

Saya telah dilahirkan di Kampung Tok Elong Tanah
Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai pada 5 Mei 1955. Saya genap 50 tahun (warga emas)
pada 5 Mei, 2005 yang lalu. Berasal dari keluarga
pekebun kecil, mempunyai 8 orang adik beradik. Mula
bersekolah rendah di Sek. Keb. Tanah Liat
sehingga darjah 6, ke Sek. Men.
Keb. Bukit Mertajam sehingga 1970.
Ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH),
Jitra, Kedah (1971-1972). Kelas Tingkatan 4/5 Sains Tulin 3, berlulusan SPM
1972. Melanjutkan pengajian ke ITM, Jalan Othman Petaling
Jaya, pada tahun 1973/74 mengikuti kursus persediaan selama setahun.
Tahun 1974/75, berpindah belajar di ITM Shah Alam mengikuti tahun pertama
Diploma Perhutanan. Berpindah belajar dari 1975/76 sehingga
1976/1977 (2 tahun) di Kolej Perhutanan Kepong, menyambung kursus perhutanan
sehingga lulus Diploma Perhutanan pada bulan Oktober 1977. Bercuti tanpa
gaji selama 3 tahun kerana melanjutkan pengajian ke UPM dari tahun 1983/84
sehingga 1985/86 - dianugerahkan dengan Bacelor Sains (Perniagaantani) pada
tahun 1986. Sambung belajar ke UUM semester 1993/95 dan mendapat ijazah sarjana
- M.Sc.(Management) pada tahun 1995.
Imbas kembali kisah lampau, dari bulan Oktober 1977
sehingga April 1978, saya biasa mengganggur atau tiada pekerjaan tetap. Mendapat keputusan diploma yang kurang baik (CGPA
2.4) dan tidak mendapat sokongan
Pengetua Kolej Perhutanan (“testimonial” pun teruk sangat, bukan “recommendation”,
tetapi "a very good condemnation"?); disebabkan itu saya gagal
mendapat pekerjaan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Saya memohon jawatan di JPSM tetapi tiada panggilan temuduga pun
oleh JPSM dan JPA. Pada masa itu hanya lulusan
diploma yang mempunyai keputusan CGPA yang baik sahaja dipilih untuk ditemuduga dan
ditawarkan jawatan di JPSM.
Walaupun keputusan diploma perhutanan kurang
baik, tetapi saya telah mendapat tawaran melanjutkan kursus peringkat ijazah di
UPM berdasarkan pengalaman kerja selama 5 tahun. Peringkat
awal kursus ijazah agak gementar juga kerana keyakinan diri amat rendah sekali
atau belum begitu mantap, maklumlah sudah lama tinggal dunia persekolahan. Ini berlaku kerana pengalaman
saya belajar untuk lulus "Diploma in Forestry", di
Pengalaman
pertama masuk UPM memang rasa kurang yakin mengenangkan masa belajar untuk
mendapatkan diploma pun susah. Tambahan pula sudah 5
tahun meninggalkan alam pengajian, tiba-tiba diberikan peluang sambung belajar
dengan kelayakan masuk diploma pun cukup makan sahaja...... Alhamdullilah, bila
masuk belajar di UPM barulah tahu, bukan sukar sangat nak dapat degree...??
Masa tahun pertama, ramai juga ex-diploma UPM sendiri yang kantoi, ex-diploma ITM
pulak yang ramai skor dan lulus cemerlang.....Baru tau sebenar, belajar kat U tu lebih
mudah lulus walaupun subjek yang dipelajari lebih susah kerana pensyarah di
universiti tu lebih prihatin untuk melihat peningkatan kelulusan cemerlang bagi
universiti-universiti berkenaan....Berbanding di Kolej Kepong lain, saya rasa
diperbodohkan dan "lecturer" syok tengok pelajar kantoi!!! Semasa di
UPM, saya merupakan pelajar pertama berkelulusan diploma perhutanan yang
mengambil Bacelor Sains (Perniagaantani), mendapat pemindahan kredit (credit
transfer) 11 jam kredit sahaja. Amat jauh berbeza dengan ex-diploma UPM yang
diberikan 48 jam pemindahan kredit atau bersamaan lebih 1 tahun belajar. Yang
pelik ex- UPM ini ramai juga yang teruk-teruk, walau pun sudah banyak ‘relax’
dapat banyak 'transfer credit hours'..... ada pula
yang kantoi pun. Ini lah akibat terlalu relax......
Di UPM masa itu, awal-awal lagi diploma ITM tidak
