Jualan KRUjaan membanggakan
Oleh:Hardi Effendi Yaakob
KRUjaan yang juga album eksperimental KRU terhadap penggabungan pelbagai genre muzik moden dan bunyi-bunyian elektronik berjaya mencatatkan angka jualan membanggakan sejak mula di pasaran pada 16 Mei lalu.Difahamkanmia kini terjual melebihi 10,000 unit,hanya dalam tempoh 3 minggu hinggakan EMI Malaysia selaku pengedar dan pemasarnya akan melakukan cetakan kedua bagi KRUjaan berikutan sambutan yang menggalakkan terhadapnya.

Salah seorang anggota KRU,Edry Abdul Halim, berkata perkembangan itu cukup membanggakan ,lebih-lebih lagi dalam keadaan industri muzik yang agak kucar-kacir sepanjang beberapa tahun lalu.


"Kami sendiri pun tidak menjangkakan KRUjaan boleh mencatatkan angka jualan sebanyak ini.Maklumlah,prestasi pasaran album di negara ini,khususnya yang membabitkan album tempatan mengalami kelembapan teruk sejak akhir-akhir ini.Ini semua akibat cetak rompak karya muzik di negara kita yang masih tidak terbendung hingga kini
dan pelbagai masalah berbangkit lain,termasuklah isu harga.Tapi,apabila sudah mendapat angka sebegini,kiranya kami bernasib baiklah.

"Cuma kami mengharapkan angka jualan ini akan terus meningkat dari masa ke semasa,"katanya sebaik saja mengadakan persembahan bersempena KRU on The Road Tour 2002-Kuala Lumpur di Planet Hollywood Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Edry,dia bersama abang-abangnya,Norman dan Yusry,juga terharu apabila orang ramai terutama peminat setia mereka memberikan sambutan menggalakkan terhadap KRUjaan hinggakan ia mencatatkan kejayaan manis.

"Maklumlah,lama juga kami tidak menghasilkan album baru.Ini mungkin sebahagian daripada faktor yang melariskan KRUjaan bagaikan 'pisang goreng panas'!Tapi,itu semua tidak penting.Cuma,kamimahu memastikan usaha kami menampilkan pelbagai perbaharuan terhadap industri muzik negara dapat diterima baik oleh setiap lapisan peminat muzik di negara ini,"katanya.

Kata Edry,KRU akan terus bersemangat untuk menampilkan pelbagai perbaharuan terhadap industri muzik negara pada masa depan,khususnya dari segi perkembanganpelbagai genre muzik moden.

"Contohnya KRUjaan.Ia adalah album eksperimentalkami terhadap genre muzik 'hiptronik' yang menggabungkan pelbagai genre muzik moden dengan bunyi-bunyian elektronik berteknologi tinggi.Ia hasil pemikiran kreatif,selain percubaan 'berani mati' kami.Yang penting,kita kena berani mencuba,barulah kita tahu apa kesannya.Seperkara lagi,kita kena berani keluar dari kempompong' dan janganlah hidup seperti 'katak di bawah tempurung'


"Jika tidak,kita akan ketinggalan.Mulanya,kami bimbang juga.Bukannya apa,takut masyarakat tidak boleh terima.Tapi,allhamdulillah,akhirnya kami berjaya juga,"katanya.

KRUjaan yang juga album ke-10 KRU,selepas Canggih,reKRUed,Awas Da' Saundtrack,KRUmania,Ooh Lala dan Formula Luar Biasa,memuatkan 10 lagu termasuk Impak Maksima dan Ucapkanlah,nyanyian bersama Yusry serta Erra Fazira yang sedang hangat diputarkan di stesen radio popular ketika ini.Difahamkan,Ucapkanlah' turut dijadikan lagu latar bagi filem sulung Kuasatek Pictures,Mr Cinderella yang turut menampilkan pasangan sensasi,Yusry dan Erra selaku pelakon utamanya.


KRUjaan turut memuatkan lagu-lagu rancak seperti Penganggur Profesional,The Belly Dance,Aku Benci,Mahaguru,Ikhtiar,Sayang,Bintang Popular,dan I am.Norman pula menganggap KRU on The Road Tour 2002-Kuala Lumpur berjaya mencapai objektif penganjurannya dan bercadang untuk meneruskannya ke negeri lain pula selepas ini.


Hosted by www.Geocities.ws

1