PIAGAM PELANGGAN

animjkr.gif (4938 bytes)

  1. Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dalam melaksanakan projek-projek pembangunan untuk agensi-agensi pelanggan supaya dapat memenuhi objektif berikut:-

    • Senibina dan rekabentuk yang berkualiti merangkumi ciri-ciri keselamatan, ketahanan dan keselesaan pengguna.

    • Kos yang ekonomik.

  2. Memastikan pelaksanaan projek-projek dalam tempoh seperti berikut:-

    • Dari tarikh penerimaan surat kuasa perlaksanaan ke tarikh pemanggilan tender ialah 12 bulan.

    • Dari tarikh pengiklanan tender hingga surat setuju terima dikeluarkan ialah 4 bulan.

    • Dari tarikh surat setuju terima dikeluarkan sehingga pembinaan disiapkan ialah seperti berikut:-

  • Projek kurang dari RM0.5 juta
- 6 bulan
  • Projek RM0.5 juta hingga RM1.0 juta
- 12 bulan
  • Projek RM1.0 juta hingga RM3.0 juta
- 18 bulan
  • Projek RM3.0 juta hingga RM5.0 juta
- 24 bulan
  • Projek melebihi RM5.0 juta
- 30 bulan

 

  1. Mengambil tindakan segera terhadap aduan-aduan kerosakan jalan dan bangunan yang diterima dari pelanggan dalam tempoh seperti berikut:-

  • Aduan-aduan kecemasan

-

24 jam
  • Aduan-aduan biasa

-

3 hari
  1. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan berjadual untuk jalan, jambatan dan jeti dalam tempoh seperti berikut:-

  • Pemeriksaan jalan

-

Setiap 3 bulan
  • Pemeriksaan jambatan dan jeti

-

Setiap 6 bulan
  1. Bertindak sebagai penasihat kepada agensi-agensi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kepakaran teknikal.
  2. Memberi maklumbalas terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima melalui pihak berkuasa tempatan dalam tempoh 6 minggu selepas menerimanya.
  3. Mengurus perolehan dan bekalan barang-barang dengan kos yang ekonomik serta menepati kualiti dan kuantiti yang diperlukan oleh pelanggan dan menyalurkan dalam masa yang tepat

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1