berapa diiktiraf, ada diskriminasi dalam pemberian pemindahan jam kredit. Berdasarkan jam kredit yang perlu saya belajar,
bermakna saya perlu berkursus untuk tempoh 4 tahun. Namun
begitu, saya telah diberikan kebenaran khas Dekan untuk menghabiskannya dalam
masa 3 tahun sahaja. Ini merupakan satu cabaran cukup hebat untuk saya
belajar di mana setiap semester saya perlu ambil matapelajaran berjumlah purata
23 jam kredit. Bayangkan macam mana sukarnya saya, padahal pelajar lain
(ex-diploma UPM) ambil subjek kurang daripada 20 jam kredit sahaja setiap
semester.....? Ex-diploma UPM tak perlu belajar semua subjek
sains asasi seperti Biochemistry, Mathematic - algebra & calculus, Biology,
animal science, soil science, agriculture science dll. Tetapi ex-diploma
ITM kena "torture" lagi sebab wajib ambil subjek-subjek
"killers" tu. Tetapi Alhamdulillah,
pensyarah-pensyarah di UPM banyak membantu dan menolong untuk saya lulus dengan baik. Sebenarnya, Ex-diploma forestry semuanya
hebat-hebat semasa melanjutkan pengajian di peringkat ijazah; terdapat yang
kantoi subjek accountancy,lepas dapat diploma
perhutanan dia lepas geram ambil ijazah accountancy dan terus jadi Akuantan dan
sekarang Group Manager syarikat tersohor.... Yang pada
awalnya buta IT, sekarang sudah berjaya lulus PhD dalam IT, ex-dipformal yang
jadi peguam dan kini pensyarah undang-undang pun ada. Terdapat ramai
ex-diploma forestry sekarang ini sudah berpangkat Prof. Madya di UNIMAS, UPM,
UMS, USM dan UiTM dalam bidang bukan forestry......... bak kata ex-diploma
forestry kepong dulu, sekarang ni macam-macam ada .....Lebih membanggakan terdapat seorang ex-diploma forestry yang kini merupakan jutawan, ranking ke 7 anak Melayu terkaya di Malaysia.
!
Berbalik
sejarah lama.....Sebaik tamat diploma, ramai yang gelojoh nak bekerja di JPSM
(kesilapan besar yang ramai lakukan) sebab jawatan masa tu di JPSM memang
"glamour", maklumlah dengan lulusan diploma sahaja sudah menjawat
jawatan "Penolong Pegawai Hutan Daerah" (ADFO) dengar bunyi macam
ADO. ADO hutan ... ok gak tu., ....... Namun
begitu, saya membawa nasib mencari rezeki menyara hidup sendiri, terpaksa
bekerja sementara sebagai mesin operator di kilang tekstil, buruh kasar, buruh
binaan (masa tu buruh Indon tak ada, berguna juga ilmu Mr Peter Bybeck? yang
ajar bina pondok tuu.), bekerja buruh di pelabuhan, bekerja sawah dsbnya.
Mula berkhidmat pada 2hb. Mei, 1978 di Rubber Research Institute Malaysia
(RRIM), Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebagai kakitangan sokongan berjawatan
Pembantu Penyelidik (RA/Gred C10) dari tahun 1978 sehingga 1983. Karier saya bermula dengan berbekalkan SPM sahaja untuk mendapatkan
pekerjaan tetap di RRIM bagi jawatan kakitangan sokongan. Teringat lagi, kali terakhir bertemu dengan Ahmad Zamri Kamaruddin?
(schoolmate SMSAH, Jenan, budak Perak) yang hadir sama
semasa temuduga RA di RRIM, Jalan Ampang pada bulan Mac 1978. Beliau turut
memohon jawatan yang sama, tetapi tak tau ke mana
selepas itu? Saya masih ingat dia tanya saya kenapa ada diploma mohon jawatan kelulusan SPM sahaja?Setelah lebih 30 tahun tidak bertemu, pada
2/10/2004 diadakan perjumpaan bekas pelajar SMSAH di KGPA, Bkt. Kiara yang
turut dihadiri bekas Cikgu Tan Sri Datuk Megat Junid. Semasa
"gathering" di KGPA itu, saya mendapat maklumat bahawa Ahmad Zamri
kini Penolong Pengarah di LPP Ibupejabat. Perjumpaan yang dihadiri
seramai 57 bekas pelajar tahun 1971/72, sungguh meriah, hampir 90% telah
berubah rupa serta ada yang tak dapat dikenali langsung. Bangga
mendapat tahu dan berkenalan semula ramai rakan yang telah berjaya dalam karier
masing-masing; cikgu-cikgu, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, korporat dan ahli
peniagaan berjaya.

