereka.Kami akan mencipta sebuah lagu baru untuk dinyanyikan secara duet oleh Feminin dan Elite.Bagi memastikan kejayaan album ini,kami perlu memastikan lagu single itu benar-benar kuat dan memikat.

"Buat masa ini,KRU perlu meminta kebenaran pihak NSR dan Warner Music.Lagu-lagu Feminin masih menjadi hak milik mereka,"ujar Norman yang berharap dapat mengeluarkan album tersebut bulan depan.


Bahagi Kuasa


Sempena 10 tahun penubuhan kumpulan trio adik beradik itu,KRU Music Group mengeluarkan sebuah album khas,10/10 yang memuatkan 10 lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan tersebut.Album tersebut berjaya menarik perhatian pendengar.Malah,tidak keterlaluan jika dikatakan,album itu adalah antara produk terbaik pernah dihasilkan syarikat mereka.

Lagu-lagu popular KRU seperti Bidadari,Mengerti,Semuanya OK,Jangan Lafazkan,Awas,dan Dua dinyanyikan semula oleh artis-artis KRU Music Group.Lebih menarik,10/10 tidak diterbitkan oleh KRU,sebaliknya ia ditangani muka baru seperti Neves dan Archie.

Apakah dengan para penerbit baru itu,KRU sudah bersedia memberikan peluang kepada orang baru bagi mengambil alih tugas penerbitan di KRU Music Group?

"Sebenarnya,Archie memang merupakan penerbit dalaman di KRU Music Group sejak tiga tahun lalu.Neves juga sudah lama bersama kami,malah sebelum dia menyertai Preety Ugly.Mereka berpeluang membantu menerbitkan album-album terbitan kami sebelum ini.Neves bertanggungjawab menerbitkan lagu-lagu untuk album pertama Preety Ugly.Album 10/10 merupakan album pertama nama mereka dikreditkan sebagai penerbit.

"Kalau ada pun sentuhan KRU dalam album itu,hanyalah 10 peratus,itu pun sekadar proses adunan yang dilakukan oleh Edry.Sudah pasti mereka akan diberikan lebih banyak peluang pada masa akan datang,"tegas Norman.
Hosted by www.Geocities.ws

1