Perjumpaan pada
2/10/2004 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bkt.Kiara

Perjumpaan pada
11/11/2006 di Dewan Alwy, Unit Latihan Perhutanan, Kepong

Perjumpaan pada
17/03/2007 di SMK Anderson, Ipoh, Perak

Nama yang ada di foto Hj. Abdullah (Mardi), Sayuti, Idris, Yunus (Mardi), Azman (Bernas), Cikgu Nawawi, Roslan Latif, Marizd Latiff, Cikgu Salmiah Hassan, Cikgu Azizah Darus, Zamri (LPP), dan lain-lain ... minta tolong ??
Pada 17/03/2007 di SMK Anderson, Ipoh, Perak

Turut hadir Cikgu Megat
(Tan Sri Megat Junid)
Selepas berkhidmat
selama 5 tahun di RRIM, saya melanjutkan pengajian ke Universiti Pertanian
Dilantik
sebagai Pegawai Penyelidik (Gred A20/SSM gred Q41) pada 1 Januari 1990
(disahkan dalam jawatan pada 1 Januari 1991). Menunaikan
fardhu haji bersama isteri pada Mei 1993 (menjual kereta untuk ke Mekah),
kembali dari Mekah telah diluluskan cuti belajar dari 1hb. Jun 1993 sehingga 30 Jun 1995 bagi melanjutkan pengajian ke
peringkat Ijazah Sarjana (M.Sc.Management) di Universiti Utara
Peristiwa sedih yang masih tidak dapat saya lupakan
apabila abang sulong saya meninggal dunia (usia 41
tahun) secara mengejut akibat serangan jantung pada 18hb. April 1994. Saya begitu ralat dan sedih sekali kerana terlalu sibuk dengan
pengajian di UUM, dan tidak berkesempatan bertemu beliau sejak kembali dari
Mekah pada bulan Mei 1993. Al-Fatihah untuk arwah
.......
Tamat pengajian di UUM pada 30
April 1995. Kembali berkhidmat semula di RRIM pada bulan Mei
1995. Mendapat kenaikan pangkat sebagai Pegawai
Penyelidik Kanan (Gred 2/Q48) pada 1 April 1996. Menerima
anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2001. Diberikan
kenaikan pangkat kepada Pegawai Penyelidik Kanan dan ditugaskan sebagai
Penolong Pengarah Kanan (Gred 1/Q54) pada 1 September 2003 di LGM Wilayah
Selatan, Segamat, Johor. Mulai 16 Ogos 2005 saya telah
ditukarkan menjawat jawatan Pengurus (Gred Q54) Stesen Penyelidikan RRIM Kota
Tinggi, Johor. Kini saya balik memegang jawatan Pengarah LGM Wilayah Selatan mulai 1 November 2006.
Alhamdulillah, selama berkhidmat dengan RRIM dan
kini LGM, saya seumpama memanjat tangga bermula dari paras
agak jauh di bawah. Saya sangat berterima kasih kerana
RRIM/LGM telah memberikan saya peluang meningkatkan kerjaya dan diberikan pengiktirafan
terhadap perkhidmatan saya. Saya bersyukur kerana
tidak terpilih untuk berkhidmat di JPSM, walaupun pada permulaannya saya kecewa
kerana Diploma Perhutanan yang saya perolehi tidak memberikan jaminan pekerjaan
di jabatan tersebut. Disebabkan itu jugalah saya
menukar haluan mengambil jurusan pengurusan perniagaan semasa di Universiti.
Pengalaman Menjawat Jawatan di RRIM/Lembaga Getah
1. Pembantu Penyelidik (Gred C10)
: 1978 - 1983 di Applied Chemistry Development Division
2. Penolong Pegawai Penyelidik (Gred B09) :
1986 - 1987 di Crop Protection and Microbiology Div.
3. Penolong Pengurus (1988) : di Stesen
RRIM Kota Tinggi Johor.
4. Penolong Pegawai Penyelidik (1989) :
di Bahagian Khidmat Nasihat, Ibupejabat LGM Jalan Ampang.
5. Penolong Pengurus Stesen (Gred A20/Q41) :
Tahun 1990 - 1993 di Stesen RRIM Sg. Buloh.
6. Bercuti melanjutkan pengajian dari 1993-1995 di UUM - M.Sc.
(Management)
7. Pegawai Penyelidik (September 1995) :
bertugas di Bahagian Ekonomi Gunaan RRIM, Jln. Ampang.
8. Pegawai Penyelidik Kanan (Gred Q48)tetapi
memikul tugas Pegawai Tadbir (Gred 2/N48) : 1 Januari 1996 - Jun 1998 di
Bahagian Pentadbiran RRIM - menjalankan tugas-tugas Pegawai Tadbir.
9. Penolong Pengarah (Gred Q48): Julai 1998 - Jun 2000 di LGM Wilayah Selatan, Kluang, Johor.
10. Timbalan Pengurus/Pemangku Pengurus Stesen (Gred Q48) : 1 Julai 2000 sehingga 14 Julai 2003 di Stesen RRIM Sg.
Buloh. Pernah memangku jawatan Pengurus Stesen
Gred 54.
11. Pegawai Penyelidik Kanan/Penolong Pengarah Kanan (Gred
1/Q54) : 15 Julai 2003 - 30 April 2004 di LGM Kluang,
Johor. Kenaikan pangkat ke Pegawai Penyelidik Kanan Gred Q54
pada 1 September 2003.
12. Pegawai Penyelidik Kanan/Penolong Pengarah Kanan (Gred
1/Q54) : 1 Mei 2004 - 16 Ogos 2005 di LGM Wilayah
Selatan, Segamat, Johor.
13. Pada 16 Ogos 2005 - Pengurus (Gred Q54) Stesen
Penyelidikan RRIM
14. Mulai 1 November 2006 - Pengarah LGM Wilayah Selatan (Gred Q54), Lembaga Getah Malaysia, Jalan Buloh Kasap,
Alamat Pejabat :
Lembaga Getah Malaysia,
Alamat sekarang:
No.2, Jalan Dahlia, off Jalan Buloh Kasap
Keluarga :
Mendirikan rumah tangga semasa berumur 22+ tahun dengan Hajah
Saudah binti Othman, seorang Guru. Kini beliau bertugas di Sekolah Sri Aman, Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Beliau telah bersara pilihan berkuatkuasa pada 1 Mac 2006. Pengalaman isteri selama 28 tahun sebagai
seorang guru, berpindah-randah sehingga kini telah mengajar di 13 buah sekolah
menengah. Isteri, berkelulusan Institut Bahasa Lembah Pantai tahun 1977,
adalah seorang yang banyak berperanan mendidik dan memastikan kejayaan
anak-anak melalui pelbagai kaedah pengajaran, motivasi, "speed
reading",memperkasa minat, "pelbagai senaman minda", "mind
mapping", kaunseling, "diet sesuai untuk minda & fisikal",
doa & solat, pengurusan masa, latihan sepenuh minda dsbnya. Berpengalaman mendidik anak yang paling lemah dalam pelajaran
(akibat demam panas), sehingga berjaya mendapat ijazah doktor perubatan (MD UKM).
Kini mempunyai 4 orang anak, 2 orang sudah bekerja dan 2
orang lagi masih menuntut di IPTA.
Anak sulong lelaki, Fadzlan
Rizan telah berkahwin dengan isteri (Wardina) lulusan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Maklumat (Multimedia) dari UKM dan dikurniakan 2 anak (cucu kami). Fadzlan Rizan
merupakan bekas pelajar sains MRSM, Jasin, Melaka. Mengambil
subjek lukisan semasa di sekolah dan muncul pelajar terbaik matapelajaran
lukisan SPM. Memiliki bakat seni terutama dalam 'fine
art' sejak kecil lagi. Merupakan pelajar terbaik dalam subjek
"design" sepanjang 6 tahun pengajian mendapatkan ijazah senibina. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UiTM (sejak kecil
paling minat baca kartun/komik gila-gila) dan pernah bertugas sebagai seorang arkitek
di syarikat swasta (Dato' Micheal Ong Chartered Architect-MOCA) di
Anak kedua perempuan, Suhaida Hanis bersekolah
harian biasa (baca buku sampai lunyai) sejak
kecil semasa di sekolah rendah lagi bercita-cita untuk menjadi doktor.
Alhamdulillah, pernah bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Pulau
Anak lelaki ketiga, Fadzrul Hafiz bekas pelajar
Sekolah Menengah Sains Muar (sentiasa no.1 dari sekolah rendah sehingga ke
tingkatan 5), pernah muncul sebagai pelajar terbaik matapelajaran Fizik semasa
sekolah (Fizik SPM A1) dan mendapat 7A1 dalam SPM. Seorang
anak yang pendiam, tetapi mempunyai tahap IQ yang agak tinggi dan sentiasa
belajar secara konsisten. Seorang yang terlalu
berhati-hati dalam diet seharian.....tujuan untuk kesihatan minda. Merupakan pelajar paling aktif di sekolah serta paling "macho
habis", memiliki tali pinggang hitam tae-kwan-do (sukan paling diminati
dan diceburi sejak berumur 9 tahun). Memperolehi tali
pinggang hitam (black belt) dalam tae-kwan-do semasa berumur 11 tahun. Menceburi lain-lain sukan seperti bolasepak, takraw dan permainan
chess (pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah dan MSSM). Anak paling "cool", pernah menunaikan umrah di
Mekah bersendirian semasa berumur 11 tahun. Mengejar
cita-cita untuk menjadi doktor perubatan menjejaki kakaknya. Kini masih menuntut dalam bidang doktor perubatan (MD UKM) tahun 5 (tahun akhir) di Fakulti
Perubatan HUKM.
Anak perempuan keempat, Saniatul Wada pernah belajar
di MRSM, Mersing merupakan anak bongsu yang paling "low profile",
tetapi senyap-senyap skor semua 9 A1 dalam SPM. Sebagai anak bongsu, seorang
yang suka supaya diberikan perhatian berlebihan...... Seorang
anak yang paling minat membaca buku-buku cerita sains fiksyen (Harry Porter paling
diminati)/komik dan mempunyai koleksi buku yang banyak. Minat muzik dan bermain alat muzik "keyboard"/piano
semasa lapang. Berminat untuk mengambil jurusan
perubatan di atas pengaruh kakak dan abang. Telah tamat pengajian dan lulus "Diploma IB in Medicine" di Kolej Mara
Banting. Mendapat tawaran ke Royal College of Surgeons, Ireland (RCSI) dan berlepas ke Dublin pada 30 September 2006. Kini di tahun ketiga ijazah doktor perubatan & pembedahan, (MBBS) di RCSI, Dublin.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur terhadap Allah
SWT kerana telah memberikan rezeki dan mengkabulkan doa
serta memberikan kejayaan kepada anak-anak dan keluarga saya. Saya tetap berdoa agar kejayaan lebih cemerlang dianugerahkan Allah
SWT kepada kami sekeluarga serta semua umat Islam. AMIN. Foto-foto famili:
http://www.flickr.com/photos/alongjoe5101



Bersama Ar.Fadzlan
Rizan
-Arkitek Dr Hanis
Dr Hanis, Wada, Mama dan Hafiz

Dr Hanis,
Hafiz (Perubatan HUKM) & Wada (Perubatan RCSI, Ireland)

Bersama Fadzrul Hafiz, pelajar Perubatan tahun 4 HUKM. .

Majlis Akad Nikah Anak

Majlis 25 Disember 2004

Saniatul Wada from KLIA to Dublin, Ireland

Saniatul Wada di RCSI Dublin, Ireland

Saniatul Wada & Abg. Fadzlan di Dublin

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
|
View Page Stats
See who's visiting this page.